BAB 9

1.2K 16 4
                                    

"Marry her."

Sakit kepalanya pagi tadi masih belum reda, nenda nya menambahkan lagi dengan menyuruhnya kahwin dengan perempuan yang dia tidak kenali.

-Flashback-

"You're now 31, Noah. Sampai bila nak membujang? Nenda teringin nak ada cicit tahu? Takkan nak tunggu nenda mati baru kamu nak kahwin."

Inilah orang tua. Asal nak suruh dia kahwin je mesti perkataan mati tu ada. Sikit-sikit mati. Naik pening Noah.

"Jangan risau, nenda sempat timang cicit." Entah betul atau tidak Noah juga tidak pasti. Yang dia tahu dia mahu nenda nya berhenti menjodohkan dia dengan sesiapa.

"Bila?"

Noah bungkam tidak tahu mahu menjawab apa.

"Bila Noah?" Sekali lagi Puan Sri Mawar menyoal.

"Bila Noah dah sedia Noah akan kahwin. Nenda tak perlu risau."

"See. Noah sebenarnya bukan setakat tak bersedia tapi calon pun tak ada lagi kan? Sebab tu nenda carikan calon untuk kamu. Ni tengok ni ada banyak anak-anak kawan nenda yang masih single. Kamu tinggal pilih saja."

Beberapa gambar anak kepada kawan Puan Sri Mawar itu dilihat dengan hujung mata. Tak berminat!

"Noah dah ada calon lah nenda."

Puan Sri Mawar terkejut.

"Kamu serius? Kenapa tak pernah bawa jumpa nenda dengan atuk? Perempuan tu macam mana? Bila kamu nak berlangsung majlisnya?" Bertalu-talu Puan Sri Mawar menanya. Teruja betul.

Serba salah pula Noah melihat keterujaan nenda nya.

"Nanti Noah bawa jumpa nenda. Nenda sabar sedikit ya. Noah tengah busy handle project baru tak sempat nak bawa 'dia' jumpa nenda."

Tersenyum lebar Puan Sri Mawar. Tak lama lagi dapat cucu menantu lah dia. Tak sabar!

"Make sure bawa dia jumpa nenda, okay."

"Hm."

"Okaylah, kamu sambung lah kerja kamu. Nenda balik dulu."

Baru Noah boleh bernafas dengan lega apabila nenda nya sudah tamatkan perbualan yang jelas dia tidak minat.

Tangan tua Puan Sri Mawar di salam.

-End of flashback-

Pintu kayu besar itu diketuk 3 kali oleh Jay. Mendengar sahaja suara Tuannya membenarkan dia masuk, pintu besar itu ditolak.

Kaki melangkah menghampiri meja kerja Tuan Noah. Majikannya.

"Tuan, ini maklumat tentang cik Alana yang Tuan minta saya carikan. Semua details ada dalam fail ni. Everything yang Tuan mahu ada disini." Beritahu Jay.

Fail coklat itu diletakkan atas meja Noah. Noah alihkan pandangan dari komputer dan mengambil fail tersebut. Tanpa sedar, dia mengukir senyuman kecil.

Finally.

Dapat juga dia tahu tentang gadis mata hijau itu.

Kertas yang ada dalam fail itu dikeluarkan, Noah meneliti satu per satu maklumat tentang gadis itu. Betul kata Jay semua yang dia mahukan ada ditangannya kini.

Matanya naik merenung Jay.

"Good. Kau boleh keluar."

Baru sahaja kaki Jay melangkah beberapa tapak, Noah melemparkan satu soalan yang buat kaki Jay berhenti di tempatnya.

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now