Dalam perjalanan pulang, Arissa Medina membuka radio lagu kesukaan nya dengan mengetuk stereng kereta sambil mengikuti ritma lagu itu.
"Aku capek, yang
Aku capek, yang
Lebih baik kita berpisah sajaPergi pagi, pulang selalu larut malam
Alasanmu s'lalu itu-itu saja
Kamu sering bilang tugas ke luar kota
Jujur saja kalau ada yang keduaJanda bukan, gadis bukan, perawan bukan
Ada kamu, tapi aku kesepian
Kalau memang kamu benar sudah tak sayang
Pilih satu, aku atau dia saja"Arissa Medina pantang mendengar lagu kesukaan diputarkan,segala aksi semua dia tapau,so jangan ditanya sahaja lagu tak diketahui, semua dalam genggaman tangannya.
Dengan selamba dia bernyanyi tidak sedar lampu isyarat bertukar hijau hingga kereta belakang membunyikan hon..
"Ishhh kita tahu laa lampu hijau tu tanda jalan, takkanla nak bersila bertepuk amai-amai pula dekat atas jalan raya ni " selamba Arissa Medina bebel dekat kereta belakangnya dengan segera Arissa Medina menukar gear lalu bergerak keretanya menyusuri jalan..
Dalam beberapa minit saja, Arissa Medina selamat sampai rumahnya. Dia lock keretanya dan berjalan dengan gaya persis model kedai dua ringgit,menuju ke pintu rumahnya..
" Assalammulaikum semua," Arissa memberi salam lalu merebahkan diri ke sofa..
Ahh penatnya jadi seorang Arissa Medina....habis kau nak jadi apa Arissa oii..
"Walaikumsalam sayang, ha balik pun kamu Aris" ucap mama sambil membawa air kepada papa yang sedang berehat disofa sambil menunggu azan magrib..
"Mama, Abang Arip belum balik lagi ke?" Arissa mencari kelibat abangnya disegenap ruang tamu itu ,namun hampa batang hidung masih belum kelihatan.
"Belum lagi, kejap lagi sampai laa tuh" kata Datin umairah seiring
dengan tak sengaja terdengar bunyi pintu rumahnya dibuka.. tak lain tak bukan anak bujangnya, Si Ariq yang baru sahaja pulang dari kerja.."Assalammulaikum mama papa, dan anak pungut" ucap abang sambil menyalami kedua orang tuanya..
Arissa Medina memandang abangnya dengan gaya ingin memukul.. kalau dia anak pungut,mungkin abang anak bangla laa kut..tetapi dibiarkan saja kerana memang Dia terlalu letih, kalau tak dah lama dia ketuk kepala Abangnya sampai mana-mana hospital tak diterima..
"Lambat sampai kamu ni,rasa kamu keluar dulu dari papa kan?"soal Dato Ikhmal.
"Aaa Ariq singgah balik office papa, sebab ada tertinggal dompet..pastu masa nak keluar terserempak pula kawan tadi dekat area office kita" jawapannya disambut dengan anggukkan kecil dari kedua orang tuanya.
"Hey anak pungut! Kenapa cari abang? Ke nak cakap Aris dah jumpa jodoh dekat sana," Ariq mustaqqim memandang kedua matanya kepada Arissa Medina
"Ehh abang ni kesitu pula! Mana ada la, orang macam Aris ni sapa mana mahu.."ujarnya
"Heyyy sapa cakap takde? Tu Anak Tengku Raizzuddin sapa nama tah..errrr..Haaa Tengku Haziq Mikhael!.."
"Ishhh.. ahhh !!! takde takde itu semua hubungan hanya bos dan pekerja sahaja" lantang potong Arissa
"Ala apa salahnya dari boss bertukar jadi husband and wifeeaaaahhhhhh aduhh aduh aduh sakit laa lengan abang .. ini tangan ke ketip ketam ni!!" Sambil gosok lengannya angkaran cubitan dari Arissa Medina..
"Cakap lagi bebukan, memang Aris campak abang Ariq dekat luar!" Katanya bebaur amaran.
Dato Ikhmal dan Datin Umairah hanya menggelengkan kepala... budak berdua ni ada saja nak gaduh..
" ishh ok ok ok.. So bila Aris nak masuk office keluarga kita? Sampai bila nak kerja dengn Uncle Raizuddin?ke sebab tak boleh pisah dengan bosss hensem tu" Bertubi soalan abang ibarat tembakan senapang gajah..
"Betul tu Aris... sekurangnya kamu bole gantikan tempat abang kamu... yela papa pon rasa dah tiba masanya nak lepaskan jawatan CEO kepada Abang Ariq... papa pun dah tua, hanya layak main dengan cucu cucu ja" mengharapkan sinaran dari Anak daranya.
Arissa mendengar hanya mampu tersenyum... ya betul apa yang dikatakan oleh papa. Sampai bila dia nak kerja dengan orang, sekarang ni tiba masanya dia kena bakti untuk papa yang banyak korbankan untuk dia dengan abang Ariq.. tetapi dia masih baru lagi dekat syarikat kawan papanya...
" Aris bukan apa papa, Aris kan baru 8 bulan dekat situ... kalau tiba Aris letak notis perletakkan jawatan dekat situ, nanti apa kata Uncle pula"
"Hurmmmm Aris,memandangkan itu keputusannya... papa tak halang tapi papa bagi kamu 1tahun ye, selepas tu kamu kena masuk syarikat kita ye"
Jawapan Dato Ikhmal sedikit sebanyak dibalas dengan anggukkan kecil Arissa Medina.. tidak boleh bantah kerana perlu menghormati papa dan mamanya..
Kesudahannya mereka berborak sampai azan magrib berkumandang yang menandakan telah masuk waktu solat, dan semua ahli keluarganya menapak naik ke bilik untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..
YOU ARE READING
BE MINE LAST CHAPTER -hanamedina_02
RomansaARRISA MEDINA melangkah jauh setelah peristiwa lalu kembali bertalu...namun disaat menutup pintu hatinya.. datang seorang lelaki beku cuba mendekatinya.. "Awak tak penat ke kejar benda yang tak pasti" -ARISSA MEDINA- "Sebab aku tahu kau takkan ada s...