Bab 13

1.1K 19 1
                                    

Persiapan sudahpun siap 90% baik menikah mahupun sanding. Terkejut juga Alana apabila Puan Ameera memberitahunya yang semua persiapan disiapkan oleh Noah. Dia cuma pergi fitting baju saja hari itu yang lain semua sudah disiapkan oleh Noah.

Mungkin Noah tahu yang Alana sedang busy dengan pelajarannya, jadi Noah tidak minta dia untuk tolong sama. Alana memang busy sekarang ni lagi-lagi examnya hampir dekat. Jadi waktu cuti study week inilah Alana dan yang lain menggunakan peluang untuk study sehabis baik.

"Lana."

"Yes, pa." Alana yang sedang menonton tv mengalihkan pandangan kepada papanya sekilas.

"Papa nak cakap sikit dengan kamu."

"Apa dia tu pa?"

"Soal selepas pernikahan kamu nanti."

Alana mengalihkan bantal empat segi kecil ke tepi. Dia bersila di atas sofa menghadap papanya.

"Kenapa tu?"

"Papa dan Noah dah bincang yang selepas kamu dan Noah bernikah, Noah benarkan kamu duduk dengan papa sampai kamu tamat sem ni. Jadi dalam masa 2 bulan ni kamu akan duduk dengan papa dan mama sebelum Noah bawa kamu kerumah kamu berdua nanti. Kamu okay ke?"

Alana diam sejenak memikir.

"Ini sebenarnya permintaan Noah sendiri. Kalau kamu tanya papa semestinya papa nak kamu tinggal dengan papa sampai bila-bila walaupun kamu dah kahwin nanti. Tapi papa tak boleh selfish, Lana ada suami dan Lana kena taat dengan suami Lana. Tapi Noah tetap mahu dahulukan kamu dulu. Sebab itu, Noah minta papa tanya Lana juga sama ada Lana okay atau tidak."

Terangguk-angguk kepala Alana. Dia sejujurnya tidak kisah pun. Yang mana okay dan baik untuk dia, dia ikut sahaja.

"Lana tak kisah pun sama ada nak duduk dengan papa atau Noah. Tapi kalau Noah dah minta untuk kami tinggal di rumah papa dulu, Lana ikut saja." Lengan Tuan Qashaf dirangkul dan kepalanya dilentokkan pada bahu Tuan Qashaf.

"Lagipun, bolehlah Lana spend time masa lebih sikit dengan papa mama. Kesian mama nanti tak ada kawan nak borak kalau Lana tak ada."

Tuan Qashaf senyum kegembiraan. Suka melihat anaknya ini berfikiran matang.

Kepala Alana diusap.

"Amboi, dating berdua tak ajak." Tegur satu suara dari belakang.

Puan Ameera bercekak pinggang melihat anak perempuannya dan suaminya.

Itu suami mama tau!

Alana tayang sengih sambil kening diangkat-angkat nakal.

"Dah nama pun dating, mana boleh ajak mama. Mama kena cari pasangan dulu baru kita boleh double date."

Tuan Qashaf ketawa kecil mendengar balasan Alana.

"Hello, Lana yang patut cari pasangan tau. Itu suami mama." Puan Ameera mendekati mereka berdua.

"Sharing is caring kan ma..."

Makin kuat ketawa Tuan Qashaf. Terhibur mendengar Alana dan isterinya berbalas mulut kerana dia. Comel betul dua-dua ni.

.

Tok.Tok.Tok.

Alana yang sedang mengulangkaji itu tersentak apabila mendengar pintu biliknya diketuk. Dia buka pintu biliknya.

"Papa?"

Wajah si ayah dilihat. Tuan Qashaf tersenyum melihat anaknya.

"Lana tengah study ke?"

Alana mengangguk.

"Noah nak jumpa kamu kejap. Dia ade dekat bawah, pergilah jumpa dia sekejap."

Alana kerut dahi. Buat apa Noah datang malam-malam begini?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now