BAB 2

2K 8 0
                                    

"Tuan, kereta dah sampai." Ujar orang kanan Noah.

Noah bangun dari tempat duduknya. Dia berdiri dihadapan cermin besar yang ada dalam bilik itu. Tie dileher dibetulkan sedikit. Jam ditangan juga dibetulkan. Puas dengan penampilannya, Noah berjalan keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke tingkat bawah.

"Tuan." Sapa pembantu rumah itu seraya menundukkan sedikit kepala tanda menghormati tuan mereka.

Noah hanya jalan tanpa memandang pembantunya. Aura seorang Aariz Noah sangat berbeza dengan yang lain. Penuh dengan ketegasan.

Zaid, pemandu Noah membuka pintu kereta bahagian penumpang buat tuannya itu. Masuk sahaja Noah ke dalam kereta mewah Audi RS7 itu, giliran Zaid dan orang kanan Noah iaitu Jay pula masuk ke dalam kereta tersebut.

Kereta mewah itu terus meluncur laju dijalan raya.

"Tuan, hari ini Tuan ada meeting dengan Tuan Haidar sempena majlis pelancaran hotel baru Tuan dengan Tuan Haidar waktu lunch hour nanti dan Tuan Naqiu ingin berjumpa dengan Tuan pada waktu petang nanti bila Tuan free." Beritahu Jay seperti biasa. IPad ditangan tidak lepas dari pandangannya. Segala jadual dan benda yang berkaitan dengan Tuan Noah dicatat disitu.

"Atuk nak jumpa?" Soal Noah meminta kepastian.

"Ya tuan."

"Atas sebab apa?" Soalnya lagi.

Atuknya itu jarang berjumpa dengan dia memandangkan dia tidak rapat dengan Tuan Naqiu itu. Pelik.

"Tuan Naqiu cuma bagitahu yang dia mahu berjumpa dengan Tuan sahaja. Atas sebab apa, saya pun tak pasti, Tuan." Jelas Jay.

Noah menghembuskan nafasnya perlahan.

.

Alana bermain dengan anak buahnya, Ean Darwin. Anak kecil itu itu walaupun baru usia 5 bulan tetapi tenaganya mengalahkan kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Sangat aktif dan suka ketawa.

Prt!

"Eeii... Ean kentut busuklah. Bau taik. Ean berak eh?" Alana mengepit hidungnya dengan jari. Tak busuk sangat pun bau dia. Saja Alana mengauta budak kecil itu.

"Meh sini maksu tengok, mesti Ean berak sekali ni. Bunyi bukan main kuat lagi."

Ean diangkat diletakkan atas riba dalam keadaan meniarap. Seluar kecil itu ditarik sedikit untuk melihat punggung kecil itu. Tergeleng kepala Alana. Kan betul sangkaan dia. Ean berak!

"Memang patutlah kentut Ean busuk. Sekali dengan taik keluarnya. Jom, maksu basuh bontot Ean. Kita mandi sekali, okay."

Ean hanya membalas dengan bahasa bayinya bersama air liur yang terpercik. Begitulah Ean, kalau tak air terpercik, dia akan hisap baju sampai basah baju itu dengan air liurnya.

Memandangkan abangnya Qalish berdating berdua dengan Kak Rash, jadi Qalish amanahkan Alana untuk menjaga Ean sebentar sebelum mereka pulang makan malam nanti.

Kebetulan yang dia sudah tidak mempunyai kelas pada waktu petang, Alana pun dengan rela hati menjaga anak buahnya itu. Lagipun bukan selalu. Hilang penat belajarnya melihat wajah penuh dengan senyuman milik Ean itu. Manis sungguh!

Siap memandikan serta memakai baju, Alana letak Ean diatas katil dan diletakkan bantal peluk kecil pada kiri dan kanan Ean. Tidak mahu nanti si kecil itu jatuh tersembam gara-gara berguling di atas katil.

Sekarang giliran Alana pula bersiap dengan pakaian casual untuk keluar. Dia mahu bawa Ean jalan-jalan di mall. Abang dan kakak iparnya juga sudah memberi kebenaran membawa putra kecil mereka. Yang penting kena balik sebelum maghrib nanti.

"Alana dah nak keluar?" Tanya Cik Nab apabila melihat Alana sedang menyarung kasut converse nya.

Ean sudah diletakkan dalam baby seat didalam kereta.

"Haah. Cik Nab ada nak kirim apa-apa ke? Alang-alang saya nak ke mall ni."

"Boleh juga. Cik Nab ada buat list nanti Cik Nab bagi melalui whatsapp."

"Okaylah, kalau macam tu. Nanti bagitau je saya. Kalau sempat cari saya belikan."

"Baik, Cik Alana. Terima kasih."

Alana mengangguk kepalanya. Senang je nak cari barang Cik Nab. Kebanyakan makanan basah untuk rumah. Memang selalu dia yang akan teman Cik Nab pergi ke pasar membeli barang.

"Hati-hati bawa kereta tu."

"Okay. Saya pergi dulu Cik Nab. Apa-apa nanti call je saya tau."

"Baik, Cik Alana."

Alana masuk kedalam kereta. Dikerling Ean yang sedang menggigit napkin nya sehingga basah.

"Ean, Ean, habis basah kain tu Ean hisap." Tersenyum kecil dia melihat telatah si kecil Ean ini.

"Jom, kita pergi shopping! Hari ni Ean ikut maksu shopping okay." Untung saja tadi Kak Rash memberikan dia uang untuk dia berbelanja. Baik kan kakak ipar dia.

Kau orang ada?

.

"Tuan, ini dokumen yang Tuan minta." Jay meletakkan dokumen tersebut diatas meja kerja Tuan Noah.

Noah pula kusyuk dengan kertas ditangannya itu. Dibaca satu persatu dengan teliti sebelum dia menurunkan tanda tangannya.

"Tuan, tadi Tuan Naqiu ada bagi location pada saya untuk temu janji Tuan dengan Tuan Naqiu. Tuan Naqiu minta Tuan datang pada pukul 3 nanti. Tuan okay ke?" Tanya Jay. Dia dimaklumkan oleh Tuan Naqiu sendiri tadi.

Terhenti tangan Noah yang baru sahaja ingin menanda tangan pada kertas itu. Kepala diangkat memandang Jay. Badan disandarkan pada kerusi yang diduduknya itu.

Jam ditangan dilihat. Sekarang sudah pukul 2.30 petang.

"Okay. Nanti siapkan kereta aku. Aku drive. Kau follow belakang aje nanti." Putusnya.

"Baik, Tuan."

Dokumen tadi diserahkan semula kepada Jay. Jay menunduk hormat dan kaki dibawa keluar dari pejabat Tuan Noah.

.....

Akan diupdate setiap hujung minggu. Stay tune ><

Obsession : Noah's Woman Where stories live. Discover now