2004.
Dua belas tengah malam. Jam di dinding berbunyi. Aku duduk di kerusi meja makanku lalu menyalakan api pada lilin yang berdiri tegak di atas sepotong kek keju. Aku renung kek itu buat beberapa saat.
Aku meniup lembut lilin itu. Titisan air mata mengalir laju di pipiku.
" Selamat hari ulang tahun, Bin. Semoga kamu baik-baik aja di sana." Bisik aku, perlahan.
Aku berdiri lalu berjalan masuk ke bilik aku semula. Aku memandang bagasi yang sudah aku padatkannya dengan segala keperluanku.
Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus lembut. Aku telahpun membuat keputusan yang perlu aku buat dari dulu lagi; setahun yang lalu iaitu move on dan teruskan kehidupanku.
Kini, aku akhirnya sedia untuk meninggalkan semua perihal yang selama ini menahan diriku.
Atau begitulah yang aku pikirkan. Sedia.
┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
Aku berdiri di belakang pintu rumahku. Aku melihat rumah yang penuh memori indah bersama Bin sepanjang satu tahun aku bersamanya.
Pabila tangan aku ingin mencapai tombol pintu, aku terdengar suara,
" Eun!" Aku menoleh, mataku bertemu bayangan Bin yang berada di ruang tamu, duduk di sofa.
" Nak pergi mana dengan bagasi besar-besar tu? Jomlah main game dengan aku!"
Air mata bergelinang di mataku, melihat dengan jelas Bin yang aku sungguh rindu. Aku bergegas ke ruang tamu, ingin memeluk laki itu. Pabila Bin hilang. Bayangan Bin hilang.
Aku mendakapkan telapak tanganku ke muka, menangis teresak-esak. Di rumah yang kosong itu hanya kedengaran suara tangisan aku dan perasaan sedih yang menyelubungi diriku.
Buat beberapa minit, aku sebegitu rupa. Sehinggakan air mata di pipiku sudah mula mengering. Aku kuatkan diriku sekuat yang boleh dan terus keluar dari rumah itu dengan bagasiku.
Aku tahu. Jika aku berlamaan di rumah itu, aku kembali ke diriku yang lepas. Depresi.
Kembali murung dan tidak keluar dari rumahku buat berbulan-bulan.Dan ini, menjauhkan diri ke tempat asing supaya aku tidak teringat akan laki itu.
Supaya aku dapat teruskan kehidupanku.
Supaya aku dapat hidup.
Aku harap Bin faham akan tindakan aku ini.
Aku tahu Bin akan faham.
My life is a mess after you. After you, I didn't see sun and moon. Because you are them, you are my Sun and Moon.
YOU ARE READING
Dunia
Cerita PendekCinta yang satu. Dunia yang berbeza. " Mungkin pada hayat lain dapat kita bertemu semula." E's