.
.
.
AUTHOR'S POV
"KAU..."
"Niat aku nak balas dendam kat kau aje sebab kau prank aku hari tu. Aku tak expect pun condition kau akan jadi macam ni sekali. Aku mintak maaf, Laura."
Dareena menekup mulutnya. Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Adryan?
"Kau tahu tak aku alergik dengan soya? Kau tahu tak sekali aku minum benda yang contains soya, aku boleh mati kalau kesan dia berpanjangan?! Kau tahu tak betapa aku susah nak fight alergik aku tu dari kecil?! Kau tahu tak, Adryan?! Kau tahu tak?!"
Dareena membaling bantal tepat mengena tubuh Adryan. Mujurlah lelaki itu tidak terkesan dengan tindakan drastik Dareena itu.
"Laura, Laura, calm down." Adryan mencapai pergelangan tangan Dareena yang berlapik dengan kain baju lengan panjangnya.
"Eh common sense lah weh benda macam tu! Tak lawak la main-main dengan alergik orang! Kalau aku mati macam mana, hah?!" kata Dareena, cuba menepis Adryan.
"Kau tahu tak aku rasa macam aku dah nak mati semalam?! Kau tahu tak betapa menderitanya aku? Betapa terseksanya aku? Kau tahu tak, Adryan?!" tambah Dareena lagi.
"Ya, aku tahu, Laura. Aku mintak maaf!" ujar Adryan.
"Pergi lah, Adryan! Keluarlah! Aku tak nak tengok muka kau!"
"I'm not leaving you! Calm down, Laura!" tegas Adryan.
Dareena masih berusaha menolak tubuh tegap Adryan namun sia-sia kerana lelaki itu sedikit pun tidak goyah.
"Hei! Dareen! Ryan, kenapa ni?!" Syazia datang tepat pada masanya. Dia segera merapati kedua-dua sahabatnya itu dan cuba untuk mengawal keadaan.
"Ryan, what happened to her?" soal Syazia.
"This is all my fault, Lizzy."
Syazia mengerutkan dahinya. Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Adryan ada disini awal-awal pagi macam ni? Pelbagai soalan menerjah fikiran Syazia, tapi dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya apa-apa.
"Syazia! Suruh dia keluar! Keluar! Aku tak nak tengok muka dia! I hate you so much, Adryan!" Dareena menekup wajahnya dengan bantal. Dia sudah tidak ada tenaga untuk menolak Adryan.
"Ryan, I think you kena keluar dulu. Biar I tenangkan dia. You panggil doktor boleh?" pinta Syazia.
Adryan mengangguk, "Please settle down her, Lizzy."
Adryan mengatur langkah dan berlalu pergi meninggalkan Syazia dan Dareena. Sejujurnya, dia dilanda rasa bersalah, lebih-lebih lagi waktu Dareena cakap dia benci Adryan.
I'm sorry, Laura.
DARREN sedang tekun membuat kerjanya di dalam bilik berhawa dingin. Ketenangannya diganggu oleh suara notifikasi daripada telefon pintar miliknya. Darren berhenti menaip pada papan kekunci.
Darren melirik skrin iPhone miliknya dan mendapati, ada satu mesej diterima oleh seseorang. Nama contact yang disimpan oleh Darren terhadap orang itu adalah 'Ryn'.
+Darren, Dareen masuk hospital.
Darren tersentak membaca mesej itu. Dia segera menelefon 'Ryn' untuk mendapatkan kepastian.
YOU ARE READING
BLOOMING FLOWERS [OG]
Romance"In all the world, there is no heart for me like yours. In all the world, there is no love for you like mine." Pertemuan Dareena dengan Adryan di Toronto bukanlah satu pertemuan yang indah. Semuanya bermula kerana satu insiden salah faham. Dareena f...