"Hyung.." Jeno segera mendapatkan abangnya yang baru sedar dari pengsannya tadi. Dia menghulurkan minuman namun hulurannya tidak disambut oleh abangnya. Dia meletakkan semula gelas yang berisi air suam itu di meja. Dia duduk di sebelah abangnya yang termenung.
"Hyung. Hyung nak something ke? Jeno boleh ambilkan." Taeyong masih lagi berdiam diri.
"Kita jalan-jalan nak?" Jeno cuba memujuk abangnya.
"Semua salah aku.. Kalau aku tak rancang-"
"Enough! Benda tu dah lama terjadi. Dah 5 tahun berlalu hyung. Move on please." Taeyong memeluk lututnya sambil menahan airmatanya.
"Aku dah cuba Jeno. Hati aku sakit kalau ingat kejadian tu. Tapi aku tak dapat kawal diri aku. Bayangan, suara suara tu, makin menjadi bila masuk hari hujan, musim sejuk. A-aku benci haritu."
"Aku faham. Aku tahu abang aku ni kuat. Aku sentiasa ada disisi kau hyung. Aku nak kau sembuh. Kita ni tinggal berdua je hyung. Kalau takde kau, aku keseorangan hyung.."
Taeyong memandang wajah gelisah adiknya. Dia tahu dia terlalu banyak susahkan adiknya selama 5 tahun ini. Dia tidak mahu susahkan sesiapa namun mentalnya benar benar tidak cukup kuat. Tambahan pula selepas dirinya disahkan menghidapi "seasonal affective disorder" makin teruk keadaan dirinya.
Dirinya seolah-olah terkurung di dalam satu ruangan yang gelap. Ruangan yang tersangat gelap sehingga tidak dapat melihat sebarang cahaya pun. Itu membuatkan dirinya lemas dan sesak biarpun dia sebenarnya bebas. Bebas luaran, namun sesak dan lemas dalaman. Dia masih tidak berhasil untuk keluar dari kurungan tersebut. Dia bertarung dengan jiwanya sendiri.
Bermacam ikthiar dan kaedah yang diguna oleh Jeno untuk menyembuhkan dirinya namun dirinya masih tidak cukup kuat untuk bertarung dengan segalanya. Dia akui, dianya masih terkesan hebat dengan kemalangan tersebut. Orang yang dia cintai dan sahabat yang bersamanya dari kecil, mati di hadapan matanya tanpa sempat dia melindungi dan menyelamatkan mereka. Dia meletakkan kesemua kesalahan dari insiden tersebut pada dirinya.
Jeno memegang erat tangan Taeyong sebelum memulakan bicaranya semula.
"Minggu depan dah nak Christmas hyung. Kita sambut sama-sama okay? Kita lawan sakit kau ni sama-sama. Tahun ni jangan sampai kau dimasukkan ke hospital. Deal?" Jeno mengangkat keningnya sambil melihat Taeyong. Taeyong perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
"Aku cuba. Aku akan kuat demi kita." Jeno tersenyum.
"Macam ni lah abang aku. Aku sayang kau tau." Jeno memeluk Taeyong dengan erat.
***
Jaehyun meletakkan fail yang berisi sejarah perubatan Taeyong di atas meja. Matanya memandang tepat pada doktor yang baru ditempatkan disitu.
"Jadi kerja awak ialah mengambil alih tugas saya untuk merawat pesakit ini. Tambahan pula, pesakit ini akan bertindak sedikit agresif pada musim sejuk. Boleh ke Jiera?" Jiera mengambil fail tersebut lalu membaca maklumat tentang Taeyong.
"Dah 5 tahun dia dirawat? Dia masih di stage denial ?" Jaehyun hanya mengangguk.
"Dia mengidapi "seasonal affective disorder". Ianya sangat bahaya pada musim sejuk atau semasa hujan berpanjangan. Tambahan pula trauma yang dihadapinya berlaku ketika hujan lebat. Saya rasa awak tahu apa itu "SAD" bukan?" Jaehyun mengangkat keningnya. Jiera segera menganggukkan kepalanya.
"Seasonal Affective Disorder (SAD) adalah jenis depresi yang terjadi disebabkan perubahan musim, biasanya saat suhu udara mulai dingin. Kondisi ini biasanya akan membaik ketika cuaca menjadi lebih cerah."
"Pesakit akan merasa sedikit down selama musim yang lebih dingin adalah hal yang wajar. Namun, SAD adalah kondisi yang lebih dari sekadar penurunan suasana hati. Gejalanya lebih mirip seperti depresi." Jaehyun menganggukkan kepalanya sambil tersenyum ketika mendengar penjelasan dari Jiera.
"Awak tahu apa punca lain dia?"
"Tahu doktor. Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak, Bahan kimia otak (neurotransmitter) seperti serotonin berkontribusi pada perasaan bahagia, kerana sinar matahari membantu mengatur serotonin, kurangnya sinar matahari dapat memperburuk situasi. Selain tu, kekurangan vitamin D juga mempengaruhi keadaan pesakit." Jelas Jiera lagi. Jaehyun tergelak kecil.
"No wonder awak murid kesayangan Prof Sung. Awak memang bijak. Saya rasa tak salah pilih orang untuk menggantikan tempat saya kali ini." Jiera tersenyum kecil, dia agak segan apabila mendengar pernyataan dari Jaehyun.
"Oh ya, kenapa doktor Jung nak serahkan pesakit ni kepada saya? Setahu saya pesakit ni dan keluarga dia dah serasi dengan doktor?"
"Sudah tiba saatnya, orang lain pula mencuba. Manatau dengan awak dia akan membaik atau menunjukkan kesan positif."
"Baiklah doktor. Saya akan cuba untuk menyembuhkan pesakit ini. Setidaknya ada sedikit perkembangan positif." kata Jiera dengan penuh semangat.
"Saya percayakan awak, doktor Lee Jiera." kata Jaehyun sambil menunjukkan lesung pipitnya yang indah.
Jiera sudah menanam azam di dalam dirinya. Dia akan berusaha sedaya upaya dalam tugasan pertama ini. Walaupun tidak begitu yakin, tapi tidak salah untuk berangan dan berusaha. Mana tahu, usahanya akan membuahkan hasil.
***
"Amboi, tekunnya diri kau duk hadap maklumat pesakit pertama kau tu!" Jiera mengabaikan teguran dari rakan serumahnya, Qyrasha.
"Ehh kau ni, janganlah palau aku. Tahulah dah ada kerja, tak jadi penganggur cam aku dah." Qyrasha memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuhnya, tanda merajuk.
"Ishh kau ni. Janganlah merajuk, ehh mana Aria?? Biasa waktu gini dia dah terpancak kat depan tv tu, konon nak layan drama lepas balik kerja." Jiera mengerutkan dahinya apabila tidak nampak bayang Aria.
"Ohhh dia ada call aku tadi. Katanya kena ot, pukul 10 baru balik." Jiera hanya menganggukkan kepalanya sebelum menghirup coklat panas yang dibuat Qyrasha.
"Macam mana dengan first job? Ok ke?" Qyrasha sengaja merapatkan dirinya dengan Jiera untuk melihat dokumen yang berada di tangan kiri Jiera.
"Ohhh.. Agak mencabar tugasan pertama ni. Tapi kita kena confident, kalau awal awal dah fikir negatif nanti kerja tak menjadi."
"Hmmm betul tu. SAD? Apatu benda tu?" Qyrasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. First time dia dengar tentang penyakit ni.
"SAD tu singkatan untuk Seasonal Affective Disorder. Senang cerita depression tapi depression ni akan teruk bila musim sejuk atau hujan berpanjangan. Ala macam kes mendiang Jonghyun SHINEE tu." Qyrasha menganggukkan kepalanya tanda faham.
"So, kalau lalai sikit dia boleh ada perasaan nak bunuh diri lah?" Jiera mengangguk.
"Doktor Jung cakap, dia pernah cuba untuk bunuh diri. Tapi dia bernasib baik sebab adik dia tu caring sangat dekat dia. Tak sempat nak buat, terus adik dia halang."
"Ishh bahayanya! Kau mampu ke ni? Macam mana kalau dia tiba-tiba serang kau??"
"Janganlah fikir macam tu, Asha. Kau ni kan, asyik nak negatif je. Jangan diikut Aria tu." Jiera menggelengkan kepala sebelum kembali melihat maklumat tentang Taeyong.
TBC
YOU ARE READING
SAD [LTY]
FanfictionDia benci musim sejuk.... Musim sejuk adalah musuhnya.. Kerana dia SAD