3

335 28 0
                                    

HAPPY READING 🤍

"Kamu adalah kekasihnya, Becca."

"Tak mungkin bonda, Becca rasa sukar untuk percaya. Setiap orang pasti akan ada mantannya dalam seumur hidup."

Bonda menggeleng sambil terkekeh kecil.

"Bonda dan ayah tidak pernah sama sekali melihat Freen dengan sesiapa, betul. Setiap kali kami suruh dia untuk membawa kekasihnya ke rumah, dia akan jawab, 'no, nanti siapa jaga ayah dan bonda kalau Freen kahwin.', 'Freen tetap nak fokus pada Chankimha Group.' Macam-macam alasan yang dia bagi." Kedengaran seperti bonda mengeluh tapi senyumannya tidak pernah luntur. Entahlah, dia seperti wanita yang suka bersedekahkan senyuman.

"Sebelum ayah dan bonda memegang tongkat, kami teringin nak pegang cucu."

'Sekali lagi, cucu. Becca belum siap lagi untuk mengandung oh bonda mertuaku tersayang..'

"Bonda? Ayah mana?."

Ah, wanita ini kembali.

Bonda Nun bangun setelah meminta diri dari menantunya itu lalu ke arah anaknya.

Becky pov

Sekarang ini, seseorang berdiri di hadapan kami. Dia sedang bersalaman lalu memeluk dengan ayah dan bonda. Dan.. suamiku.. dia mengambil tanganku lalu menggenggam erat jari-jemariku. Wajahnya juga kelihatan tegang. Ada apa dengannya? Ah, lupa. Bonda baru saja beritahu tadi bahawa dua orang ini tidak pernah akur walaupun mereka bersaudara.

Lelaki ini adalah sepupu Freen. Wajahnya ada sedikit seiras dengan wajah suamiku. Tunggu, aku sudah menganggapnya suami? Lantak sajalah. Tapi jangan salah faham dulu, aku hanya menganggapnya seperti itu mengikut perjanjian yang ku tulis.

"Hai, saya Andrew Chankimha. Awak siapa?" Dia menghulurkan tangannya dan aku menyambut salamannya.

"Rebecca-.."

"She is my wife." Potong Freen sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata. Wanita ini sedang menatap tajam sepupunya sendiri sambil mengangkat tangan kiriku menunjukkan cincin yang tersemat di jari manisku. Ah, dia sangat licik.

"Ouh..jadi dia adalah isteri kau. Cantik bro. She is cute like a barbie doll." Dia mengedipkan matanya sebelah kepadaku. Aku tersenyum mendengar pujiannya.

"Thanks. You look handsome too." Tidak tipu, Andrew adalah lelaki yang tidak kalah tampan dan dia seperti jejaka yang bersinar di masa bujangnya. Aku yakin pasti ramai yang mengejarnya. Atau mungkin aku juga akan ikut dalam perlumbaan itu jika saja aku tidak berkahwin dengan suamiku yang sekarang ini. Huh~

"Jom masuk." Ayah menepuk bahu Andrew lalu melangkah terlebih dulu bersama bonda.

Freen hanya diam. Entahlah, riak wajahnya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Dia pandai menyembunyikannya. Dia sangat tenang tapi auranya dingin.

Freen pov

Andrew. Dia adalah sepupuku tapi dalam masa yang sama dia juga adalah musuhku. Kami memang tidak pernah bersahabat, mungkin hanya pada masa yang tertentu sahaja. Setiap kali dia balik dari luar negara, perhatian yang sepatutnya mengarah kepadaku akan beralih sepanjang dia berada di sini. Tapi tidak apa. Ayah dan bonda sentiasa mengutamakan aku. Lagipula dia hanyalah saudaraku bukan adik-beradik kandungku. Dan aku akan sentiasa berada di atasnya. Oleh itu, aku tidak perlu bersusah-payah untuk bersaing dengannya.

Far away I See YouWhere stories live. Discover now