Bab 3

11 3 0
                                    

.

.

.

SEPERTI yang telah dijanjikan, Damian dan Darren membawa aku, si adik kesayangan mereka ini ke Pavilion. Aku tak mintak apa-apa tau kat dia orang sempena birthday aku.

Aku ada minta Abang Daryle iaitu abang sulung aku untuk pulang ke rumah kerana malam ini, papa ingin buat jamuan keluarga sekaligus menyambut ulang tahun aku yang ke-19.

Tetapi kata Daryle, dia mungkin tak dapat datang kerana kesibukan kerja. Tambahan pula, anak gadisnya, Izzara sedang demam. Hurm, baru aje nak jumpa si kenit tu.

Kalau nak tahu, Abang Damian yang nak sangat belikan aku laptop. Aku okay aje. Lagi aku suka!

Aku mengenakan outfit simple yang terlihat comel dan sesuai dengan karakter aku sebagai adik manja kepada duo kembar, Damian dan Darren. Kalau abang-abang aku tetap terlihat segak meskipun hanya mengenakan jersi biasa ke mall besar, aku pula harus terlihat lebih menyerlah berbanding mereka.

Aku memakai singlet putih di dalam dan cardigan berwarna hijau muda sebagai outerwear, yang dipadankan dengan seluar straight cut berwarna putih.

Damian pula? Tak habis-habis dengan jersi Balenciaga dia. Darren? Kalau tak silap aku, tu jersi team basketball dia kat kolej dulu. Muat lagi rupanya walaupun dah hampir dua tahun Darren bersara daripada sukan tersebut.

"Baby, jom masuk ZARA." Darren menarik tangan aku agar mengikutinya.

"Eh tak boleh, kena pergi Apple Store dulu." Damian pula menahan pergelangan tangan aku.

"Apahal pula?" getus Darren yang masih berusaha menarik tangan kanan aku.

Ha bagus, satu tarik tangan kanan satu lagi tarik tangan kiri.

"Eh aku abang kan? Ikut la aku dulu," paksa Damian.

"Eh brother, salam toleransi sikit eh. Kita dua dua muka sama aje. Tak ada beza," balas Darren, tak mahu mengalah.

Sudahnya aku dijadikan 'mangsa' oleh kedua-dua kembar ini. Lengan aku ditarik di sebelah kiri dan juga kanan. Sakit memang sakit. Tapi ni lah Damian Louis dan Darren Louis. Nampak cool, tapi macam monyet perangainya.

Betul ke dia orang ni umur 25 tahun ni?

"Okay sudah! Abang Darren... Abang Damian, dah lah tu! Memang kerja kembar ni asyik gaduh aje ke? Penat lah baby kalau macam ni." Aku mengadu kesal.

Nampak la riak bersalah pada wajah kedua-dua insan bergelar abang aku ini.

"Okay sekarang, abang-abang kesayangan baby ni, ikut aje baby nak kemana."

Seperti lembu dicucuk hidung, Darren dan Damian mengikuti langkahku. Pertama sekali, aku ingin memasuki Victoria Secret. Tak silap aku, VS ada mengeluarkan losyen baru iaitu Tease Créme Cloud Lotion. Tumpang ada promosi, tak salah kan aku nak beli?

"Sini, abang bayarkan untuk baby," ujar Damian seraya mengeluarkan duit daripada poket seluarnya.

Fuh, nampak la not RM100 tu ada dalam 20 keping.

"Eh biar aku aje lah bayar! Sibuk aje." Darren menolak tangan Damian.

Mula dah.

"Eh kau asal eh? Tak puas hati dengan aku ke?" tanya Damian geram.

"Kau—"

"Dah sudah. Biar baby aje bayar. Senang cerita." Aku mengeluarkan dua keping not RM50 untuk membayar harga losyen tersebut.

BLOOMING FLOWERS [OG]Where stories live. Discover now