10

323 30 2
                                    

HAPPY READING 🤍


Freen masih sibuk memerhati isterinya dari jauh walaupun hatinya sedikit menggesa agar wanita itu datang kepadanya.

"Kau nak berdiri saja di sana atau aku yang akan ke sana?" Gumamnya perlahan dengan nada yang sedikit mendengus. Ingin rasanya dia menerajang pemuda yang masih berlutut di hadapan Becky itu.

Dan tanpa berlengah lagi, dia sudah berdiri dengan jarak 2 meter di depan isterinya. Bukan hanya itu, para mahasiswa dan mahasiswi yang belum pulang turut ada di sekeliling mereka dengan penuh tanda tanya. Siapa saja yang tidak mahu melihat wanita yang penuh berkarisma ini. Lebih-labih lagi wanita ini sedang bertatapan dengan mahasisiwi senior mereka, Rebecca Patricia Armtsrong.

"Erm Bec, aku pergi dulu ye. Aku-.."

"Eh tak boleh. Kau kena ada kat sini juga. Kita dah janji nak pergi kafe lepas ni."

"Tapikan-.."

"Atau hari ni last kita kawan."

Irin tercengang mendengar ancaman sahabatnya itu. Sampai hati dia ugut macam ni.

Mata Becky tetap tak beralih memandang suami kontraknya itu. Begitu juga dengan Freen. Mereka saling bertatapan seperti ada pancaran kilat di antara mereka berdua. Irin merasa gerun untuk berada di sini.

Dan mamat ni kenapa tak bangun-bangun juga?

"Hei, kau bangun. Untuk apa berlutut? Buang masa. Pergi balik. Mak bapak kau tengah tunggu kau kat rumah. Prof ada bagi kerjakan tadi, jadi kau balik sekarang." Gesa Irin agar lelaki ini bangun. Takutnya perang dingin berlaku. Jika tidak, habislah.

"Tidak, sampailah Rebecca terima ajakan aku. Bagaimana Rebecca? Mahukah kau-.."

"Kau. Yang berlutut di sana. Sila bangun." Siapa lagi kalau bukan Freen.

"Tiada siapa yang boleh bagi arahan kecuali Rebecca." Ujar pemuda itu tanpa menoleh belakangnya kerana yang di depan sangat mempesona.

"Suruh dia bangun sekarang." Nadanya tegas.

Becky tidak mempedulikan Freen. Sebaliknya dia menyambut huluran tangan pemuda ini.

"Baiklah, aku mahu."

"Oh my goodness, really?" Pemuda itu merasa beruntung. Orang-orang yang berada di sekitar ikut terkejut. Belum seorang pun yang pernah berjaya menambat hati wanita itu. Mereka patut mencatatnya dalam sejarah.


Freen hanya mampu menggigit bibir. Panas di hati mulai terasa namun dia memilih diam dan membiarkan.

Ceh.

Irin yang di samping Becky juga tidak kalah terkejut. Ada apa ini? Betulkah ini sahabat yang ia kenal yang selalu menolak para mahasiswa? Patutkah Irin meminum susu bayi lagi agar sel-sel otaknya kembali bersambung? Hei, jangan gila. Melihat Becky yang begini pasti sesuatu telah terjadi antara mereka. Sangat meragukan.

"Bec.. kau biar betul." Bisik Irin. Matanya sekejap memandang Freen yang memalingkan wajahnya.

"Emm saya tak tahu nak cakap macam mana tapi terima kasih Rebecca. I have been waiting for this moment long time."

Far away I See YouWhere stories live. Discover now