- 2019 -
Suara gelak tawa dan sedikit pergaduhan memeriahi kawasan perkhemahan beberapa orang remaja yang baru selesai menamatkan persekolahan. Mereka bersuka ria dan bergurau senda sesama sendiri.
"Taeyong, kau ni jangan ehh mengundang. Aku mengadu kat Sooyoung kang!" ancam Johnny.
"Kenapa? Takut ke brader?" Taeyong sengaja makin mendekatkan dirinya dengan Johnny, tidak lupa juga dengan kumbang besar yang sedang dipegangnya.
"C'mon Johnny. Takkan dengan kumbang pun takut."
"Tah kau ni, badan sado tapi takut kumbang."
"Korang apa tahu." Johnny menjeling rakan-rakannya. Kumbang besar itu menakutkan baginya. Itu kerana dia pernah digigit ketika kecil dahulu.
"Sayang? Kenapa ni dengan Johnny? Sampai berdiri kat atas kerusi ni." tegur kekasihnya, Sooyoung. Taeyong segara melepaskan kumbang tersebut lalu memeluk erat pinggang Sooyoung.
"Nothing sayang. Eh dah siap ke masak?" Sooyoung menganggukkan kepalanya tanda sudah siap. "Jomlah kita makan." Belum sempat Taeyong ingin berbicara, sudah ada seseorang yang memotong percakapannya.
"Okay jom!" Joshua berlari anak ke hadapan khemah yang menempatkan tempat memasak dan unggun api.
"Sooyoung punya masakan tak pernah mengecewakan lah!" puji Joshua. Sooyoung tersenyum tanda malu akan pujian Joshua.
"Tengoklah cinta hati siapa. Cinta hati Lee Taeyong ni." Taeyong mengeratkan lagi pelukan. Sooyoung tersenyum manis apabila dipeluk oleh kekasih hatinya. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu melihat berita yang menayangkan ramalan cuaca pada hari itu.
"Guys, diramal malam ni ribut la. Confirm ke nak teruskan perkhemahan ni?"
"Ha Taeyong yang nak sangat khemah ni. Macam mana?" tanya Joshua.
"Alaaa proceed jela. Alang-alang dah sampai. Itu ramalan je. Belum tentu hujan pun." pintas Johnny.
"Yela. Betul juga, cuaca pun cerah ni."
Mereka pun meneruskan aktiviti mereka di pantai itu. Kelancaran aktiviti mereka tidak bertahan lama setelah hujan lebat mulai turun pada petang itu. Taeyong memeluk erat Sooyoung yang ketakutan kerana angin bertiup dengan sangat kencang. Dia mulai rasa bersalah kerana dialah yang paling bersungguh mahu juga mereka berkhemah pada harini.
"Kita baliklah." Sooyoung memuncungkan mulutnya.
"Tunggu hujan redalah. Bahaya bawa kereta time camni." Taeyong mengusap lembut kepala Sooyoung.
"Tapi kita pun bahaya stay kat sini. Dah la khemah bukannya kukuh sangat pun sayang." Sooyoung menghela nafasnya. Dia perlahan menganggukkan kepalanya.
"Kejap saya tanya dorang." Taeyong mencapai telefon pintarnya lalu menghubungi Johnny yang berada di khemah sebelah dengan Joshua.
"Ha jom kita gerak balik." katanya sebaik sahaja Johnny mengangkat panggilannya.
"Bro, hujan lebat ni. Seriouslah?"
"Boleh ni slow slow, kalau lebat sangat kita berhenti dulu kat tepi jalan atau kedai ke dulu."
"Pastu khemah ni?"
"Tinggallah dulu sini. Nanti lepas ribut habis, kita datang balik."
"Ok Taeyong. Aku ikut je."
"Ok, aku dengan Sooyoung tunggu dekat kereta." Taeyong meletakkan panggilan lalu memakaikan Sooyoung windbreaker miliknya sebelum berlari berpimpinan tangan bersama kekasihnya itu menuju ke arah kereta.
"Awak drive ke?" Taeyong menganggukkan kepalanya. Dia segera menghidupkan enjin kereta sementara menunggu Johnny dan Joshua tiba.
"Ok jomlah." kata Johnny sebaik sahaja masuk ke dalam kereta bersama Joshua. Taeyong memulakan perjalanan dengan berhati-hati.
"Lebatnya hujan.." kata Joshua dengan nada risau.
"Itulah. Lebat gila. Jaranglah nak masuk musim sejuk hujan lebat macam ni." kata Taeyong sambil fokus membawa kereta. Tidak lama kemudian, Taeyong memberhentikan kereta secara tiba-tiba.
"Apa jadi ni?" tanya Sooyoung dengan nada panik.
"Untung nampak, ada pokok besar tumbang. Nampaknya kena patah balik ni, guna jalan lain." Taeyong menenangkan Sooyoung yang panik akibat terkejut. Taeyong segera memusingkan kereta untuk berpatah balik dan satu cahaya yang terang kelihatan dari sisi keretanya..
"TAEYONGGG!!" jerit Sooyoung sebelum kereta yang dinaiki mereka dilanggar dari arah tepi. Kereta mereka berpusing sebelum terbalik di tengah jalan raya. Taeyong memegang kepalanya yang sakit akibat terhentak distereng. Dia melihat bahagian sisi yang diduduki Sooyoung dan Joshua remuk.
"S-sayang." Dia memegang pipi Sooyoung yang berlumuran dengan darah. Dia segera melihat ke arah belakang.
"Johnny! Joshua!" namun tiada satu pun dari mereka menyahut panggilan Taeyong.
"Sabar aku akan dapatkan bantuan.." Taeyong keluar dari kereta dengan harapan dapat bantuan dari sesiapa yang melalui kawasan itu. Namun tidak lama setelah beberapa langkah dia pergi dari situ, dia mendengar satu dentuman yang kuat. Matanya membulat.. Kereta yang dinaikinya tadi... Dilanggar oleh sebuah lori.
Dengan langkah yang lemah, dia cuba pergi ke kereta itu semula untuk mengeluarkan yang lain namun, belum sempat dia tiba, kereta itu terlebih dahulu meletup dan terbakar. Matanya membulat sebelum dia jatuh terduduk dengan lemah.
"SOOYOUNG!!! JOHNNY!! JOSHUA!!" Taeyong mulai terketar dan meraung sebelum pandangannya menjadi hitam sepenuhnya..
"Maafkan aku... Aku punca segalanya..."
- 2024 -
"SOOYOUNG!!!"
"Hikss sayang... Maafkan saya!!"
"Johnny.. Joshua!! Maafkan aku!!"
Jeno menghela nafasnya dengan frustasi apabila melihat abangnya meracau setelah mulai pengsan dengan perlahan setelah diberi ubat penenang oleh doktor. Abangnya masih dibayangi oleh kemalangan dahsyat yang merangut nyawa kekasihnya dan juga kawan baiknya semenjak kecil.
"Jeno. Macam mana? Tahun ni nak bawak abang awak ke hospital juga ke?" Jeno berfikir sejenak setelah disoal oleh doktor.
"Saya tak tahu doktor..." Doktor yang bernama Jaehyun itu menghela nafas perlahan.
"Saya tahu perasaan awak. Tapi awak tahukan sekarang dah masuk musim sejuk. Emosi abang awak akan mula tak stabil. Saya tak paksa tapi dia perlu diperhatikan dengan lebih ketat."
"Saya tahu doktor. Tapi saya tak sanggup nak tengok dia masuk ke hospital mental.. Tapi saya juga tak sanggup nak tengok dia kesakitan di hadapan saya."
"Saya bagi awak masa. Kalau dia mulai meracau lagi, terus bagi ubat penenang. Pastikan juga dia makan ubat tanpa skip ok." Jeno menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih doktor Jung." Jeno senyum sebelum menunduk hormat kepada Jaehyun sebelum Jaehyun pulang. Dia kemudian masuk ke dalam bilik Taeyong. Dia menyelimuti Taeyong sebelum mengusap rambut Taeyong.
"Hyung, aku rindu sangat dengan kau. Aku harap kau sembuh. Aku nak kita happy happy macam dulu. Aku hanya ada kau je hyung. Mak ayah kita dah tinggalkan kita.." Jeno memegang erat tangan Taeyong. Di dalam hatinya, tidak pernah lengkang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan abangnya. Sungguh .. dia rindukan masa dulu.
TBC
YOU ARE READING
SAD [LTY]
FanfictionDia benci musim sejuk.... Musim sejuk adalah musuhnya.. Kerana dia SAD