BAB 12

1.4K 15 7
                                    

Alana memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti lariannya. Dia bosan duduk di rumah jadi dia pergi ke taman yang berdekatan dengan rumahnya untuk dia berjoging.

Air pod dicucuk kedalam telinga. Lagu No Scrubs daripada TLC dipasang.

'Marilah memulakan pagi anda dengan senaman!'

Telefon diselitkan pada poket belakang seluar jogging nya dan Alana memulakan larian perlahan.

Cukup 6km dia berlari kemudian Alana melakukan brisk walk satu jam sambil-sambil itu dia melakukan regangan kecil pada otot tangan kanan dan kirinya.

Inilah rutin seorang Alana Qalisya pada waktu pagi hujung minggu. Dia bersenam bukan mahu kurus pun sekadar mahu keluarkan peluh dan tak mahu rasa badannya terlalu berat walaupun dia sebenarnya kurus. Dia banyak mengikut genetik Puan Ameera dimana kalau makan banyak mana pun tetap kurus juga. Mereka sejenis yang makan sikit tapi kerap.

Tapi makan banyak mana pun senaman tetap kena buat, nak badan sihat kenalah selalu buat senaman kan. Lagi pula Alana tidak suka kawal makan, kalau dia rasa nak makan dia makan aje. Yang penting kena selalu exercise baru badan maintain, tak gitu?

Alana mengelap peluh dibahagian muka tanpa dia sedar yang tali sebelah kasutnya tercabut.

Buk!

"Adoi!"

Alana terus cabut air pod dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tangannya memegang kaki kanan yang terseliuh. Dia cuba mengurut kaki yang terseliuh itu akibat terpijak tali kasutnya sendiri. Boleh tahan kuat juga dia jatuh tadi. Sakit lutut dia, selamatlah jatuh ke depan. Kalau jatuh kebelakang tu mahu tulang bontot dia patah.

"Cik okay?" Sapa satu suara asing.
Alana mendongak memandang lelaki dihadapannya.

"Okay, terseliuh sikit aje ni." Balasnya. Dia menyambung mengurut kaki dia, dia dapat rasakan urat kakinya lari dari tempat yang sepatutnya.

"Boleh jalan tak? Nak saya hantarkan ke klinik?"

"No thanks. Saya boleh jalan lagi." Alana memakai kasutnya semula dan dia gagahkan diri untuk bangun. Dia tidak mahu susahkan lelaki ini. Sudahlah dia tidak kenal.

Tapi malangnya kaki Alana tidak stabil menyebabkan dia hilang pertimbangan lalu tanpa sengaja dia terpaut lengan lelaki itu. Lelaki itu pula memegang sebelah lengan Alana. Tindakan refleks.

"Sayang!"

"Kat sini awak rupanya, puas saya cari tadi."

Noah menjerit dari jauh. Kaki berlari kearah Alana mahu mendapatkan gadis itu. Dalam hati sudah pelbagai carutan dikeluarkan bagi lelaki yang berani menyentuh gadisnya.

"Noah?"

"Are you okay? Kenapa ni?" Soal Noah risau.

"Okay. Cuma kaki terseliuh sikit."

Noah mencangkung dihadapan Alana, kasut sukan Alana ditarik.

"Sikit awak kata? Dah naik merah dah ni, sayang." Kaki Alana dibelek. Mesti lebam ni nanti.

Mahu terkeluar biji mata Alana dengan panggilan Noah. Sayang?

"Come. Saya bawa awak pergi klinik." Kedua-dua belah lengan Alana ditarik daripada terus bersentuhan dengan lelaki itu. Dia seorang je boleh sentuh Alana okayl. Orang lain tak boleh!

"Eh, tak payahlah. Sikit aje ni... Sapu minyak nanti eloklah."

Dia pelik sekarang ni. Macam mana Noah boleh ada disini? Dengan pakaian pejabat lagi tu.

"No! Sebelum kaki tu makin melarat baik kita pergi klinik. Nanti jadi apa-apa macam mana?" Sedikit keras suara Noah. Dia bukan apa, dia tak nak Alana yang sakit nanti.

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now