Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
2003.
Mataku mencari-cari jejaka hatiku di seluruh tasik itu. Dengan berasa hampa, aku duduk di sebuah bangku kayu berteduhkan pokok rendang berdahan besar. Aku mula mengomel di dalam hatiku,
" Suruh orang datang awal, dia yang lambat." Aku memuncungkan bibirku ke hadapan, merajuk.
Buat beberapa minit, aku menunggu Bin dengan penuh sabar. Aku cuba untuk menarik perhatianku terhadap perihal sekitarku.
Dengan mengejutkan, mataku dibalut oleh jemari seseorang. Bibirku mengukir satu senyuman pabila aku dapat menghidu parfum yang sungguh aku kenali.
" Cuba teka ini siapa?" Suara yang diubah suai menjadi lebih garau itu kedengaran sungguh lucu lalu tawa kecil keluar dari mulutku.
" Hmm, siapa ya?" Aku pura-pura tertanya.
" Ini teman laki kamu lah," suara Bin penuh ceria itu buatkan senyumanku semakin lebar.
Aku menyentuh jemari Bin lalu mengarahkan tangannya memeluk belakangku. Aku menarik nafas dalam-dalam, menghirup udara segar.
" Bin," panggilku.
Bin membalas dengan " Hmm?"
" Janji dengan aku, kau tak akan tinggalkan aku seorang diri. Bawa aku sekali bersama kau ya, Bin." Aku berjanji dengan Bin sambil mengangkat jari kelingkingku.
" Iya, Eun. Aku tak akan tinggalkan kau seorang diri. Aku janji atas cinta kita." Bin berkata, tersenyum lalu melingkari jari kelingkingnya denganku.
" Atas cinta kita, selamanya." Aku mengulang.
" Selamanya." Bin mencium tanganku.
You agreed to not leave me alone but you still did even though you swore on our love, does our promise means nothing to you?