Bab 25

58 4 0
                                    

Aku mengeliat. Kenapa rasa luas pula sofa ni? Perlahan mata aku buka. Empuk. Kiri kanan aku toleh. Eh! Ni kan bilik Hadya!?

Laju aku bangun dari baring. Macam mana aku boleh ada kat sini pula? Aku telan liur. Bunyi pintu bilik mandi terbuka. Terbeliak biji mataku melihat Hadya yang hanya mengenakan kain tuala di bahagian pinggangnya.

Dia pandang aku. Tatapan dingin dia berikan. Aku tundukkan pandangan. Wajahku terasa sedikit membahang. Dalam masa yang sama hatiku tergores. Sakit.

"Lainkali kalau nak tidur. Tidur je dalam bilik. Takpaya mengada nak tidur kat sofa bagai!" tegas Hadya sembari mencari bajunya. Aku ketap bibir. Keluhan berat keluar dari bibirku. Kain tuala aku capai. Dengan langkah yang berat aku masuk ke dalam bilik mandi.

Badan aku sandarkan di dinding.

"Hadya..." gumamku. Pemutar paip air hujan aku putar. Mengalirkan air di atas permukaan rambutku.

***

Selesai membersihkan diri dan memakai pakaian yang selesa untukku. Aku berjalan keluar dari bilik. Kosong. Hadya dah pergi kerja kata hati kecilku.

"Another day, another story." kataku seorang diri. Bukannya ada sesiapapun dekat dalam penthouse ni.  Jadi aku bebas nak bersuara, di mana pun ruang yang aku pergi!

Tak!

Bunyi cawan kaca dihempaskan di atas meja. Hampir tercopot jantungku dari tempat. Laju-laju aku menenagkan diri. Lah... Ingatkan dia dah pergi kerja!

Tajam mata Hadya memandang ke arahku. Dahinya berkerut. Dia diam seribu bahasa. Aku senyum kecil. Sesiapa tolong bantu aku! Aku tak pandai nak pujuk anak orang!

Aku menuju ke arahnya. Bukan apa. Aku nak buat air teh. Pagi-pagi minum teh memang mantap rasanya!

Baru sahaja tanganku ingin mencapai teko di dalam almari. Hadya memegang kuat tanganku itu.

"Abang dah buat air teh." dingin tutur bicaranya. Dia langsung tidak melihat ke arahku. Aku telan liur. Rasa bersalah pula, aku tak pujuk hatinya. Aku tahu betapa sakitnya bila melihat seorang isteri tidur dengan orang lain. Dan orang itu sendiri adik kandungnya. Aku ketap bibir.

Aku cuba beranikan diri untuk mengungkapkan isi hatiku. Aku ingin dia berhenti bersangka buruk denganku. Aku nak hubungan kami seperti dulu!

"Abang... Saya." belum habis aku mengungkapkan isi hatiku. Bel pintu di tekan oleh seseorang. Tanpa berfikir panjang. Hadya terus menuju ke arah pintu. Perlahan dia membuka pintu.

Baru sahaja pintu masuk penthousenya di buka. Seorang perempuan tanpa nama tiba-tiba memeluknya. Aku diam terkaku. Wajahku sudah mula berubah pucat.

Dejavu.

Tapi dia bukan Lyla. Dia siapa?

"Babe, finally we meet again!" 'babe'? Dia siapa suka hati je nak panggil laki aku 'babe'!

Aku pandang Hadya dengan dia selang-seli. Inikah namanya sakit tapi tidak berdarah? Ini lebih sakit dari sebelum ini. Aku ketap bibir. Mood ku tiba-tiba hilang serta-merta. Nak sangat aku minum teh kan? Hah! Minum sendiri!

Langkah kaki aku buka meninggalkan mereka berdua di situ. Pintu bilik aku buka. Perlahan aku menutup pintu bilik selepas aku masuk ke dalam. Badan aku rebahkan di atas tilam. Air mata perlahan mengalir membasahi pipiku.

Ting!

Mesej yang masuk aku hiraukan. Wajah aku tutup menggunakan bantal. Ini mungkin balasan untuk aku sebab dah lukakan hati Hadya.

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now