in another world (1)

24 7 0
                                        

2004

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

2004.

Aku memberi duit tambangan kepada pemandu teksi lalu menutup pintu teksi itu. Aku berjalan ke pintu masuk lapangan terbang dan aku mula melilau sekelilingku, lapangan terbang yang penuh orang ramai.

Terlalu ramai sehingga aku boleh dengar nafas dan hidu parfum bercampur-baur peluh yang mengakibatkan kepalaku mula berpinar.

Dari belakang, seorang laki berlanggar bahu denganku dan berlalu pergi tanpa meminta maaf bahkan melihat ke belakang.

Beg tanganku sudahpun mencecah lantai, barangan yang didalamnya sudahpun berterabur.

Aku menundukkan badanku untuk mengutip baranganku. Wajahku di kiri dan kanan, bersebelahan kaki orang-orang yang berjalan tergesa-gesa entah ke mana.

Barangan di lantai dikutipku lalu dimasukkan kembali ke dalam beg tangan. Pabila, rantai loket berbentuk hati dicapaiku. Sudah lama sejak aku memakai loket ini.

Sejak dari hari itu.

Hari cahaya hidupku hilang.

Hari laki yang aku cintai pergi meninggalkan aku buat selamanya.

Aku berdiri semula, mataku masih merenung loket itu. Sesedar kembali, aku tidak lagi dikelilingi oleh orang ramai. Aku tidak lagi mendengar tapak kasut nyaring di telingaku.

Tapi, persekitaranku kosong. Aku bersendirian manakala di seberang jalan iaitu pintu masuk lapangan terbang yang terdapat beberapa orang berdiri menunggu teksi.

Pelik, lapangan terbang ini kelihatan sungguh berbeza dari lapangan terbang yang aku masuki kurang dari sepuluh minit yang lepas.
Seolah-olah aku berada di dunia lain.

Aku tertumpu pada orang-orang yang berdiri di seberang jalan itu. Mataku menangkap seorang laki yang memakai earphone di telinga. Laki itu kelihatan mirip dengan laki yang pernah aku kenal.

Terlalu mirip.

Kulitnya yang putih mulus. Hidungnya yang mancung. Bibirnya yang tidak terlalu ketara merahnya. Matanya yang berwarna hazel.

Semuanya sama dengan Bin.

Tanpa aku sedar, air mata bergelinang di mataku. Buat beberapa minit, aku merenung laki itu dengan mataku yang kemerahan.

Laki itu mula perasan akan sepasang mata yang merenungnya, memandang tepat kepadaku.

Walaupun jauh jaraknya antara aku dan laki itu, entah bagaimana aku dapat melihatnya begitu jelas seakan aku berdiri dihadapannya.

Lima saat itu terasa seperti lima minit, raut wajah laki itu bertukar menjadi keliru. Keliru karena aku yang merenungnya tidak henti.

Mulut laki itu bergerak, ingin berkata sesuatu.
Anehnya, aku boleh mendengar laki itu walaupun jarak antara kami lebih dari 10 meter.

" Kenapa kau lihat aku begitu?" Dengan jelas, aku mendengar laki itu seolah-olah dia di disisiku.

Bahkan suaranya pun sama.

Aku terdiam. Bagaimana laki yang telahpun meninggalkan dunia boleh ada di hadapanku? Laki yang aku sendiri lihat mayatnya dikebumikan. Laki yang aku sendiri lihat badannya menjadi pucat lesu kebiruan.

Satu jeritan kedengaran.

" Bin!" Nama itu. Aku melihat seorang gadis memanggil laki itu, berjalan ke arahnya. Laki itu menoleh lalu disambut pelukan gadis itu.

Namanya pun sama?

Laki itu memberikan senyuman kepada gadis itu, sepertimana pertama kali Bin senyum kepadaku.

Mata laki itu turut hilang pabila tersenyum, sepertimana mata Bin pabila senyum.

Aku terus menundukkan badanku ke lantai, menangis. Aku tidak boleh tangani semua ini. Laki itu dan Bin terlalu mirip dan serupa.

Aku menggenggam rantai loket dan mendekatkannya ke dadaku, sebak. Aku mengangkat kepalaku semula, ingin melihat laki itu lagi.

Laki itu hilang. Aku kembali ke lapangan terbang yang sesak, penuh orang ramai. Aku masih menundukkan badanku ke lantai, sepertimana sewaktu aku ingin mengutip baranganku selepas dilanggar bahu.

Aku segera berdiri, mencari-cari laki itu. Malangnya, tiada. Seperti laki itu dan lapangan terbang itu tidak wujud.

Atau di dunia lain.

Sekurang-kurangnya,

Aku tahu.

Bahwa Bin di dunia lain,

Walaupun bukan bersamaku,

Hidup gembira dan bahagia.

Itu saja sudah cukup bagiku.

— Eun.



As long as you're happy, I don't care if I'm in another world.
If that's what it takes to see you alive, I'll stay here, even if I'm hurt and alone.

DuniaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang