Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
2074.
Aku dan rakanku, Rea, berjalan bersama-sama menuju ke kafe yang telah menjadi tempat kegemaran kami berdua.
Kami menolak pintu masuk kafe itu lalu loceng pintu itu berdering di telinga. Hidung disambut aroma kopi dikisar oleh barista kafe itu.
" Rin! The usual?" Rea bertanya.
Aku mengangguk tanda 'ya'.
Kami berdua berdiri di hadapan kaunter pesanan. Rea menyatakan pesanan kami berdua manakala aku hanya melihat sekeliling kafe itu, jika ada perkara baharu tentangnya.
Selesai, kamu berdua duduk di meja kebiasaan kami. Aku pula memulakan perbualan kosong dengan Rea.
Setelah seketika berbual,
" Pesanan buat Rea!" Barista memanggil nama Rea menandakan pesanan sudahpun sedia untuk diambil.
Belum sempat Rea berdiri, aku menghentikannya,
" Biar aku lah ambil." Aku berdiri dan berlalu ke kaunter. Aku memeriksa pesanan jikalau terdapat yang tiada di kaunter itu.
Ais mocha aku tiada.
" Maaf, ais mocha buat Rin tiada ya?" Aku bertanya kepada barista berdekatan kaunter itu.
Barista itu melihat aku buat beberapa saat, seperti mengelamun.
Aku pikir laki itu tidak dengar akn suaraku, jadi aku bertanya lagi sedikit kuat.
" Ais mocha buat Rin tiada ya?"
Barista itu terjaga dari lamunannya lalu menjawab,
" Ah ya maaf, ais mocha buat Eun— ehem Rin." Barista itu menghulurkan minumanku sambil melihat leherku, atau lebih tepat rantai loket berbentuk hatiku.
Aku mencapai minumanku itu bersama pesanan lain.
" Terima kasih." Aku berkata, menundukkan badanku sedikit. Aku berlalu menuju ke meja kembali.
" Kenapa lama sangat? Kebulur aku kat sini." Rea merengek.
Aku tersenyum kecil melihat perangai Rea.
Aku menghirup ais mocha aku itu sebelum Rea berkata sesuatu,
" Rin, ada apa di cawan kau itu?" Menunjukkan jarinya ke minumanku.
Aku melihat cawan plastik itu. Terdapat tulisan yang berkata,
"Buat gadis yang manis senyumnya. Moga-moga hari kamu baik-baik aja seperti cuaca pagi ini."
Aku membaca tulisan itu.
" Cey, Rin ada peminat!" Rea mengusik aku.
Manakala aku tiba-tiba terkelu. Aku terasa seperti melalui deja vu. Seperti aku pernah dengar ayat itu walaupun tidak pernah seumur hidupku. Bahkan tulisan itu kelihatan biasa dilihat.
Satu perkataan saja yang boleh dikeluarkan dari mulutku.
" Bin?" Nama yang tidak dikenaliku. Aku menoleh, berdiri mencari barista itu tadi.
Barista itu sedang melihat aku lalu aku pun memandangnya kembali. Aku tidak tahu cara untuk gambarkan perasaan yang ada dalam diriku sekarang ini.
Aku ingin berkata sesuatu walaupun aku tahu laki itu tidak akan dengar, kafe yang agak bising dan sibuk.
" Bin?"
Barista itu mengangguk. Seolah-olah dia dapat dengar aku tadi.
" Eun?" Bin bertanya.
Aku mengangguk kembali.
Air mata kami berdua sudahpun laju mengalir di pipi.
" Aku dah jumpa kau." Kami berdua serentak berkata.
" Aku sudah janji bukan, aku tak akan tinggalkan kau seorangan." Bin mengungkit janji.