Jiera mengerutkan dahinya apabila Taeyong tidak bersikap seperti kebiasaan. Sejak mereka ke pasaraya tadi, Taeyong tidak sedingin seperti sebelum ini. Dia lebih cenderung untuk bercakap dan berbual dengannya.
"Awak ok ke Jiera?" Lamunan Jiera terhenti apabila bahunya disentuh oleh Taeyong.
"Saya ok. Awak makanlah.."
"Saya dah makan tapi awak belum. Makanan awak tak luak pun lagi." Jiera menunduk dan melihat pinggannya masih lagi terisi dengan makanan.
"Nanti saya makan. Saya masih kenyang-"
"Atau awak memikirkan sesuatu?" pintas Taeyong sebelum sempat Jiera menghabiskan ayatnya.
Jiera terdiam. Adakah kelihatan sangat bahawa dia sedang memikirkan sesuatu?
"Kalau awak tak selesa dengan saya, saya akan stop."
"Tak perlu Taeyong. Lagipun ni bagus. Awak ada menunjukkan perubahan."
Taeyong merenung wajah Jiera. Lama kelamaan dia dapat melihat wajah Jiera bertukar menjadi wajah Sooyoung, dan dia amat senang akan hal ini.
Taeyong menguntumkan sebuah senyuman sebelum mendekati Jiera.
Jiera membulatkan matanya apabila melihat Taeyong mendekatinya sambil tersenyum. Dia meletakkan jarak diantara mereka.
"Terima kasih Jiera." Taeyong masih lagi merenung wajah Jiera.
"Untuk apa?"
"Sudi teman saya. Saya hargainya."
"O-ohh. Sama-sama, memang tugas saya. Lagipun sambil merawat dan memantau awak."
"Awak cantik..." Jiera tergamam apabila mendengar pujian Taeyong.
"Huh? Awak cakap apa tadi?" Jiera ingin memastikan apa yang barusan dikata oleh Taeyong sebentar tadi.
"Awak cantik. Sangat cantik." puji Taeyong sambil merenung Jiera. Namun, bukan wajah Jiera yang dipujinya. Wajah Sooyoung masih terpapar di fikirannya.
"Huh?" Jiera terpaku. Kenapa tiba-tiba sahaja Taeyong memujinya?
"Hmm walaupun agak tiba-tiba.. Terima kasih?" Taeyong menganggukkan kepalanya.
"Saya cadang esok kita mulakan rawatan semula. Esok lepas sarapan, kita terus keluar."
"Kita nak ke mana?"
"Rahsia. Tapi satu tempat yang menenangkan."
Taeyong menjadi penasaran dengan tempat yang dimaksudkan oleh Jiera. Tempat yang tenang? Belum sempat Taeyong ingin bertanya lagi, kedengaran seseorang menekan loceng rumahnya.
Jiera bingkas bangun dan membuka pintu rumah. Dia mengangkat keningnya apabila melihat Qyrasha tersengih dimuka pintu.
"Aikk kata lewat?"
"Kerja aku settle awal. Manager aku tolong hehe." Qyrasha memeluk squishynya sambil tersengih memandang Jiera.
"Kau ni disampuk setan ke apa? Tersengih-sengih. Masuklah." Qyrasha segera masuk ke dalam rumah tersebut. Matanya melilau melihat isi rumah itu.
"Hoi! Kau pehal? Jakun semacam je."
"Bila masa aku jakun. Aku tengok-tengok jela. Mana pesakit kau tu?"
Jiera mempamerkan riak wajah yang bosan. Dia menghembus nafasnya dengan perlahan.
"Dekat meja makan. Kau nak makan?" Qyrasha segera menganggukkan kepalanya.
Jiera meletakkan squishy dan beg Qyrasha diatas sofa sebelum membawa Qyrasha ke meja makan.
"Kawan awak?" tegur Taeyong sebaik sahaja melihat Jiera kembali bersama seorang perempuan. Jiera mengangguk.
YOU ARE READING
SAD [LTY]
FanfictionDia benci musim sejuk.... Musim sejuk adalah musuhnya.. Kerana dia SAD