six

10 4 37
                                    

Jeno memerhati Jiera yang leka menyedut ais coklat yang dipesan tadi. Dia berdehem sebelum memulakan bicara.

"Jiera, awak ok ke? Saya tengok awak macam banyak termenung sejak tadi." Jiera memandang Jeno yang kelihatan risau akan dirinya. Dia senyum kecil lalu menganggukkan kepalanya.

"Saya ok Jeno. Jangan risau." Mata Jiera membulat apabila Jeno memegang bahunya dan mengusap perlahan bahunya.

"Sabar ya? Saya yakin awak boleh. Jangan risau. Saya sentiasa ada dengan awak untuk tolong awak sembuhkan abang saya." Jeno senyum sambil mengusap perlahan bahu Jiera, untuk memberi semangat pada Jiera.

"Jeno.. Awak rasa saya akan berjaya ke?"

Jeno menggapai tangan Jiera lalu mengusap perlahan sebelum mengeratkan pegangannya.

"Saya yakin awak boleh. Macam yang saya cakap. Saya sentiasa ada untuk awak. Kita sama-sama usaha ok?" Jiera memandang Jeno. Terlihat Jeno begitu bersungguh menyakinkan dia membuatkan dia tidak jadi untuk berputus asa.

"Thanks Jeno. I appreciate those words."

"Most welcome Jiera. Remember that you always have me and I'm here for you." Jiera senyum kecil. Ntah kenapa dia berasa lega selepas mendapat sokongan dari Jeno.

"Kan bagus senyum macam ni. Tadi tu masam je muka."

"Haish saya fikirkan fasal abang awak la. Saya risaukan dia. Kalaulah dia apa-apa tadi. Memang saya takkan maafkan diri saya."

"Takpe. Saya ada je tengok-tengokkan dia. Saya janji, next time saya akan pastikan dia tak buat lagi. Demi awak saya extrakan masa untuk tengok-tengokkan dia."

"Ehh awak pun ada life awak juga."

"Ya, dah abang saya pun life saya. Jangan risau, saya takkan rasa terbeban."

"Yela.."

"Ha minumlah air awak tu." Jiera menjenguk kepalanya untuk melihat air Jeno, ternyata airnya tidak luak.

"Awaklah minum, saya dah nak habis ni."

"Yeke dah habis?"

"Betul—" mata Jiera sekali lagi membulat apabila melihat pelayan meletakkan pelbagai dessert di atas meja mereka.

"Je—"

"Makanlah. Semua ni saya belanja."

"Ehhh apani. Saya tanak susahkan awak la."

"Jiera, awak tak pernah susahkan saya. Kalau awak tak habiskan makanan ni. Baru awak susahkan saya."

Jiera menghelakan nafasnya perlahan. Mahu atau tidak dia terpaksa menghabiskan makanan yang telah dipesan oleh Jeno. Jiera perlahan-lahan mendekatkan pinggan waffle ke arahnya lalu menikmati waffle tersebut. Jeno hanya senyum sambil melihat Jiera makan.

***

"Ok, pesakit Lee Taeyong dah boleh pulang." Taeyong menghela nafasnya, tanda lega selepas dua hari dia terperap di hospital. Jeno segera mengemas barang-barang abangnya sejurus mendengar hal tersebut.

"Eh takpelah. Aku boleh kemaskan la Jeno."

"Takpe. Kau pergi tukar baju hyung. Aku kemas."

"Yela." Taeyong bingkas bangun dan menuju ke arah bilik air untuk mengganti pakaiannya. Setelah selesai mengganti pakaiannya, dia terdengar seperti seseorang sedang berbicara dengan adiknya. Taeyong perlahan-lahan membuka pintu bilik air dan dia melihat Jiera dan adiknya sedang berbual.

SAD [LTY]Where stories live. Discover now