"Saya cintakan awak, Taeyong." Taeyong tersenyum lalu mengusap pipi figura yang berada di depannya.
"Saya pun cintakan awak.. Hanya awak je dalam hati saya, Sooyoung. Saya cintakan awak seorang je. Kitakan dah janji untuk bersama selamanya." katanya sambil tersenyum manis. Sooyoung membalas senyuman Taeyong sebelum memeluk Taeyong dengan sangat erat.
"Saya rindukan awak, Sooyoung." Taeyong mengerutkan dahinya apabila Sooyoung tidak memberi sebarang reaksi.
"Park Sooyoung, saya rindukan awak." Taeyong terkejut apabila melihat Sooyoung sudah tiada disisinya.
"Sayang?! Sooyoung?!" Dengan perasaan panik dia berlari mencari Sooyoung namun apa yang dia nampak hanya kosong. Hanya dirinya sahaja yang berada di ladang lavender itu.
"SOOYOUNG!!" Jeritnya setelah terjaga dari tidur. Dia melihat sekeliling, ternyata apa yang berlaku tadi hanyalah mimpi. Mimpi.... Dia benci akan hal itu.
"Saya rindukan awak, sayang.. Rindu sangat sangat." Keluh Taeyong. Dia mengambil bingkai gambar yang berada di sebelah katilnya. Dia menatap gambarnya bersama Sooyoung. Mahu menangis? Airmata sudah tidak dapat keluar lagi.
"Hyung." Taeyong melihat ke arah pintu, terlihat adiknya masuk ke dalam bilik dengan membawa dulang yang berisi makanan.
"Aku ada bawakan makanan ni. Ni dah malam tapi kau belum makan." Taeyong melihat makanan yang dibawa oleh Jeno.
"Eh, dah malam?" Setahunya sebelum dia tidur, hari masih pagi.
"Iya, kau tidur lama sangat." Jeno tertawa lalu duduk disebelah Taeyong.
"Kau ok ke?" Taeyong menganggukkan kepalanya.
"Aku ok je. Janganlah risau. Kau dah makan?"
"Dah tadi, ni aku beli kat luar je. Malaslah nak masak. Aku beli jjampong untuk kau."
"Terima kasih Jeno." Taeyong segera mencapai sudu dan chopstick yang tersedia lalu makan dengan gelojoh. Jeno menggelengkan kepalanya lalu mengusap lembut kepala Taeyong.
"Esok kita keluar nak? Beli barang sama-sama."
"Pukul berapa?" Jeno tersenyum apabila mendengar jawapan Taeyong.
"Hmmmm.. Pukul 4 petang. Boleh dinner kat luar terus."
"Boleh juga tu. Kalau aku tertidur, kejut aku awal-awal tau."
"Sip hyung! Ha kau makanlah. Nanti cuci sudu dengan chopstick tu sendiri."
"Iyalah." Jeno bingkas bangun dari katil Taeyong. Dia mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya selepas menutup pintu bilik Taeyong.
"Hello Jiera? Maaf ganggu malam malam ni?"
"Eh manada ganggu, kenapa ye Jeno?"
"Awak free ke esok?"
"Free je, awak nak saya datang rumah ke?"
"Eh tak! Saya nak ajak awak keluar dengan saya dan abang saya. Kebiasaannya kalau kami keluar, kami akan ajak doktor sekali. Biasanya doktor Jung akan rawat Taeyong secara halus sambil jalan-jalan." Jeno melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik.
"Ohh boleh. No problem la. Nak saya tunggu dekat mana?"
"It's okay. Saya ambil awak boleh? Sebab saya yang ajak, segan juga kalau awak menunggu lama ke apa kat sana." Jeno mengelus lehernya sambil duduk di hujung katil.
"Boleh je, nanti saya bagi location rumah. Apa apa terus inform la, kalau tak jadi ke apa."
"Sure! Thanks tau Jiera!"
YOU ARE READING
SAD [LTY]
FanfictionDia benci musim sejuk.... Musim sejuk adalah musuhnya.. Kerana dia SAD