BAB 4

1.5K 10 0
                                    

"Alana, sabtu ni kau free tak?" Bella menanya.

Alana mengangkat kepala melihat Bella. Mereka sekarang berada di gazebo rumah Bella. Disebabkan ayah Bella tidak membenarkan dia keluar hari ini, Alana lah yang kena datang situ teman kawannya itu.

"Tak tahu lagi. Kenapa? Kau nak pergi mana-mana ke?"

"Hm, ada birthday party kawan Naufal."

Bella mengambil pisang goreng yang digoreng oleh pembantunya itu masuk ke mulut. Manis.

"Kau pergi jelah dengan Naufal."

Alana malas nak jadi third wheel antara mereka. Nanti semua sibuk nak tanya pasal dia. Padahal tak kenal pun.

"Memanglah, tapi kalau kau ikut sekali lagi best. Jomlah..."

"Aku malaslah Bella, mesti party tu malam kan? Nanti aku nak jawab apa dengan papa dan abang aku?" Encik Qashaf dan Qalish sangat bertegas dengannya.

Waktu Alana keluar dengan Bella tempoh hari pun sebab Tuan Qashaf dan Puan Ameera tak ada di rumah dan dia berjaya rasuah abangnya melalui kakak iparnya. Kalau tidak, memang tak keluar malamlah dia.

"Ala... Jomlah bestie... Kau tahulah Naufal tu kalau dah jumpa member dia, aku ni dia suruh duduk diam-diam je. Bosanlah aku nanti. Kalau ada kau bolehlah aku borak dengan kau. Jomlah Alana... Please..." Bella menggenggam kedua tangannya sambil mata terkebil-kebil. Berharap pujukannya berjaya.

"Nantilah aku tanya papa aku macam mana. Tapi aku tak janji tau." Walau dia tahu harapannya itu tipis tapi tak mengapa.

Bella tepuk tangan tanda suka. Dia tahu pasti Alana akan boleh kan juga untuk dia. Alana memang best best friend yang dia pernah ada.

"Kau ni aku tengok free betul. Assignment dah siap belum? Tadi call beria kata assignment berlambak. Ini tengok gaya macam dah siap semua aje." Daripada tadi Alana tengok Bella sedap makan pisang goreng tu. Rilek betul Bella ni macam dah siap kerja.

"Tak adalah. Ada je assignment yang belum siap. Tapi sekarang malas nak buat. Malam nanti aku buatlah."

"Dah tu apa function kau ajak aku datang rumah kau ni?"

Kecik besar kecik besar je dia tengok Bella ni. Baik dia buat kerja dia kat rumah lagi bagus.

Bella sengih hingga menampakkan gigi putihnya.

"Saja nak kau teman aku. Kan daddy aku tak bagi aku keluar." Muncung Bella.

"Kerja aku dah nak siap ni. Aku nak balik dulu. Nanti apa-apa call je. Okay." Alana mengemas barangnya yang bersepah diatas meja itu.

"Awalnya nak balik." Bella menayang riak sedih.

"Tak ada awalnya Bella oii, dah petang dah ni."

Bella dan Alana melangkah sehingga ke pintu besar rumah Bella.

Kereta mini cooper Alana di parking disitu.

"Bye, aku pergi dulu."

"Okay, hati-hati bawa kereta."

Alana angguk. Dia masuk kedalam perut kereta. Bella pula berdiri jauh sikit dari kereta itu melihat kereta Alana yang semakin jauh dari pandangannya.

.

Alana meramas jarinya perlahan. Dia ingin memberitahu Tuan Qashaf tentang birthday party kawan Bella esok. Alana ambil telefonnya berpura-pura bermain dengan telefonnya itu.

Tak lama kemudian, Alana memberitahu hasratnya itu. Haraplah yang Tuan Qashaf benarkan dia keluar.

"Erm... Papa, boleh tak adik nak keluar dengan Bella esok?" Dalam takutnya dia memberitahu.

Tuan Qashaf yang sedang membaca surat khabar itu mengangkat kepala memandang anak perempuannya.

"Bila? Pergi mana? Pukul berapa?" Soal Tuan Qashaf. Memang itu yang selalu ditanya dulu jika Alana ingin keluar. Sekurang-kurangnya kalau Alana balik lambat dia tahu Alana dimana.

Alana teguk air liur kesat. Dia cuba meneutralkan wajahnya supaya tidak nampak terlalu takut.

"Esok malam lepas maghrib, dekat rumah kawan Bella, area sini juga tak jauh sangat pon. Kawan Bella ada buat birthday party itu yang Bella ajak Lana sekali. Tapi kalau papa tak bagi, Lana tak pergi lah." Alana sengih sambil kepala yang tidak gatal itu digaru.

Tuan Qashaf berfikir mahu membenarkan ataupun tidak. Alana sudah dewasa. Dia pun tidak mahu terlalu mengokong anak perempuannya ini.

"Boleh. Tapi kena balik sebelum pukul 12 malam. Jangan lewat, faham."

Alana senyum gembira. Terus dipeluknya Tuan Qashaf.

"Thanks pa! You're the best papa ever!" Kata Alana dengan teruja. Finally, papa benarkan dia keluar juga.

Tuan Qashaf senyum melihat keterujaan anak bongsunya ini. Sekali sekala membiarkan Alana berdikari apa salahnya kan.

"Iyalah... Ingat, balik sebelum pukul 12 ye." Pesannya sekali lagi. Badan kecil anaknya itu ditolak. Habis ronyok surat khabar dia. Nasib baik anak.

"Okay pa, nanti Lana minta Bella ambil dan hantarkan. Kereta Lana tak siap lagi." Kereta mini coopernya itu semalam buat hal pula. Tayar bocor. Dah alang-alang tukar tayar itu dia minta orang bengkel service kereta sekali.

Tuan Qashaf hanya mengangguk. Dia menyambung membaca surat khabar ditangan.

Alana ambil telefon diriba, Whatsapp dibuka, nama Bella menjadi yang paling atas itu ditekan. Dia terus maklum pada Bella. Sukalah Bella dia dapat join kali ini.

Dalam tak sabar mahu keluar itu, Alana masih berasa sedikit was-was kerana dia jarang keluar bersosial waktu malam.

Haraplah nanti birthday party kawan Naufal itu tak ada hidang alcohol. Dia risau Bella mabuk lagi nanti.

.....

Double update today!!!

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now