BAB 8

1.2K 10 0
                                    

Pap!

Semua yang ada disitu terkejut bila Noah membaling satu proposal ke lantai.

"Macam budak-budak punya kerja! Berapa lama dah kau orang kerja dekat sini? Takkan benda senang macam ni pun tak boleh nak buat! Benda ni kita dah discuss hari tu. Kenapa masih ada yang salah?" Tempik Noah.

Hari ini mood nya sangatlah tidak baik. Apatah lagi melihat proposal yang ditulis oleh anak buahnya yang serupa budak sekolah itu. Sungguh membuat dia ingin mengamuk.

Kalau salah sikit tidak mengapa lagi. Ini banyak serupa dia tidak buat meeting langsung. Sudah dibincangkan tempoh hari. Klien dia mahu macam mana, apa yang perlu ada, apa yang tidak perlu ada. Semua sudah diberitahu awal.

Ada empat orang yang membuat proposal ini. Tetapi tiada seorang pun yang check semula dan betulkan sebelum menghantar kepadanya.

"Maaf Tuan Noah." Ucap salah seorang dari mereka.

Mencerlung mata Noah mendengar ungkapan maaf itu.

"I want the new proposal by this week. Buat semula and recheck sebelum hantar. Kalau kau orang rasa nak kerja lama buat kerja yang diberi tu elok-elok. Otherwise, just pack your things and get out from my company!"

Gerun masing-masing mendengar itu. Jangan dicabar Tuan Noah itu. Apa yang dia cakap itulah dia buat. Jadi bila diberi peluang kedua itu memang mereka akan buat tanpa ada kesalahan.

"Get out!" Arahnya.

Mereka menunjukkan sedikit kepala dan keluar dari pejabat Tuan Noah dengan segera. Sempat juga salah seorang dari mereka mengambil kembali proposal yang dicampak oleh Tuan Noah dan mencicit lari.

Serabut betul Noah rasakan tika ini. Tali leher dilonggarkan serta dua butang baju teratas dibuka.

Butang interkom ditekan.

"Sally, call Jay suruh datang office sekarang."

Noah duduk di kerusi sambil memicit dahinya. Tiada mood mahu sambung kerja buat masa sekarang. Sekarang juga sudah hampir waktu bekerja tamat. Mata dipejam sambil badan disandarkan pada kerusi empuk itu.

Tok. Tok. Tok.

"Tuan."

Noah merenung Jay tajam. Seperti mahu memberi tahu sesuatu tetapi bukan sekarang.

Noah hela nafas kasar.

"Bagitahu nenda aku tak balik hari ni. Kalau dia tanya cakap saja aku di office tak mahu diganggu." Mata kembali dipejam.

"Baik, Tuan. Ada apa-apa lagi yang boleh saya buat?" Tanya Jay.

Noah mencelikkan mata.

Laci disebelah kanan dibuka dan satu envelope diletakkan di atas meja.

"Dalam ni ada apa yang aku nak. Make sure cari sampai dapat and aku tak nak ada satu pun tertinggal. Faham?"

"Faham, Tuan." Jayden mengambil envelope tersebut.

"You may go now."

.

Cecair yang berada didalam gelas kaca itu dirteguk rakus. Sudah dekat satu jam dia berada di kelab malam The Rich ini. Dia duduk di sebuah bilik khas untuknya yang memang hanya dia dan orang tertentu sahaja boleh masuk.

"Wow... what happened to you, man?" Sapa seorang lelaki.

Noah tidak menghiraukan lelaki itu. Alkohol yang ada dalam botol itu dituang lagi kedalaman gelas kacanya dan diteguk rakus.

"Are you serious dude? Kau tak pernah minum banyak macam ni." Terkejut juga dia melihat Noah minum tanpa henti itu.

"Just shut your fucking mouth, Mark." Kata Noah geram. Mahu release stress pun ada juga yang ganggu.

Mark sudah menggeleng kepala. Apabila dia tengok Noah hampir mengambil botol vodka yang kedua untuk dituangkan dalam gelas itu, Mark cepat-cepat menghalangnya.

"You will be drunk, man! Enough."

"What's wrong with you?! Just leave me alone, dude!" Berang Noah apabila Mark merampas botol arak itu.

Tanpa mempedulikan amukan Noah, Mark berdiri ditepi Noah dan dia cuba merangkul bahu Noah.

Noah menepis tangan Mark.

"Go away!"

Sah!

Noah sudah mabuk teruk. Mark tetap merangkul tubuh Noah yang lebih besar darinya untuk keluar dari kelab ini.

"Just go, dude."

"I want to drink!"

"Oh shit!"

Dan bermacam lagi perkataan yang keluar dari mulut Noah tanpa dia sedar. Mark pula naik pening dengan Noah. Noah tidak pernah macam ini. Apa yang membuatkan dia jadi sebegini rupa?

"You want to go to your apartment or your parents' house?" Soal Mark sebaik sahaja dia dan Noah masuk kedalam kereta Audi R8 milik Noah.

"..."

Tiada balasan dari Noah walaupun matanya masih terbuka sedikit.

"Tak pernah pulak aku tengok kau jadi tak betul macam ini. Kena sampuk dengan hantu ke apa ni... Haish..." Bebel Mark.

Setelah memastikan Noah memakai seatbelt, dia terus memecut laju ke apartment Noah. Gila nak bawa balik ke rumah orang tua lelaki itu. Memang kena bebel lah dengan Puan Sri Mawar tanpa henti. Kalau yang kena Noah sahaja tak apa, ini sekali dengan dia kena.

"Ho..hotel..."

"Ha?" Mark memandang Noah disebelah sekilas. Apa lagi mamat ni cakap ni.

"Hotel." Gumam Noah perlahan lalu matanya tertutup rapat.

"Noah, Noah agaknya kalau kau sedar nanti kau ingat lagi ke apa kau cakap." Malas dia mahu melayan apa yang Noah katakan itu. Dia tetap bawa lelaki itu ke rumah lelaki itu sendiri.

.

Cahaya matahari yang menusuk kedalam bilik tidurnya membuatkan Noah terpisat-pisat untuk bangun. Tangannya meraba bawah bantal mencari telefon tetapi tidak jumpa.

Kepala yang berdenyut kuat itu dipicit perlahan. Sakit sangat rasanya tika ini.

Noah melihat sekeliling ruang bilik tidur itu. Ini apartment dia. Macam mana dia boleh sampai ke sini? Setahunya malam tadi dia ke kelab malam.

"Damn." Dia sudah mengingatnya.

"Stupid, Noah! Nenda tahu ni mati kau. Auch..." Kepala yang masih sakit dipegang dan dipicit sedikit.

Berapa banyaklah dia teguk semalam eh.

Ring... Ring... Ring...

Bunyi deringan telefon menyentakkan Noah. Dia bangun dan mencari mana datang bunyi itu. Jumpa sahaja telefonnya, Noah berdehem sedikit menghilangkan suara baru bangun tidurnya.

Jari di slide ke atas telefon itu menjawab panggilan.

"Hello."

"Ha! Kamu pergi mana Noah? Dari malam tadi nenda call tak berjawab. Jay kata kamu ada dekat office. Ni nenda datang kamu tak ada kat sini. Where are you right now ha?"

Noah tepuk dahi.

"I'm on my way to go to the office, nenda." Tipunya. Mandi pun belum lagi.

"Don't lie to me, Noah. I know you very well." Kata Puan Sri Mawar. Apa Noah ingat dia budak-budak yang mudah ditipu ke.

"Okay, okay, I'm sorry. Nenda tunggu Noah. I'll be there in around 30 minutes."

"Okay, Nenda tunggu. Ada benda penting nenda nak bagitahu kamu ni."

Selepas menjawab salam nenda, Noah call Jay pula meminta Jay untuk membawa pakaian formal nya untuk ke office.

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now