Bab 2

206 13 0
                                    

Samar-samar aku mendegar suara seperti orang tengah bergaduh di dalam bilik Hadya. Tapi dia tengah bergaduh dengan siapa? Dari tadi cuma suaranya yang lantang terdengar hingga ke telingaku tidak ada suara orang lain selain suaranya.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengetuk pintu lalu masuk ke dalamnya. Laju aku mengalihkan pandangan. Aku melihat lantai. Pandangan Hadya membuatku takut untuk memandangnya. Dah macam nak menerkam mangsanya!

"I call you back." dingin ucapan Hadya sebelum telefon pintarnya diletakkan di atas laci kecil bersebelahannya. Dapat aku tangkap suara langkah kakinya mula menghampiriku seperti pertama kali kami bertemu.

Minyak wanginya memenuhi persekitaranku. Aku masih terpacak tidak bergerak walau seinci.

"Sorry for the mess Little Girl." aku memandang ke arahnya. Satu kening aku angkat. Mess?

Mataku meliar melihat sekeliling ruangan. Ada beberapa belon berbentuk love dan beberapa kuntum bunga yang ditaburkan di atas katil bersaiz King itu. Aku telan liur.

"Jangan risau, saya dah suruh Mak Lah and the geng bersihkan semua ni." tergelak aku mendengar gelaran itu. Aku mengelengkan kepala perlahan. Entah dari mana dia mendapat idea memberikan gelaran itu kepada orang gajinya. Hadya hanya senyum nipis.

Beberapa jam berselang. Tidak ada tanda-tanda kedatangan Mak Lah and the geng akan datang ke sini. Jam digital yang terletak di atas almari kecil bersebelahan, aku lihat. Dah jam 11 malam. Aku nak tidur oii!!

Sesekali aku melihat ke arah Hadya yang kusyuk membaca novel cinta. Tak sangka lelaki berhati dingin itu minat juga dengan novel cinta-cintun. Aku hanya melihat ke arahnya, kaca mata yang dia pakai menyerlahkan lagi ketampanannya.

"Tak penat ke tengok muka saya dari tadi?" buku novel di tangannya ditutup. Kaca mata dilepas. Dia diam melihat ke arahku. Begitu juga dengan aku, diam selepas dia melihatku! Aku telan liur. Lantas aku mengalihkan pandangan darinya. Selimut aku tarik menutupi diriku. Wajahku mula bertukar merah kerana malu.

Dapat aku dengar suara tawa dari belakangku sebelum suara tiupan angin tepat di arah telinga kananku.

"Goodnight Little Girl." bisik Hadya. Makin memanas rasa tubuh badanku sebelum aku terlelap kerana kepenatan.

***

Pagi-pagi lagi Datin Noreen... Ups! Maksud aku mummy, mummy heret aku pergi shopping dengannnya. Bukannya tak suka tapi shopping bukan hobiku. Dari buang waktu beli benda yang dah ada baik aku duduk mansion tolong Mak Lah. Dan disebabkan aku ingin menjadi menantu yang terbaik di mata mummy terpaksalah aku mengurung niatku untuk duduk di mansion.

"Sorrylah Dira, kalau mummy menyusahkan kamu. Mummy tahu kamu penat semalam mesti kamu lambat tidurkan?" aku angkat kening, macam mana mummy tahu aku lambat tidur semalam? Yah... Aku lambat tidur pun sebab Mak Lah and the geng tak datang-datang. Aku senyum paksa.

"Eh! Takpe mummy, lagipun kalau Dira kat mansion tu. Bukannya banyak benda yang boleh Dira buat." kataku sembari cekak pinggang.

Mummy gelak kecil. Aku hanya diam mengikut langkah kaki mummy hinggalah kami sampai tepat di depan Lavender Cafe. Mataku tertumpu kepada seorang lelaki yang berada di luar cafe itu. Tangannya lincah mengambar sesuatu di kertas. Hanya sedikit yang dapat aku nampak di kertas itu. Lukisan seorang gadis sedang memegang bunga lily sambil tersenyum riang.

Seakan tahu dia sedang diperhatikan, lantas kepalanya memaling ke arahku. Aku terkaku. Dia senyum kecil sebelum menyambung semula lukisannya itu.

"Dira nak minum apa?" soal mummy memecahkan hayalanku. Aku memandang semula ke arah wanita tua itu.

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now