in another world (2)

20 7 1
                                        

2004,

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

2004,

Setelah berlandas dari kapal terbang, aku menunggu Rea, teman wanitaku di pintu masuk lapangan terbang. Aku hanya melihat mesej rakan-rakanku yang sudah tidak sabar ingin bertemuku semula.

Aku tersenyum kecil, membaca mesej. Setelah beberapa minit, aku mula bosan. Terus disumbatkan earphone di telingaku, mendengar lagu. Aku menyimpan telefonku di poket manakala lagu bermain di latar belakang.

Satu tangan di bagasi, aku melihat perkara yang berlaku di sekelilingku. Laki berumur 40-an menunggu teksi. Seorang ibu mendukung bayinya yang sedang tidur nyenyak. Kanak-kanak menikmati ais krim.

Secara tiba-tiba, aku terasa seperti ada orang merenungku. Entah mengapa, hatiku mengatakan untuk melihat ke hadapan. Walaupun aku tahu, tiada siapa tapi jalan raya.

Mengejutkan, ada seorang gadis di seberang jalan merenungku. Aku memandangnya kembali, meneliti wajah gadis itu. Matanya yang merah membuatkan aku keliru. Terdapat juga air mata bergelinang.

Lima saat terasa seperti lim minit. Aku terdetik untuk tanya gadis itu. Walaupun jarak yang jauh antara kami berdua.

" Kenapa kau lihat aku begitu?" Aku bertanya. Lucu. Bagaimana gadis itu boleh dengar sedangkan terdapat jarak menghalang kami.

Raut wajah gadis itu berubah. Serupa terkelu. Seakan-akan dia dengar akan pertanyaan aku tadi.

Suara yang sungguh aku kenal kedengaran.

" Bin!" Rea menjerit namaku. Setelah menoleh, aku disambut oleh pelukan Rea yang sungguh aku rindu.

Sewaktu dipeluk Rea, aku melihat sekilas dari hujung mataku, gadis itu menundukkan badannya ke lantai. Seperti menangis.

Aku melepaskan pelukan Rea lalu segera kepalaku menoleh ke arah gadis itu. Sebuah lori menyusur di jalan, menjadi pengantara mataku dan gadis itu.

Tetapi anehnya, selepas lori itu hilang dari penglihatanku, gadis itu turut hilang. Seberang jalan itu kosong, tiada orang. Seakan-akan gadis itu dari dunia lain.

" Kenapa, Bin? " Rea meletakkan tangannya ke bahuku.

" Tiada apa, aku pikir aku lihat sesuatu tadi." Jawabku, masih melihat seberang jalan.

" Jom, kita balik rumah!" Rea teruja berkata. Aku melihat Rea lalu mengukirkan senyuman kecil.

" Jom." Aku memegang tangan Rea.

Aku melangkah sedikit ke jalan raya lalu mengangkat tanganku, ingin mencari teksi. Dari belakangku, sebuah kereta yang laju menuju ke arahku. Tiada siapa yang perasan akan kelibat kereta itu. Aku dilanggar kereta itu lalu tersungkur ke jalan tar.

Semuanya berlaku dengan perlahan, bagai filem.

Aku boleh rasakan, aku harus mati pada hari ini. Seharusnya. Bukan Rea.

Rea dengan terkejut menghampiriku dengan panik. Ramai orang menghampiriku dan ada yang menelefon ambulan.

Aku melihat wajah Rea yang sudahpun menangis, melihat aku berlumuran darah. Aku terasa lemah, sudah terlambat untuk aku diselamatkan. Buat kali terakhir, aku mencapai wajah putih mulus Rea.

" Maaf karena biar kamu terseksa seorang diri. Moga kita ketemu di kehidupan yang lain, dimana kita dapat bersama hingga akhir hayat. Aku sayangkan kau, Eun." Nama yang tidak dikenaliku tapi terasa sangat biasa di hujung lidahku.

Aku mula berasa tidak bernyawa. Sebelum aku menutup mataku buat kali terakhir, terdapat gambaran sebuah memori muncul di hadapan mataku.

" Janji dengan aku, kau tak akan tinggalkan aku seorang diri. Bawa aku sekali bersama kau ya, Bin." Gadis yang aku cintai, Eun berjanji dengan aku sambil mengangkat jari kelingkingnya yang comel itu.

" Iya, Eun. Aku tak akan tinggalkan kau seorang diri. Aku janji atas cinta kita." Aku berkata, tersenyum lalu melingkari jariku dengannya.

" Atas cinta kita, selamanya." Eun mengulang.

" Selamanya." Aku berkata.

Air mata mengalir dari hujung mataku.

" Aku minta maaf, Eun. Maaf sangat." Aku menghembus nafasku yang terakhir. Perlahan-lahan aku menutup mataku sambil di telinga kedengaran tangisan Rea meraung.

Maafkan aku Rea.

Maaf karena aku jadikan kau sebagai gadis yang memenuhi kekosongan dalam diriku manakala hatiku sibuk mencari orang yang ditunggu-tungguku.

Rupanya, gadis itu berada di dunia lain.

Tuhan,

Aku berdoa agar aku tidak dilahirkan semula sebagai laki yang mencintai dan dicintai dua orang gadis ini,

Dua gadis yang layak mendapat laki yang jauh lebih baik dari aku.

Gadis yang bernama Eun dan Rea.

Tolonglah Tuhan,

Aku merayu.

— Bin.




God, I pray that in another world, Eun and Rea got their own happy ending, without me.

DuniaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang