18

320 32 0
                                    

HAPPY READING 🤍

"Awak tak perlu risau, urusan percutian bulan madu dah diurus oleh orang tua kita. Buat masa ni, saya nak bawa awak jalan-jalan sebagai pasangan kekasih."

Freen melihat Becky yang berada di tempat duduk di sampingnya sekilas. Mereka kini menuju ke suatu tempat.

"Becky, mungkin sebelum ni saya masih belum ada keberanian untuk beritahu awak tapi saya nak awak tahu yang awak adalah wanita pertama dalam hidup saya."

"Tipu. Dengan rupa awak yang macam ni, siapa je tak nak."

"Well, i tell you the truth sayang. I swear you are the one and only."

"Swear swear, yelah tu swear." Becky memalingkan wajahnya malas ke luar tingkap.

Freen tertawa kecil. Dia pun mengambil tangan isterinya lalu menggenggam jari-jemari itu dengan erat memandangkan tiada penolakan dari Becky.

"Awak boleh tanya ayah dan bonda kalau tak percaya pada suami sendiri."

"Okay, saya percaya. Tapi ingat, kalau awak simpan perempuan lain di belakang saya, kita betul-betul bercerai."

"Hei sayang, tidak. Kita tidak akan pernah bercerai. "

Setelah perdebatan kecil terjadi di antara mereka, akhirnya tempat yang dituju pun sampai.

"Beach.." Becky dengan mata yang bersinar dan diangguki oleh Freen. Wanita itu membukakan pintu lalu menyambut tangan isterinya untuk keluar dari porsche kuning itu.

"Untuk date kita yang pertama, i want it to be special. Awak suka?"

Becky mengangguk laju. Matanya tidak lepas melihat pemandangan di depannya itu.

"Sangat suka. I love beach."

"Kalau suami awak?" Freen menunjuk diri sendiri sebaik saja berdiri di hadapan isterinya.

"No." Balas Becky sedikit berteriak lalu berlari meninggalkan Freen.

"Nak kena makan dulu ni baru cakap suka." Geram Freen.

"Rebecca! Awak tunggu!"

"Wlee! Kejarlah!" Becky mengolok-olok suaminya dengan menjelirkan lidah.

Tanpa menunggu lama, Freen membuka langkah mengejar sang isteri yang jauh di hadapan. Sesi kejar-mengejar pun terjadi. Freen beberapa kali berhenti untuk mengambil nafas kerana semput. Di usia yang akan menginjak kepala 3, dia harus berlari di pantai luas ini. Sudah nasib memiliki isteri muda.

"Kata kuat! Ni lembik je, macam mana jadi suami orang ni?!"

"Sekejap sayang!" Freen melambaikan tangan di udara dan masih tercungap-cungap. Becky sudah bercekak pinggang menunggunya.

"Kalau awak dapat tangkap, nanti saya bagi hadiah..!"

Cepat-cepat Freen menegakkan badannya. Pupil matanya membesar sempurna mendengar kata-kata isterinya.

Dan...

"Arghh!"

"I got you haha!"

Keduanya jatuh di atas pasir dengan Freen di atas Becky. Mata mereka saling menatap dan degupan jantung berdetak seirama.

Becky sangat gugup sekarang. Siapa tidak jika seorang wanita menawan menjadi suami sendiri.

"Awak jangan tarik balik apa yang awak kata tadi."

Far away I See YouWhere stories live. Discover now