Bab 38

53 2 1
                                    

Pintuku ketuk sebelum melangkah masuk kedalam. Hadya berdiri tegak di samping daddynya itu.

Kiri kananku toleh. Ada yang aneh dengan tempat ni. Entah cuma perasaanku atau tidak. Tapi tempat ni seperti penjara bagiku. Tidak ada sinaran matahari. Gelap seperti malam tanpa bulan.

Suiz di samping aku tekan. Menerangkan suasana di sekitar.

Melihat daddy yang tidak sedarkan diri membuat hatiku pilu. Aku dah anggap daddy macam ayah kandungku. Dia selalu ambil berat tentangku walaupun sedikit dingin caranya.

"Mana mummy?" soalku. Tak mungkin mummy tinggalkan daddy sedangkan daddy belum ceraikan dia lagi.

Keluhan halus keluar dari bibirnya. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Dia menghilang lepas daddy jadi macam ni." jawab Hadya tanpa perasaan. Lama dia memandang wajah lelaki tua itu. Entah apa sahaja yang dia tengah fikirkan.

"Mak Lah mana?" sudah berapa lama aku tidak menyebut nama itu. Mak Lah perempuan pertama yang menerimaku di dalam keluarga ini. Mustahil dia menghilang macam tu aje. Aku sudah tidak mendengar kabarnya beberapa minggu selepas berkahwin dengan Hadya. Dia hilang ke mana pun aku tak tahu.

Ingatkan dia balik kampung. Tapi melihat ekspresi Hadya yang semakin dingin. Membuatku tahu bahawa ada rahsia yang dia sembunyikan dariku.

Hadya kerutkan dahinya perlahan. Mungkin tidak selesa dengan soalannya itu. Bahunya dia angkat.

"Entah." dia mula berjalan ke arahku. Aku diam terkaku. Daguku dipegangnya. Aku mendonggakan kepala memandang wajahnya.

"Could you stop asking me quetions?" satu keningnya dia angkat. Aku senyum paksa. Mak aih! Bapak singa dah mengamuk!

"Or you want me to kiss your lips, so you will stop asking me little girl." laju sahaja kepalaku gelengkan. Dia melepaskan jarinya dari daguku. Aku tundukkan pandangan.

Keluhan halus keluar dari bibirnya.

Perlahan tangannya menarik lenganku membawaku keluar dari bilik.

"Apa abang buat ni? Lepas!" pintaku. Melihat sekeliling ruangan aku terus terdiam.

Kini kami berada di ruangan tengah mansion. Tempat di mana sebuah lukisan diletakkan. Kenapa Hadya bawa aku ke sini?

"You want to know about Achilles family right?" soalnya sambil menarik tali dari samping kain merah. Ternaik sahaja kain itu ke atas. Terbeliak biji mataku melihat lukisan itu.

Dari hujung hingga ke hujung kanvas dipenuhi dengan wajah-wajah yang asing. Sekilas aku melihat, ada juga wajah yang tidak asing di mataku.

Kepalaku dongakkan menyentuh wajah itu. Walaupun tinggi tapi aku masih dapat melihat dengan jelas.

"Abang..." gumamku. Ya, wajah Hadya yang aku lihat. Wajahnya seperti berumur sepuluh tahun. Aku senyum kecil. Tak sangka dapat melihat Hadya waktu masih kecil. Comel.

"That's mum" tunjukkan kepada wanita muda yang memangkunya. Wanita itu senyum halus. Wajahnya nampak gembira di dalam lukisan.

Melilau mataku mencari susuk Tengku Qamarulislam.

"Di belakang mak." seakan tahu sahaja aku tengah cari Tengku Qamarulislam. Aku pandang muka lelaki itu. Muda sama macam mak Hadya. Diorang kahwin muda ke?

"Abang pernah ceritakan, macam mana daddy dan mak abang bertemu? Waktu tu juga mak terus ingin kahwin dengan daddy." aku tergamam. Bukan Tengku Qamarulislam yang melamar, tapi mak Hadya yang melamar dulu!

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now