4

346 27 0
                                    

HAPPY READING 🤍

Jari-jemari itu bergerak tidak berhenti mengetuk meja. Wanita separuh baya yakni pembantu rumah sedang berdiri diam membeku. Di hadapannya adalah anak saudara Tuan Araan Chankimha, siapa lagi kalau bukan Andrew. Lelaki itu sedari tadi melihatnya dari bawah ke atas seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya.

"Aku dah cakap aku taknak minum ubat ni. Kau pekak ke apa?" Nadanya tegas.

Wanita tua itu menunduk dengan rasa serba salah dan tidak tenang.

"Maaf, tapi ini perintah dari Puan Nun-.."

PRANG!

Gelas yang berisi air kosong di atas meja itu dihempas ke lantai dengan kasar sehingga serpihannya mengenai kaki wanita tua itu. Sedangkan pembantu rumah yang lain hanya diam berdiri tidak jauh dari situ, tidak berani untuk bergerak walau sedikitpun. Takut terkena tempiasnya.

"This is my last warning. Sekarang kemaskan apa yang kau dah buat." Dengus lelaki itu lalu bangun pergi.

Wanita separuh baya itu hanya mengangguk lalu menunduk ingin mengutip serpihan gelas yang pecah.

"Bibik?" Itu suara dari anak majikannya.

Freen yang ingin ke dapur menghentikan langkahnya sebaik saja melihat pembantu rumah keluarganya sedang membungkuk seperti mengambil sesuatu. Dia rasa curiga dan juga bimbang kerana tadi dia sempat mendengar barang pecah.

"Bibik, kenapa ni?" Anak majikannya datang mendekati.

"Tunggu stop..!" Freen cepat-cepat mengambil tangan wanita tua itu daripada mengutip serpihan kaca di depannya. Mata Freen mencari pembantu rumah lain lalu mengarahkan mereka untuk membantu membersihkan kekacauan itu. Dia yakin ini pasti kelakuan sepupunya kerana ketika lelaki itu tiada, rumah ini tidak pernah kecoh dan aman saja.

"Kaki bibik berdarah. Kita rawat dulu ye bik." Freen menuntun wanita tua itu berjalan dengan penuh berhati-hati lalu menyuruhnya untuk duduk di kerusi.

"Ini khun." Freen menyambut huluran kotak kecemasan dari salah seorang pembantu rumah.

"Tidak apa-apa Khun Freen. Bibik boleh rawat sendiri."

"Biarkan Freen bekerja. Lagipula bibik sudah Freen anggap sebagai ibu. Bibik diam saja ye."

Wanita tua ini dipanggil sebagai Bibik Bai. Dia sebenarnya adalah pengasuh Freen ketika Freen masih bayi, bahkan sampai sekarang dia masih setia berada di sisi anak majikannya kerana atas permintaan Freen itu sendiri. Bibik Bai selalu bersyukur mempunyai majikan yang baik hati dan memberinya cuti jika ahli keluarganya jatuh sakit.

Sementara itu, Becky terbangun dari tidurnya. Dia melihat ke sampingnya, suaminya tiada di situ. Kemana Freen?

Dia pun menyelak selimut lalu melangkah keluar. Tidak jauh dari anak tangga, dia dapat melihat Freen dan seorang pembantu rumah yang sedang duduk di kerusi ruang makan. Hatinya sedikit terharu akan pemandangan itu. Maksudnya, Freen tidak pernah memandang rendah terhadap pembantu di rumah besar ini. Lihatlah, suami yang digelarnya suami setan sedang membalut kaki wanita tua itu? Kerana rasa tertanya-tanya, Becky pun berjalan mendekati mereka. Namun langkah terpaksa diberhentikan, seseorang sedang berdiri menghalanginya.

"Andrew."

"Hai...Rebecca?"

Becky hanya tersenyum nipis.

"Awak nak ke mana?"

"Saya-.."

"Nak ke sana eh?" Andrew menunjuk ke arah keberadaan Freen.

Far away I See YouWhere stories live. Discover now