Jiera menghela nafasnya perlahan. Kini dia berdiri tepat di hadapan pintu rumah keluarga Taeyong. Dia menepis perasaan gugup sebelum menekan loceng rumah tersebut.
"Eh, awak ni doktor baru tu?" Tanya seorang lelaki yang kelihatan masih muda. Dia tersenyum sehingga menampakkan eyesmilenya.
"Saya Jeno, adik kepada Taeyong. Jemputlah masuk." Jeno mempelawa Jiera masuk ke dalam rumah. Jiera membalas senyuman Jeno sebelum menapakkan kakinya ke dalam rumah tersebut.
"Erm... What should I call you, doctor?" tanya Jeno.
"Just call me Jiera. Don't be formal, just chill okay." Jeno menganggukkan kepalanya.
"Jiera duduklah dulu. Saya buatkan air dulu. Kalau nak tengok Taeyong, dia tengah mandi. Nanti mungkin dia turun." katanya sebelum pergi ke dapur. Jiera melabuhkan pinggulnya di sofa yang tersedia. Dia melihat keadaan rumah tersebut.
'Kemas walaupun dua orang bujang duduk bersama' bisik hatinya.
Jauh berbeza dengan situasi rumahnya, walaupun mereka duduk bertiga sahaja. Kadang kadang tahap berselerak itu seperti Singapura dilanggar todak. Biasalah masing-masing sibuk.
"Excuse me?" Jiera tersentak dari lamunannya apabila mendengar satu suara yang menegurnya. Yang pasti suara itu berbeda dengan suara Jeno. Dia melihat figura yang berada disisinya. Oh, ini ke Taeyong? Pesakitnya?
Taeyong melihat Jiera dengan pandangan yang pelik. Tidak pernah pula dia nampak figura dihadapannya sebelum ini. Siapakah dia?
"Maaf cik, cik ni siapa ya?" tanyanya dengan penuh kekeliruan. Jiera menghadiahkan sebuah senyuman sebelum menjawab soalan dari Taeyong.
"Maaf sebab tak kenalkan diri saya lagi." Jiera bangun sebelum memperkenalkan dirinya.
"Saya Lee Jiera. Doktor baru awak. Saya menggantikan doktor Jung selaku doktor peribadi awak sebelum ini." Perkenalan dari Jiera itu membuatkan Taeyong bingung. Kenapa Jaehyun tidak memberitahunya tentang hal ini? Malah Jeno juga sama.
"Ohh... Saya Taeyong." jawabnya dengan canggung. Sudah semestinya dia mengambil masa untuk menyelesuaikan dirinya dengan doktor baru. Tambahan pula, doktor barunya ini seorang perempuan.
"Jangan risau Encik Taeyong. Saya akan bantu encik dengan sedaya upaya saya."
"Panggil saya Taeyong je. Tak perlu encik. Saya tak selesa kalau orang terlalu formal dengan saya."
"Ahh.. Baiklah,maafkan saya. Mulai sekarang saya akan santai santai je dengan awak. Sesuai dengan kehendak awak." Jiera tersenyum lagi.
"Erm.. Duduklah dulu." Taeyong hanya tersenyum tipis. Matanya melilau mencari kelibat Jeno.
"Aik hyung. Kenapa macam tak senang duduk ni? Takut ke dengan doktor baru hyung ni?" tegur Jeno sebaik sahaja keluar dari dapur dulang yang berisi air dengan makanan ringan.
"Manada! Hyung cuma segan bila berduaan dengan dia." Jeno hanya gelak kecil apabila mendengar jawapan Taeyong.
"Ehh Jiera, awak nak cucuk dia ke? Tak cucuk kan?" Jeno menghidang air sambil memandang Jiera. Jiera tergelak.
"Saya takkan cucuk orang sebaranganlah! Kalau perlu je cucuk. Jangan takut. Saya datang ke sini bukan untuk menyeksa awak Taeyong. Tapi untuk membantu awak pulih."
"Saya boleh sembuh ke Jiera?" soalan dari Taeyong membuat Jiera terdiam seketika.
"Nothing impossible Taeyong. Semua ini atas usaha awak dan juga dengan keizinan Tuhan. Saya yakin awak akan sembuh."
"Betul kata Jiera tu. Hyung janganlah down macam ni. Tak elok tau. Apapun terjadi, hyung akan sembuh."
Taeyong senyum tipis. Tidak tahu kata-kata dari mereka itu benar atau sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja. Dia sahaja sudah berapa kali berputus asa kerana bayangan kejadian itu masih menghantui hidupnya.
"Hyung nak masuk bilik dulu. Rasa penat." Taeyong bangun lalu segera masuk ke biliknya. Jiera hanya memandang kosong pemergian Taeyong sebelum melihat ke arah Jeno.
"Taeyong sekarang kerap tidur ya?" Jeno mengangguk.
"Ha'ah. Hyung sekarang asyik tidur je. Tapi saya tak hairan sebab tu memang salah satu simptom penyakitnya. Tapi bagus juga dia tidur, sekurang-kurangnya taklah dia selalu teringat tentang hal tu."
Jiera memusingkan badannya menghadap Jeno.
"Boleh saya tahu apa hal yang menyebabkan abang awak menderita sampai ke saat ni?"
"Ehh kalau hal ni terlalu peribadi ataupun sulit diceritakan, it's okay, next time je." Tempisnya apabila melihat wajah Jeno berubah menjadi sedikit suram.
"Nevermind, awak berhak tahu sebab awakkan doktor abang saya. Sekejap saya ambil album gambar."
Jiera memerhati Jeno mengambil album gambar di rak berhampiran dengan televisyen. Jeno kembali dengan album gambar lalu duduk disebelah Jiera. Dia menunjukkan sebuah gambar yang menunjukkan Taeyong bersama seorang perempuan dan dua orang lelaki.
"Yang perempuan tu Sooyoung noona, girlfriend abang saya. Yang belah kiri abang saya Johnny hyung dan sebelah Sooyoung noona tu Joshua hyung. Johnny dan Joshua hyung kawan baik abang saya. Mereka kawan baik dari kecil lagi."
Jiera merenung gambar tersenyum. Senyuman Taeyong di dalam gambar tersebut kelihatan sangat bahagia.
"Mesti awak tertanyakan? Kenapa saya tunjuk gambar ni?" Jiera menganggukkan kepalanya.
"Mereka bertiga meninggal dunia dengan serentak di depan mata Taeyong hyung."
"Huh?!" Mata Jiera membulat kerana terkejut.
"Ya, mereka kemalangan. Hanya Taeyong hyung sahaja yang terselamat. Itupun setelah sebulan hyung koma akibat cedera parah dikepala."
Jiera diam. Terkedu, terkejut. Semuanya bercampur.
"Boleh saya tahu macam mana mereka boleh terlibat dalam kemalangan?" akhirnya Jiera bersuara.
"Time tu hyung dengan yang lain baru habis sekolah. Kiranya tengah freedom lah sementara tunggu panggilan masuk universiti. Hyung nak sangat berkhemah dengan dorang kat tepi pantai. Kononnya nak healing lah lepas stress belajar. Tapi petang tu, tiba-tiba ribut terjadi. Dorang decided untuk balik la. Dalam perjalanan balik tu, dorang kemalangan. Time tu hyung je tersedar, yang lain pengsan. Lepas beberapa langkah hyung keluar kereta sebab nak cari bantuan, ada sebuah lori langgar kereta yang dorang naik sebab tak nampak kereta dorang. Yelah, tengah hujan lebat."
"Jadi... Disebabkan itu, mereka meninggal dan hanya Taeyong yang terselamat?"
"Ya.." Jeno terdiam seketika. Matanya bergenang dengan airmata. Walaupun bukan dia yang menyaksikan sendiri kejadian itu, namun hatinya tetap sakit dan sedih. Memandangkan Sooyoung, Johnny dan Joshua merupakan seorang yang sangat baik, bukan sahaja dengan dirinya, malah dengan semua orang.
Jiera yang sedar akan hal itu segera mengusap perlahan bahu Jeno.
"It's okay. Cukup sampai takat ni je awak bercerita. Saya taknak sesiapa sedih harini." Jeno senyum kecil.
"Saya percayakan awak, Jiera.. Tolong hyung saya pulih." Jeno memandang Jiera dengan penuh harapan. Jiera mengigit bibirnya lalu mengangguk.
"Saya akan cuba untuk tidak menghampakan awak Jeno. Semoga Tuhan merestui niat kita untuk menyembuhkan Taeyong."
"Terima kasih Jiera.."
Jiera dan Jeno berpandangan sebelum Jeno bangun untuk menyimpan album gambar tersebut.
'Kau boleh Jiera. Kau boleh untuk jayakan harapan ini.'
Jiera menyemangatkan dirinya sendiri.
TBC
YOU ARE READING
SAD [LTY]
FanfictionDia benci musim sejuk.... Musim sejuk adalah musuhnya.. Kerana dia SAD