13

370 28 4
                                    

HAPPY READING 🤍

Seseorang sedang sibuk di dapur. Periuk dan senduk saling berlaga. Manakala seekor anak anjing tidak berhenti bergesel pada kakinya.

"Sebentar BonBon, tunggu mommy habis masak okay sayang?"

"Worf! Worff!"

Wanita itu pun mengambil bungkusan makanan anjing lalu menaruhnya dalam mangkuk, kemudian dia menyediakan air untuk BonBon.

Dia baru perasan yang anak anjing itu semakin membesar lalu dia pun melihat kalendar.

"Sudah tiga bulan ternyata."

Jika dihitung, 2 bulan saja lagi suaminya akan menceraikannya mengikut perjanjian dan dia akan bebas dari perkahwinan ini.

Wanita ini, ya, dia adalah Becky. Terus-terang, dia juga tidak sabar menanti hari itu tiba namun seketika dia merasa sesuatu yang janggal di dalam hatinya. Apakah itu? Mungkinkah disebabkan layanan dan sikap lemah-lembut Freen selama ini semakin berpengaruh?

Bercakap tentang itu, Freen selalu melayani karenahnya yang terkadang susah dikawal sekaligus boleh membuat orang penat dengan anginnya yang berubah-ubah. Tapi, Freen adalah wanita yang tekun. Sepertinya tiada istilah penat dalam kamus hidupnya. Becky juga tidak hairan jika wanita itu selalu bekerja sampai lembur di pejabatnya dan dia akan pulang ketika pukul 9 atau lebih dari itu.

Becky memejamkan matanya ketika merasa sepasang tangan sedang melingkari pinggangnya. Becky fikir yang dia melamun tapi tidak kerana rasanya terlalu nyata.

"Freen.."

"Hai.."

"Freen."

"Sekejap saja sayang, biarkan begini dulu."

Siapa yang tidak mencair ketika seseorang yang kamu suka memanggil sayang. Becky merasa nyaman berada dalam pelukan ini. Entah kenapa tapi dia menikmatinya yang bahkan sangat. Akhir-akhir ini juga Freen selalu meminta pelukan darinya.

"Kau pulang awal hari ini.."

"Hmm.. aku cuma letih kerja lembur di malam hari. Kenapa? Kau taknak aku balik awal eh?" Becky menggeleng. Bukan itu yang ia maksudkan.

"Tidak, hanya saja sebelum ni kau selalu balik lewat."

"Sepertinya aku perlu meminta maaf kerana membuat kau berjaga dan terima kasih sebab menungguku pulang."

Dalam posisi berdiri, Freen juga memejamkan matanya sambil menghirup aroma tubuh isterinya yang menurutnya sangat wangi.

"Freen stop.." Becky rasa dia harus menghentikan suaminya sebelum dia bertindak lebih liar. Tubuhnya harus dilindungi sehingga kontrak mereka benar-benar tamat maka keperawanannya terjaga.

Sedikit geli kerana Freen mulai mencium tengkuknya. Becky yang memanggilnya tidak dihiraukan.

Mahu tak mahu, Becky terpaksa menolak tubuh suaminya ini.

"Cukup Freen!"

Freen terkejut mendengar teriakan Becky dan seketika dia sedar akan perbuatannya. Isterinya pasti sedang marah kerana dia hampir tidak dapat mengawal dirinya.

"Maaf.. aku.. aku benar-benar minta maaf Becky."

Rasa serba salah dalam dirinya membuatkan Freen mengundur lalu naik ke atas. Mungkin dengan menghirup udara segar di balkoni dapat memberinya ketenangan. Otaknya pasti serabut dengan hasratnya yang terpendam selama tempoh perkahwinannya dengan Becky. Ditambah lagi dengan urusan pekerjaan yang semakin hari semakin banyak membuatkan dia memerlukan sokongan dan kasih sayang dari seorang isteri.

Far away I See YouWhere stories live. Discover now