how we met

73 11 6
                                    

2003

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

2003.

Matahari yang cerah lagi nyaman itu dipandang dari dalam jendela apartmenku. Aku tersenyum kecil, tidak sabar akan hari yang akan dilaluiku. Udara segar itu dihirupku, berharap agar semuanya baik-baik aja seperti cuaca pada pagi ini.

Aku mengemas tugasan kampus dan laptopku ke dalam beg hijau lusuhku lalu mengalasnya ke bahu. Kakiku mengorak langkah keluar dari apartmenku menuju ke kampus.

Aku menyumbatkan earphone ke telingaku, mendengarkan lagu sambil melihat persekitaranku. Laki-laki yang berpakaian sut menunggu di stesen bas. Pekerja menyiapkan kedai untuk dibuka buat pelanggan.

Aku membuka pintu kafe kegemaranku itu. Bunyi loceng nyaring menyambut pendengaranku. Riuh selamat datang dari pekerja kafe itu dibalas senyuman kecil dariku.

Aroma kopi mencium hidungku, serta merta badanku mendapat tenaga. Aku menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.

" Hi, selamat datang!" Pekerja kaunter itu menyambutku penuh ceria.

Aku tersenyum kecil.

" Hi, satu ais mocha dan satu sandwic."

" Untuk pergi atau minum di sini?"

" Untuk pergi."

" Atas nama siapa ya?" Pekerja laki itu bertanya.

" Atas nama Eun." Pekerja itu menulis nama aku di cawan plastik.

" Pabila pesanan dah sedia, kami panggil ya." Sopan laki itu berkata.

Aku hanya menundukkan badanku sedikit ke
hadapan lalu berjalan ke meja bersebelahan jendela, tempat kegemaranku.

Aku membuka jadual kelas di telefonku. Diriku sedikit gembira pabila semua kelasku berada di sebelah petang. Aku pula membuka bahan untuk kelas yang telah diberikan pensyarahku dua hari lalu.

Setelah sepuluh minit aku membaca bahan kelas, namaku dipanggil,

" Ais mocha dan sandwic buat Eun!" Laki itu melaungkan pesananku.

Badanku berdiri dan berjalan menuju ke kaunter untuk mengambil sarapan pagiku. Tanpa lengah, aku mengambil pesananku itu lalu mengucap terima kasih dan terus keluar dari kafe itu.

Aku masih lagi berdiri di hadapan kafe itu, melilaukan mataku melihat kehidupan pagi sudahpun bermula, kedai dan kafe yang telah bersedia untuk menerima pelanggan.

Belum sempat aku menghirup minumanku, mataku sekilas menangkap  satu tulisan di cawan plastik itu. Dengan keliru, aku membaca tulisan yang kemas bertuliskan marker hitam.

" Buat gadis yang manis senyumnya. Moga-moga hari kamu baik-baik aja seperti cuaca pagi ini."

Aku membaca tulisan itu. Secara tidak sedar, bibirku tersenyum lebar dan pipiku terasa panas.

Aku kembali melihat kafe itu dari jendela kaca, mencari-cari gerangan si puitis ini. Pabila aku bertemu mata sama si laki di kaunter itu.

Aku menunjukkan jariku ke minumanku lalu kepadanya. Laki itu angguk tanda dia ialah gerangan yang memberikanku kata-kata yang aku tidak tahu aku perlukannya.

Aku mulutkan 'terima kasih' kepada laki itu, berharap laki itu faham. Laki itu hanya balas dengan senyuman yang paling indah aku pernah lihat seumur hidupku, senyuman seperti matahari pada waktu pagi dan matanya yang hampir tidak kelihatan sewaktu tersenyum itu seperti bulan sabit pada waktu malam.

Pada saat itu, aku tahu aku telah jatuh cinta pada laki yang bekerja di kafe kegemaranku. Dengan cara yang paling romantis pernah aku lalui.


I fell in love with you over and over again everytime I think about how we met.

DuniaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang