17

351 32 2
                                    

HAPPY READING 🤍


Freen pov

Hari bahagia adalah hari yang dinantikan oleh setiap orang. Aku pun begitu. Isteriku memintaku agar membimbingnya dalam mencintai suaminya ini. Oh, betapa senangnya hati. Jadi, aku tidak perlu lagi bimbang tentang ugutan surat cerai. Dia ternyata sama-sama menikmati apa yang kami lakukan pada beberapa hari yang lepas. Aku fikir dia akan membenciku tapi sepertinya tidak.

Tadi pagi ketika bangun dari tidur, kami dalam posisi berpelukan. Dia awalnya kekok dan aku faham akan itu. Aku memberitahunya bahawa berpelukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sebagai pasangan, baik itu sahabat, kekasih atau suami isteri. Dia akhirnya mengiyakan walaupun aku tahu dia sedikit ragu.

Sekarang dia masih dalam bilik mandi, sedang membersihkan tubuhnya dan aku setia menunggu. Aku mengajaknya mandi bersama dengan alasan menjimatkan masa namun dia enggan. Dia menolak kerana dia tahu aku selalu memandangnya dengan tatapan yang lapar sejak hari itu. Dia takut aku menerkamnya. Bukankah itu lucu. Isteriku itu sangat comel bila dia malu-malu kucing. Aku sedar aku sedang tinggal bersama seorang bidadari cantik. Jika dari dulu keimananku goyah, pasti dia marah dan mengugut perceraian.

Ceklek

Aku menoleh ke arah pintu bilik mandi yang terbuka. Dia keluar dengan rambutnya yang basah dan tualanya melilit dari payudara hingga ke paha.

Damn.

Tubuhku gementar. Aku bersusah-payah menahan air liur daripada terkeluar dari dalam mulutku.

Dia sangat seksi.

"Bec.." panggilku perlahan.

"Aku tolong keringkan rambut kau, boleh sayang?" Aku cuba menawarkan diri. Tidak salah kan kalau seorang suami ingin membantu isterinya.

Yes! Dia mengangguk.

Aku memberinya tempat duduk yang berhadapan dengan cermin. Dengan keberanian yang terkumpul, aku mencium atas kepalanya dan menghirup bau semerbak dari rambutnya.

Sangat harum.

"Freen."

"Wangi, sayang. I like it." Aku mencium bahunya yang terdedah. Seketika, dia terperanjat dengan tindakan ku.

"Tenang. Nanti juga pasti terbiasa. Just relax, okay."

"I will try."

Aku tersenyum mendengarnya. Wajahnya yang terpantul di cermin ditatapku. Dia terlihat gugup.

"But wait! I should wear my clothe first." Ujarnya lalu bingkas bangun, mengambil pakaiannya lalu menghilang ke dalam bilik mandi. Melihat telatahnya yang gugup membuatku ketawa kecil. Tak lama, dia pun muncul dan duduk di tempat tadi.

"I'm gonna start sayang." Dia mengangguk dengan ragu.

Hair dryer digapai dan aku mulai mengeringkan rambutnya.

Oh, harumnya.

Aku menyikat rambutnya dengan lembut dan teliti seperti barang berharga.

Moment seperti ini baru saja bermula.

_______

Normal pov

Becky turun bawah lebih awal dan akan menyiapkan sarapan. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk sang suami. BonBon muncul lalu menggesel manja pada kaki mommynya itu.

"Hello Bon, good morning sweetie.." Becky menyempatkan diri untuk mencium beberapa kali kepala BonBon. Lihatlah betapa seronok anak anjing tersebut tatkala menerima ciuman bertubi-tubi dari wanita itu.

Far away I See YouWhere stories live. Discover now