5

338 29 1
                                    

HAPPY READING 🤍

Setelah makan malam yang mengenyangkan, Becky bingkas bangun lalu duduk di ruang tamu. Dia terlihat sibuk dengan telefonnya sehingga tidak menyedari bahawa Freen membawakan secawan air kosong untuknya.

"Ehm? Thanks."

Freen membenarkan kedudukannya dengan bersandar di sofa itu. Dia mengambil remote tv lalu mencari saluran drama yang menarik. Seketika dia melirik manusia di sampingnya.

"Kau buat apa tu? Busy nampak."

"Bukan urusan kau." Balas Becky pendek. Singkat dan padat. Dia seperti memberitahu bahawa dia sedang tidak ingin diganggu oleh sesiapa. Urusannya di telefon adalah urusan peribadinya.

"Oh okay then." Freen kembali fokus pada layar tv.

Tidak sampai 20 minit, Freen menutup tv lalu bangun dari bersandar kerana merasa bosan. Dia berjalan dengan lenggang menuju biliknya di tingkat atas. Bukan bilik tidur tapi bilik bacaan. Lebih baik dia menyendiri untuk sementara waktu dengan buku-bukunya.

Becky yang menyedari tempat di sampingnya kosong pun menoleh. Dia hanya sempat melihat belakang suaminya itu. Dia rasa tertanya-tanya. Adakah kerana dia tidak melayani Freen seperti pasangan pada umumnya? Tapi ini adalah kahwin paksa jadi untuk apa dia peduli.

Hampir 30 minit berada di ruang tamu, Becky memutuskan untuk naik ke atas saja. Dia perlu menyegarkan badannya dengan mandi kerana tadi tidak sempat untuk melakukannya.

Untuk saat ini, dia mahu tak mahu akan berkongsi bilik dengan Freen kerana tempat yang mereka diami adalah sebuah apartment La Fanya Residence. Mungkin untuk sementara waktu mereka akan tinggal di sini.. mungkin..

"Hum hum hum..." Becky bersenandung sehinggalah selesai membersihkan diri.

Kepalanya menjenguk sedikit mengintip keadaan di luar, berjaga-jaga sekiranya Freen telah kembali namun kelibatnya belum nampak. Entah kemana dia? Fikirnya. Tidak mahu ambil pusing, Becky berjalan ke arah almari mencari pijama yang akan digunakan malam ini setelah memakai body lotion dan skin care.

Sementara, Freen yang berada di bilik bacaan beberapa kali menguap dan mengusap matanya. Dia pun menutup novel The Butterfly Room by Lucinda Riley lalu bangun menuju pintu keluar. Dia harus menukar pakaiannya dan berehat tidur, namun dia perlu mandi terlebih dahulu sebelum berbaring di atas tilam empuknya.

Ceklek

"Uupss sorry."

"Yakk! Tak pandai ketuk pintu dulu ke?!" Becky separuh berteriak.

Bukannya sengaja. Dia tidak tahu jika isterinya sedang memakai tuala dan ingin berganti pakaian.

'Ahh Freen Sarocha tak guna..!' Umpat Becky dalam hati. Tiada masa lagi untuk berlengah, dia harus cepat.

Becky pov

Setelah semuanya serasa siap dan tubuh ku lengkap berpakaian, aku memanggil wanita itu membenarkannya masuk. Dia terlihat seperti orang yang baru saja melihat hantu kerana bahasa tubuhnya lain dari yang biasa. Damn Becky.

"Aku mandi dulu." Dia mengambil tuala lalu berjalan pantas melalui ku.

Aku tahu maksud itu, aku sangat tahu. Kalau boleh, aku ingin menjerit ke seluruh alam bahawa aku juga malu dengan sikapnya yang asal ceroboh tadi. Aku sangat ingin menggali lubang kecil seperti cacing lalu berdiam di dalamnya dan menyembunyikan diriku. Aku tidak berhenti berjalan mundar-mandir sambil menggigit kuku jariku. Lebih baik, aku bersembunyi saja di bawah selimut dan menutupi seluruh badan serta wajahku.

Far away I See YouWhere stories live. Discover now