BAB 1

2.9K 10 0
                                    

Alana pulang ke rumah hari ini agak lewat disebabkan Bella yang tidak putus asa mengajaknya pergi ke kelab malam milik ayahnya itu. Katanya mahu release tension akibat banyak assignment yang perlu dihantar dalam waktu terdekat.

Tch.

Dah kalau banyak assignment patutnya kena siapkan dulu. Ini tidak, assignment kemana dia pun entah kemana hala sudah.

Alana pulang dengan menaiki keretanya, manakala Bella tadi sudah diheret dengan teman lelakinya dan meninggalkan dia seorang diri di situ.

Hampeh punya kawan!

Makin stress dia duduk dalam kelab malam itu. Tak menguntungkan diri langsung. Selamatlah dia tidak minum minuman keras, kalau tidak sudah berakhir diatas katil agaknya.

Fuh, seram! Kepala digeleng-geleng. Kalau nak kena kerat dengan Tuan Qashaf dipersilakan lah buat.

Dia tidak pernah berani melakukan perkara terkutuk itu. Walaupun dia tidaklah sealim perempuan melayu yang bertudung labuh, tetapi dia tahu batasnya sebagai seorang perempuan. Lagi pula, papa dan mamanya seorang yang tegas dengan anak-anak.

Dulu sewaktu dia mula berkawan dengan Bella pun, papa dan mama melarang keras kerana kata mereka Bella bukan seorang muslim dan agak liar diluar jadi mereka takut yang Bella akan mengajarnya benda yang bukan-bukan.

Memang betul, Bella agak bebas orangnya. Tetapi dia tahu Bella baik. Bella hormat dia sebagai seorang muslim dan bukannya seorang yang munafik di depan orang. Baginya, Bella tidak pernah melampaui batas sebagai seorang kawan. Bella hanya bersuka ria seorang diri tanpa melibatkan dia sebab Bella tahu Alana bukan seperti dia yang bebas melakukan apa saja serta tahu yang mereka mempunyai keterbatasan agama.

Kecuali hari ini. Bella nampak agak tertekan sejak kebelakangan ini membuatkan Alana ingin menemani gadis itu setelah dipujuk berkali-kali oleh Bella tadi. Tidak pernah Bella mengajaknya pergi ke kelab malam sebelum ini.

Melihatkan wajah sugul Bella tadi, hati Alana tercuit untuk menemani Bella. Bella juga sepertinya yang kurang berkongsi masalah dengan orang. Kadang-kadang itu adalah Bella terbuka juga dengannya.

Tapi tidak lama selepas mereka berborak di kelab malam dengan Bella yang mula mabuk itu, Bella pula yang meninggalkannya. Dasar Bella tingtong!

Alana menghempaskan badannya pada katil king yang empuk itu. Mata dipejam sekejap. Mahu ambil mood sebelum mandi. Sakit kepalanya mendengar lagu bingit kelab malam tadi seakan belum hilang.

Setelah itu, Alana bangun dan membersihkan diri. Dia perlu tidur sekarang kerana esok ada kelas pagi.

.

"Morning, cik Alana. Ada bihun sup dengan nasi goreng. Cik Alana nak mana satu?" Tanya pembantu rumah yang bernama Cik Nab setelah dia mengambil tempat duduk di meja makan tersebut.

"Morning, Cik Nab. Amboi, rajin hari ni masak bihun sup eh." Usik Alana.

Alana memang rapat dengan Cik Nab. Dia sudah menganggap Cik Nab ini seperti mamanya kerana Cik Nab seorang yang penyayang.

"Tak adalah. Ini abang kamu yang minta Cik Nab masak, katanya mengidam nak sup kaki ayam. Itu yang Cik Nab buat bihun sup terus."

"Aik, mengidam? Kak Rash mengandung lagi ke?"

Setahu dia, kakak iparnya baru sahaja habis berpantang dua bulan lepas. Takkanlah secepat itu sudah tambah lagi satu?

Gelojoh punya abang!

"Iya la kot. Cik Nab tak tanya pula dia semalam." Jawab Cik Nab sambil tersenyum.

Alana membuat muka toya. Hati dia mengatakan Kak Rash memang mengandung. Ahh! Nanti dia tanyalah abangnya itu. Apa susah.

"Dah meh sini duduk Alana. Kamu nak apa?"

"Nasi goreng." Cik Nab menuangkan nasi goreng kedalam pinggan Alana.

Alana pergi ke dapur untuk mengambil satu mangkuk kecil dan diisikan dengan sup kaki ayam. Dia kalau makan nasi goreng mesti kena ada sup baru uummpp!

"Oh ya, mama dengan papa mana? Keluar ke?" Tanya Alana lalu nasi goreng yang sudah dicelup dengan sedikit sup itu disuap kedalam mulut.

Sedap!

"Mama dengan papa kamu baru keluar pagi tadi. Katanya nak jumpa dengan kawan lama. Apa namanya tu? Ion? Nion? Rion? Apa kenama entah tu Cik Nab pun tak tahu." Susah betul nak sebut perkataan yang dalam bahasa inggeris ni.

Alana tergelak kecil.

"Reunion la Cik Nab."

"Ha! Itulah nama dia."

Alana ketawa melihat Cik Nab yang menepuk tangan sekali apabila mendengar sebutan yang betul.

"Kelakar la Cik Nab ni." Katanya dengan sisa tawa. Kalau dengan Cik Nabi ni memang tak kering gusi.

"Cik Nab ni orang kampung mana tahu cakap orang putih ni. Kalau sebut macam tadilah, berbelit lidah nak menyebutnya." Mana taknya dulu belajar pun sampai upsr saja. Setelah itu, dia berdikari mencari kerja untuk sesuap nasi. Maklumlah, orang susah.

"Ha kamu makan sampai habis. Nanti biar je pinggan dalam sinki. Cik Nab pergi kebun belakang sekejap."

Alana hanya mengangguk membiarkan Cik Nab pergi ke belakang. Alana menikmati makanannya sebelum dia bergerak ke kolej.

.

"Alana!" Jerit seseorang dari belakang.

Alana memusingkan badannya, melihat gerangan yang memanggilnya.

Lengan Alana dipeluk oleh Bella dan mereka berjalan memasuki dewan kolej itu.

"Kau dah okay?" Soal Alana. Melihat wajah ceria Bella hari ini, nampak macam dah okay.

"Okay je. Kenapa kau tanya macam tu?"

"Iyalah, semalam muka kau macam berak kapur. Muram semacam pastu teguk whiskey sampai 2 botol. Gila betul." Komen Alana selamba.

Bella garu kening yang tidak gatal. Sengih ditayang. Alamak! Terlupa pula dia semalam dia yang ajak Alana keluar pergi club.

"Okay dah. Semalamkan aku dapat ubat yang paling mujarab." Jawabnya nakal sambil sebelah kening diangkat-angkat.

Alana memutarkan bola matanya. Miang keladi punya kawan! Macamlah dia tak tahu 'ubat' apa yang dimaksudkan oleh Bella itu. Malah terlebih tahu! Geli nak sebut!

"Ahh kau, pergi sana jauh-jauh. Jangan kotorkan otak suci aku ni." Dahi Bella ditolak dengan jari telunjuknya.

Bella mencebik. Makin kuat pegangan tangan Bella pada lengan Alana.

"Tak nak."

"Okay, but serious ni kau okay? Kau boleh share dengan aku." Tanya Alana sekali lagi.

Mereka berdiri dihadapan lift untuk naik ke kelas.

"Don't worry. Aku okay dah. Nanti tak okay aku cari kau lagi hehe." Jawab Bella. Dia tidak mahu menyusahkan Alana dengan masalahnya.

Ting!

Mereka masuk kedalam lift. Lift itu kosong hanya ada mereka berdua sahaja. Butang 6 ditekan.

"Okay la kalau kau kata macam tu. Tapi apa-apa nanti bagitau aku. Kalau aku boleh tolong aku tolong." Kata Alana ikhlas.

"Okay bestie. Nanti break tunggu aku dekat cafe tau."

Bella dan Alana berlainan course. Bella mengambil jurusan business studies manakala Alana mengambil jurusan dalam bidang art and design.

Mereka kenal dan rapat kerana semasa semester satu sehingga semester tiga, mereka duduk berkongsi satu bilik.

"Okay, nanti aku call kau. Takut aku kena tahan lagi dengan Puan Sha. Kau tahulah dia tu macam mana."

"Alright. Nanti kau maklum pada aku ye."

Alana mengangguk. Mereka berpisah selepas tiba di aras 6 itu.

.....

Sorry kalau ada typo...

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now