2

389 26 0
                                    

HAPPY READING 🤍

Perjanjian. Ya, perjanjian. Becky harus membuat perjanjian antara dia dengan Freen. Memandangkan ini adalah kahwin paksa maka dia bebas melakukan apa yang ia mahu lagipula perkahwinannya dengan Freen adalah sangat mendadak berlaku, bukan atas dasar suka sama suka. Bercinta pun tidak inikan pula tidak mengenal satu sama lain. Tak lama lagi pasti otaknya mereng.

Becky menuruni anak tangga setelah bersiap dan kini matanya tertuju pada si suami yang sedang bersantai di sofa. Dia masih sibuk dengan gajetnya sampai tidak sedar yang isterinya sudah berdiri di hadapannya.

"Oh. Dah siap?" Becky mengangguk.

"Tunggu. Kita mesti buat perjanjian." Ujarnya saat Freen ingin bangun dari duduknya.

"Perjanjian apa?" Freen memiringkan kepalanya sedikit sambil menaikkan keningnya sebelah.

"I want my me time dan aku perlu fokus pada kuliah. Kau tahu ini perkahwinan paksa dan kita juga saling tidak kenal ya walaupun mommy cakap kita pernah main masa kecik dulu." Becky jeda seketika lalu duduk di tepi Freen dengan jarak 1 meter.

"Macam nilah, aku tak kesah dengan apa yang kau nak buat kerana itu adalah hak peribadi kau. Same goes in my private life. Kita tak perlu masuk campur hal masing-masing sebab kita bukannya pasangan suami isteri yang sebenar." Freen mengangkat tangan di udara.

"Jap jap jap. We already married okay, real wife and husband dari segi hukum dan agama."

"No. Aku tak sukakan kau dan aku tak cintakan kau pun. Orang tua kita yang memaksa perkahwinan ni. Mereka memang tak pedulikan perasaan anak-.."

"Aku tak setuju.-.."

"Kita buat perjanjian kontrak. I give you for 5 months. Kalau dalam masa 5 bulan kita masih macam ni, lebih baik kita bercerai saja. Aku masih punya cita-cita dan impian untuk digapai. Tidak susah untuk bagi jawapan bahawa kita tak bahagia pun dalam perkahwinan ni. Aku yakin mommy, daddy, ayah dan bonda tidak akan berani membantah."

"Bukan 5 bulan tapi dalam masa sebulan aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku." Dengan angkuhnya Freen berkata demikian. Kakinya bersilang, matanya fokus memandang wajah cantik nan jelita di seberangnya itu.

"Aku tidak yakin itu akan terjadi. Seperti yang aku katakan tadi, kita tidak perlu ambil peduli hal masing-masing bahkan jika aku atau kau sudah ada pengganti. Aku tak kesah."

Becky mengeluarkan sehelai kertas yang ditulis perjanjian.

'Sejak bila dia sediakan semua ni?' Batin Freen. Wajahnya tetap tenang tidak menunjukkan sebarang ekspresi.

"Tandatangan di sini. Setelah 5 bulan, kita cerai. Kita tidak akan menoleh ke belakang lagi. Anggap saja kita sudah tiada hubungan dan berubahlah menjadi orang yang tidak kenal."

Freen mengambil kertas perjanjian tersebut dan dahinya sedikit berkerut membacanya. Ada yang tidak masuk akal di sini.

Tidak boleh ada persetubuhan selama tempoh 5 bulan. Perciuman di bibir mungkin dibenarkan tetapi dengan kebenaran dari sang empunya tubuh.

Freen ketawa kecil membacanya. Apa isterinya fikir dia akan tahan sepanjang waktu itu. Mungkin kerana dirinya belum menunjukkan keindahan yang tercetak di tubuhnya apalagi kegagahan yang bakal dia tuntaskan. Baru saja sehari, apalagi berhari-hari. Mari lihat saja apa pertahanan temboknya akan terus berdiri kukuh atau roboh?

"Pada bahagian akhir ni, apakah kau sedar dengan apa yang kau tulis? Kau belum tahu lagi bagaimana rasanya. Mungkin kau akan ketagih."

Far away I See YouWhere stories live. Discover now