"Jaga diri tau hyung! Ubat jangan lupa makan. Apa-apa terus inform aku." Taeyong menganggukkan kepalanya.
"Jangan risaulah. Aku bukannya budak lagi." Jeno mengeluh dengan perlahan sebelum menutup pintu kereta. Dia menurunkan tingkap kereta sebelum memesan benda yang sama sekali lagi pada Taeyong.
Taeyong mempamerkan riak wajah yang bosan. Sungguh, adiknya ini memperlakukannya seperti anak kecil. Padahal dia baik-baik sahaja.
Selang beberapa minit selepas Jeno pergi, Jiera tiba di rumahnya. Dia hanya memerhati Jiera sebelum menyapa gadis tersebut.
"Banyak ke barang?" Jiera secara automatik mengelus dadanya kerana terkejut dengan sapaan dari Taeyong.
Tiba-tiba je lelaki ini muncul entah dari mana. Mau tidak terkejut Jiera.
"Tak pun, satu beg je." Taeyong melihat isi bonet kereta Jiera. Ternyata benar, hanya ada satu luggage dan satu bag sandang sederhana besar.
"Saya tolong bawakkan barang masuk ke bilik." Taeyong mengangkat luggage Jiera dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Jiera dengan segera mencapai beg sandang yang duduk bersebelahan dengan luggage itu sebelum mengikut Taeyong masuk ke dalam rumah. Langkahnya terhenti setelah dia tiba di sebuah bilik.
"Awak duduklah dalam bilik ni. Saya rasa bilik ni dah cukup besar untuk awak dan kawan awak nanti." Jiera melihat persekitaran bilik tersebut sambil mendengar apa yang Taeyong cakapkan.
Taeyong mengangkat keningnya apabila Jiera tidak memberi respon padanya. Pandangannya berubah ke arah Jiera yang hanya diam sambil melihat kawasan bilik.
"Jiera?"
Lamunan Jiera terhenti lalu dia segera melihat Taeyong yang sedang menatapnya.
"Ya saya? Kenapa?"
"Saya cakap... Awak boleh duduk dalam bilik ni. Saya rasa bilik ni muatlah untuk awak dan kawan awak."
"Lebih dari muat ni. Kitaorang kecik je orangnya. Kalau tambah Aria pun still muat, siap ada ruang lagi."
"Hmm ok. Apa-apa bagitau je saya. Lapar ke apa." Jiera mengangguk.
"Jadi macam mana? Apa yang awak rasa harini? Ok tak?" Taeyong mengebil setelah tiba-tiba disoal oleh Jiera.
"Saya ok je. Cuma sometimes rasa macam susah nak bernafas sikit."
"Ehh kenapa? Sekarang ok ke?" Jiera menghampiri Taeyong sebelum memegang pergelangan tangan Taeyong untuk memeriksa nadinya.
Jiera diam sejenak sambil mengira bilangan detakan nadi Taeyong selama seminit. Taeyong memandang Jiera dan membiarkan sahaja doktornya memeriksa dirinya.
"Anxiety attack ." Jiera memandang Taeyong sebelum meneruskan bicaranya.
"Awak ada fikir benda yang merisaukan awak ke? Atau awak risau sebab Jeno pergi ke luar negeri?"
"Saya risaulah juga dekat Jeno. Saya takut... Saya taknak kehilangan sesiapa lagi." Jiera menghela nafasnya perlahan.
"Taeyong. Apa awak kena buat sekarang, think positive. Itu paling penting untuk keadaan diri awak yang sekarang ni. Lawan perasaan risau awak tu. Jangan ingat semua benda buruk akan berlaku pada setiap masa."
Taeyong mengeluh. Dia berdecit perlahan.
"Susah Jiera.."
"Tak susah kalau awak berusaha untuk lawan. Awak cakap nak buat rawatan, nak jadi lebih kuat, nak jadi macam dulu. So first step is think positive." Jiera menyakinkan Taeyong.
YOU ARE READING
SAD [LTY]
FanfictionDia benci musim sejuk.... Musim sejuk adalah musuhnya.. Kerana dia SAD