BAB 1

17 4 0
                                    

.

.

.

Batu Pahat, Johor

"BABY BEAR!"

Suara Abang Darren yang lantang itu membuat bulu roma aku meremang. Aduh! Takkan la Darren dah tahu laptop kesayangan dia masuk air?

Aku tak tahu nak sembunyi mana dah ni. Rasanya closet bilik abang aku si Damian ini, adalah tempat paling bagus untuk bersembunyi. Mujurlah Damian tak ada kat rumah sekarang.

"Baby, mana kau, hah?! Keluar sekarang sebelum abang mengamuk!" jerkah Darren dari bawah.

"Habislah aku... habislah aku!" Aku bermonolog sambil bersembunyi di dalam bilik kecil yang ada di dalam kamar abang kedua aku. Bilik itu merupakan closet untuk menyimpan pakaian-pakaian milik Damian.

Kedengaran derapan tapak kaki yang semakin menghampiri bilik tingkat atas. Lebih membuat aku ketakutan adalah ketika aku terdengar pintu bilik Damian dibuka dari luar.

"Dareena!" Darren panggil aku.

Aku berdoa dalam hati semoga abang ketiga aku itu tidak menjumpai aku. Aku tengah menggigil ni!

Bukannya aku sengaja tertumpahkan air kopi atas laptop milik Darren sampai laptop itu tak boleh menyala tadi. Aku tengah khusyuk tengok movie bertajuk 'Friday The 13th' di laptop Darren. Sebab kan movie itu terlalu menyeramkan, aku 'tertolak' cawan kopi sampai tumpah mengenai laptop Darren.

Salah kopi tu la kan? Bukan salah aku.

"Bunga Dareena Laura. Abang tahu lah baby sembunyi kat bilik Ian. Keluar cepat!" Suara sarkastik Darren itu lebih membuat aku menggigil.

Pintu closet itu berkunci dari dalam saat Darren memulas tombolnya.

"Ha! Baby! Baby sembunyi kat sini eh?! Keluar cepat!" Darren mengetuk pintu closet itu bertubi-tubi.

Aku tahu yang Darren tahu, abang kembar dia si Damian itu tak pernah kunci pun pintu closet biliknya kerana tidak ada barang berharga pun disimpan di dalam ini. Kalau berkunci, mesti ada dua faktor aje.

Satu, bila Damian simpan fail-fail kes miliknya di dalam closet supaya tidak hilang. Dua, kalau sesiapa nak bersembunyi, memang closet inilah jadi tempat paling selamat!

Macam aku sekarang!

"Baby, abang kira sampai tiga je. Kalau baby tak keluar, abang tolak pintu ni," ugut Darren.

Aku menutup mulut aku daripada mengeluarkan sebarang suara.

"Oh, degil ya? Okay. In count of three. Three, two..."

"Darren? Kau buat apa dalam bilik aku?"

Abang Damian? Dia dah balik? Dari refleksi cermin besar yang digantung pada dinding closet itu, aku dapati, abang kedua aku iaitu kembar Darren, Damian sedang berdiri di sisi katilnya.

Darren mengalihkan pandangannya kepada si abang kembar paling dingin, Damian Louis.

"Aku tengah cari adik kesayangan kau tu. Dia sembunyi dalam ni aku rasa. Eh, kau ada kunci closet ni tak?" tanya Darren yang masih berusaha untuk membuka pintu closet itu.

Aku curi-curi dengar perbualan kedua-dua abang aku itu dari dalam.

"Apa benda kau ni, Darren? Aku memang kunci lah closet ni sebab aku ada simpan fail dalam ni," kata Damian.

BLOOMING FLOWERS [OG]Where stories live. Discover now