.
.
.
AKU bangun awal hari ini. Tak ada lah awal mana pun. 6:30 pagi. Selalunya lepas Subuh, aku akan sambung tidur. Tapi entah kenapa, aku terdetik tak nak sambung tidur hari ini.
Selepas aku selesai mandi dan melakukan morning routine aku, terus aku pergi bawah dan ke dapur. Aku lihat, umi sedang bertungkus lumus memasak sarapan untuk kami sekeluarga.
Tentang Umi Roziah, dia merupakan pengasuh aku, Darren dan Damian sejak kami kecil. Umi mula bekerja dengan keluarga kami sebagai pembantu rumah bersama arwah suaminya, Pak Hassan yang bekerja sebagai pemandu peribadi papa.
Sayangnya, Pak Hassan telah meninggal dunia kerana sakit jantung 10 tahun lalu. Sejak Pak Hassan meninggal, umi bekerja keras untuk menyara satu-satunya anak yang dia miliki.
Umi mempunyai seorang anak lelaki bernama Shamel Haziq yang masih bersekolah. Jarak usia aku dan Shamel adalah lima tahun. Dia muda dari aku dan dia seorang ulat buku. Yup, dia budak pandai di sekolah. Aku sudah menganggapnya sebagai adik angkat aku kerana dia merupakan teman sepermainanku sejak kecil.
Kadang-kadang, aku kesian dengan umi. Kerap jatuh sakit, namun masih setia berbakti untuk keluarga kami.
Pernah sekali, mama menawarkan kepada umi untuk tinggal bersama kami di villa ini, bagi memudahkan urusan umi untuk bekerja. Namun umi menolak kerana dia lebih selesa tinggal di rumah teres biasa bersama anaknya. Dia bahkan sanggup berjalan kaki dari rumahnya ke villa ini.
"Umi! Selamat pagi!" Aku memeluk bahu umi dari belakang.
"Selamat pagi, sayang. Awal bangun? Selalunya lepas subuh tu terbaring balik atas katil?" kata umi sambil menggaul sambal ikan bilisnya.
Aku mencebik, "Umi ni! Kan bagus Dareen bangun awal? Boleh tengok umi masak."
"Tengok je? Tak nak tolong?"
"Hehe, boleh ke nak tolong?"
"Boleh aje. Nah, pergi bubuh nasi lemak dalam periuk nasi tu kat setiap pinggan. Lepas tu tuang sambal umi masak ni." Umi menghulurkan sudip kepadaku.
Aku melangkah ke arah periuk nasi yang disebutkan oleh umi tadi. Pinggan-pinggan yang disusun itu aku capai satu per satu.
Kalau ikut yang umi selalu buat, kena guna cawan untuk buat bentuk nasi. Jadi ke kalau aku buat?
Satu pinggan. Okay bentuk dia jadi.
Dan begitulah pinggan seterusnya. Cumanya di pinggan terakhir, aku terlebih letak nasi. Takpe, tu akan jadi pinggan untuk Darren.
Teringat pula aku waktu dia dan Damian terletak garam dalam kek buatan mereka. Habis huru-hara! Momen-momen langka itu jarang sekali dapat dirasai.
Usai aku membantu umi menyediakan sarapan pagi, aku melirik jam di dinding yang sudah menunjukkan angka 8 pagi. Memandangkan hari ini hari Isnin, maksudnya semua orang akan keluar bekerja.
Baru sahaja aku ingin naik ke tingkat atas, aku sudah melihat abang-abang aku dan ibu bapa aku sudah turun ke bawah dengan pakaian kerja mereka.
Papa, mestilah dia akan ke pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai pengurus syarikat pelancongan. Mama, mestilah ke butik dan melayan bermacam ragam pembeli. Damian dan Darren, apa lagi? Kena ke pejabat macam biasa walaupun tak ada kes perlu diuruskan.
Daryle dengan Zara pula duduk rumah lain. Zara mestilah ke sekolah, dan waktu lunch hour, Abang Daryle pergi ambil dia dan bawa ke pejabat.
Tinggallah aku seorang dalam rumah ni sampai pukul 7 malam nanti. Tengok TV, makan, main dengan Victoria dan Victor, tidur lepas tu makan lagi, tengok movie, haih bosannya hidup.
YOU ARE READING
BLOOMING FLOWERS [OG]
Romansa"In all the world, there is no heart for me like yours. In all the world, there is no love for you like mine." Pertemuan Dareena dengan Adryan di Toronto bukanlah satu pertemuan yang indah. Semuanya bermula kerana satu insiden salah faham. Dareena f...