Bab 5

3.1K 260 3
                                    


Sedang Puan Fatima ralit menghidangkan makanan diatas meja makan keluarga yang mempunyai lapan buah kerusi, anaknya cantik berpakaian baju kurung cotton berwarna biru serta tudung bawal yang berwarna putih turun dari tangga dengan riak wajah yang malas.

"Aii, Kausar. Umi suruh teman umi pergi kenduri kahwin dekat rumah kawan umi aje, bukannya pergi kahwin dengan dia. Yang muka tu macam malas aje kenapa?"
Soal Puan Fatima apabila melihat raut wajah anaknya itu.

"Umi ni, Kan Baba ada boleh temankan Umi pergi ke sana. Kausar penatlah, assignment pun ada yang tak siap lagi. Tu, si Auni siapa nak jaga?"

"Elehh, macamlah kawan-kawan kamu tu tak wujud. Si Clara, tengah tolong Makdah kat kebun. Mikayla dengan Qal? Dia orang kan officially Second Chef dekat rumah ni, Nasi lemak ni pun dia orang yang masakkan, tau."

"Alah Umi ni. Kausar malas la."
Baik dia jaga Auni dirumah dari pergi teman uminya ke kenduri kahwin. Jaga Auni lebih senang dan mudah tau!

"Tak ada - tak ada. Kausar kena teman umi juga."

"Yela-yela." Kausar mengalah demi umi kesayangan. Bukan boleh uminya ini. Nanti tak pasal-pasal mengadu dekat baba. Tua-tua pun masih kuat mengadu dekat suami, ceh.

*******************************************

Suasana yang meriah dan riuh dengan gelak tawa dari tetamu yang hadir serta diiringi dengan kanak-kanak yang tekun bermain menjadi pandangan utama Kausar apabila tiba di rumah sahabat uminya. Hari ini anak kepada sahabat Puan Fatima akan bergelar isteri kepada insan yang bergelar suami.

Hiasan yang cantik, dengan bertemakan classic serta bunga-bunga yang dihias di sekeliling menarik minat Kausar.
Perasaan sebak mulai datang dengan tiba-tiba. Jika dia tidak 'ditinggal' oleh Suaminya, pasti sekarang dia dan Auni dapat merasai kasih sayang seorang suami dan bapa.

Bupp

Sedang leka Kausar melayan perasaannya, diri terasa seperti melanggar sesuatu yang keras dan tinggi.

Kepala didonggakan bagi melihat insan yang telah dilanggar olehnya.

Zapp

Terasa jantung bagai ditusuk buat kali yang kedua. Mata yang bertembung segera dialihkan ke pandangan lain. Air mata yang mulai membasahi pipi dihiraukan.

"Kausar?"
Suara garau itu mulai bersuara tatkala melihat cecair putih keluar dari tubir mata milik sang wanita yang pernah bergelar 'isteri' kepadanya.

Tangan yang mahu dinaikkan bagi menyeka air mata yang semakin deras mengalir di pipi wanita itu, ditahan. Tidak mahu menimbulkan ketidakselesaan wanita itu dan kekecohan dari tetamu tetamu yang lain.

Kausar Adreena.

Wanita yang pernah mendapat tempat dihatinya.

Wanita yang pernah terluka kerananya.

Wanita yang pernah ditinggalinya.

******************************************

"Kausar kenapa balik tak tunggu umi tadi? Mujurlah ada Mikayla ambil umi tadi tau."

Muka Puan Fatima, Kausar pandang dengan hairan.
Aik? Sejak bila Mikayla tahu umi ada disitu?

"Macam mana Mikayla tahu?"
Soal Kausar dengan hairan.

"Umi up ig story la."
Selamba badak sahaja Puan Fatima membalas soalan anaknya itu.

Mak-mak zaman sekarang memang dah tak main Facebook ke? Dah tukar ke Instagram ke macam mana?

"Facebook umi tu, umi biar je macam tu ke?"

"Eh! Mana ada. Facebook Always dalam heart, ok."

Tergelak sakan Kausar melihat celoteh uminya itu. Tak padan dengan umur, comel. Patutla baba sayang, eheks.

"Dah-dah, tak payah kamu nak change topic eh. Sekarang bagitahu umi kenapa Kausar balik tadi?"

"Kausar pening sikit je tadi lepastu sakit perut. Takkan lah nak guna tandas orang kan, segan la. Tu yang Kausar balik tu."
Ahakss! Memang sah kau selalu tipu orang. Suara macam tak ada shaking-shaking je.

"Kausar ni. Guna ajelah tandas nya. Kalau tak nak guna sekalipun bagilah Tahu umi awal-awal kalau nak balik awal."

"Hehe. Sorry, umi. Kausar tak tahan sangat tadi. Terasa di hujung tanduk tadi. Itu yang tak sempat tu."

"Banyak la kamu. Alasan."

"Ish. Mana ada umi, sampai hati tuduh anak kesayangan umi ni."
Ucap Kausar sambil memuncungkan bibirnya kedepan tanda protes. Serupa itik jiran sebelah dah.

"Anak kesayangan umi bukan kamu la! Anak kesayangan umi yang sebenar nak balik Malaysia besok."

"Hah?! Along nak balik Malaysia besok? Kenapa umi tak bagitahu awal-awal?" Soal Kausar. Sedih. Kenapa baru last minute umi beritahu nya tentang ini. Hiks.
Memang nampaknya Along la anak kesayangan yang 'sebenar' umi.

"Kamu jangan fikir macam-macam eh Kausar. Tak ada nya umi nak pilih pilih anak ke, berat sebelah ke, tak ada. Semua umi sayang. Dua dua anak umi."

"Eh! Macam mana umi boleh tahu yang Kausar tengah fikir pasal tu?" Terkejut dibuatnya Kausar. Betul agaknya umi nya bersubahat dengan Thanos.

"Biasa lah." Ucap Puan Fatima seraya bangun sambil memeluk tubuh. Tidak lupa juga muka bangganya.

"Dah dah kalau melayan kamu ni sampai ke tahun depan tak habis. Mereput la along tunggu kat airport nanti."

"Besok Kausar dengan Auni pergi la ambil along kat airport."
Cadang Kausar. Bukan selalu dia rajin begini.

"Hmm, elok la tu. Boleh juga."

"Mommy!"

Pintu bilik Kausar yang tertutup rapat didorong Auni dari luar sehingga terbuka. Ceria matanya apabila melihat kelibat ibunya.

"Mommy, mich you sho Mushh!"
("Mommy, miss you so much!")
Ucap Auni seraya memeluk tubuh ibunya.

"Hey, Auni sayang. Mommy dengan tokmmy pergi keluar sekejap je, dah rindu dah?"
Soal Puan Fatima sambil tersenyum melihat adegan peluk memeluk ibu dan anak itu.

"Of course lah, Auni rindu mommy!"
Ucap Auni sambil tangan masih memeluk Kausar. Rindu sangat Auni tu.

"Tak apa la umi. Rindu tanda sayang kan, Auni?"
Kening dijongket jongketkan.
Kausar melakar senyuman mengejek kearah Puan Fatima sebelum mengucup lembut pipi anaknya.

"Kalau macam tu Auni sayang daddy la kan!"
Terhenti pergerakan Kausar. Mata milik Puan Fatima tidak lepas merenung tajam kearah Kausar. Seperti ada sesuatu yang kausar tidak beritahu kepadanya.

"Auni boleh keluar dulu tak, sayang? Mommy dengan Tokmmy nak sembang sekejap."
Soal Kausar sambil melepaskam pelukannya terhadap Auni.

"Ok!" Ucap Auni seraya tangan melepaskan pelukan dan berlari anak ke pintu bilik kemudian menutupnya.

"Apa yang umi tak tahu lagi ni? Sejak bila pula Auni pandai ber daddy-daddy ni? Setahu umi Auni tak pernah panggil sesiapa dengan gelaran daddy. Kalau dengan along pun Auni panggil 'papa'."

Kausar mengeluh panjang. Semua yang berlaku baru baru ini diceritakan kepada Puan Fatima termasuk, mengapa dia meninggalkan umi keseorang di kenduri tadi dan memilih untuk pulang lebih segera.

Vote banyak" untuk fast Update
MUEHEHHE👉👈




Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now