BAB 5

1.4K 10 2
                                    

Alana mengenakan dress pink labuh pada tubuh langsingnya. Rambut dia sanggul tinggi dengan beberapa helaian rambut terjuntai di tepi. Dia kelihatan sangat elegan. Nampak seperti ingin pergi ke makan malam mewah.

Baju ini baju Bella, dia pinjam sebab baju dia semuanya banyak casual dan hoodie saja. Jadi dia meminjamlah baju Bella yang paling sopan Bella ada.

"Alana! Dah siap belum? Bella dah sampai tu." Laung Puan Ameera dari bawah.

"Kejap!"

Alana sembur perfume arab kesukaannya yang berbau vanilla itu. Wangi. Sangat wangi.

"Papa, mama, Lana pergi dulu." Alana mendekati Tuan Qashaf dan Puan Ameera yang duduk diruang tamu itu. Tangan orang tuanya disalam.

"Ingat pesan papa, balik sebelum pukul 12. Jangan melencong ke tempat lain pulak." Kepala anaknya digosok perlahan.

Alana senyum.

"Baik pa. Lana pergi dulu."

.

Alana, Bella dan Naufal masuk kedalam rumah agam milik kawan Naufal. Sangat besar. Mereka pergi ke laman belakang yang menempatkan kolam renang disitu. Nampaknya kawan Naufal membuat parti disitu. Dalam pool itu pulak terdapat belon berwarna warni. Laman yang sangat luas itu dihias dengan cantik sekali.

Ramai juga yang dijemput oleh kawan Naufal. Ada yang sedang makan, ada yang sedang minum sambil borak sesama sendiri dan ada juga yang menari bersama pasangan mereka kerana lagu yang dipasang sangat romantik bunyinya.

"Jom duduk sana dulu." Ajak Naufal.

Setibanya di meja, Alana duduk bersebelahan dengan Bella.

"Sayang, you nak makan dulu ke?" Tanya Naufal pada Bella.

"Hhmm," Bella memandang Alana.

"Kau nak makan tak?" Soal Bella.

"Boleh jugak." Balas Alana ringkas. Lagi cepat mereka makan lagi cepatlah mereka balik.

Biasalah Alana masih belum biasa untuk keluar bersosial begini.

"Okay, kalau macam tu kau orang ambil makanan dulu. I tunggu sini." Naufal melabuhkan duduk berhadapan Bella.

"You tak nak makan sekali?" Bella menanya Naufal.

"No, I jaga tempat ni. Nanti I nak masuk dalam kejap jumpa birthday boy."

Bella angguk. Dia dan Alana pergi ke meja panjang yang menghidang pelbagai jenis makanan. Setelah memilih makanan, mereka balik semula ke meja meraka tadi.

"I pergi jumpa Mark kejap." Naufal masuk kedalam.

"Okay."

"Besar betul rumah kawan Naufal ni."

"Haah, tapi ni sebenarnya rumah family kawan dia. Kalau dia orang nak guna buat party macam ni atau apa-apa majlis, dia orang memang guna rumah ni." Jelas Bella.

Alana mengangguk faham. Patutlah besar semacam. Rumah family rupanya.

Alana mencucuk meatball yang diambilnya masuk kedalam mulut. Sedap.

"Oh ya, aku nak tanya kau tadi."

Alana angkat kening tanda 'apa?'

"Senang pulak kali ni papa kau bagi kau keluar. Selalunya kau teks aku bagitahu tak dapat join. Ni boleh pulak?" Tanya Bella. Pelik dia papa Alana benarkan dia keluar.

Alana menelan perlahan makanannya.

"Entah. Papa kata dia lepaskan aku keluar tapi aku kena balik sebelum pukul 12. Mungkin sebab dia rasa dia patut lepaskan aku perlahan-lahan. I don't know." Alana angkat bahu.

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now