Bab 3

181 9 0
                                    

"Lelaki tu ke abang awak?" aku diam tidak mengangguk tidak juga mengelengkan kepala. Buat apa nak fikir lagi pasal lelaki tu? Dia bukannya ada kena mengena dengan aku lagi!

Nampak sangat Hadya tengah tunggu jawapanku. Tapi yang peliknya dia macam gelisah, seperti ada hal yang berlaku kalau aku tak jawap soalannya itu. Kakinya bergoyang tak berhenti. Peluh dingin turun dari dahinya. Geram macam nak tolong hulurkan sapu tangan je ataupun tolong lapkan dahinya maklumlah dah halal dah pun. Hisy... Adira fokus!!

Laju aku mengelengkan kepala menghilangkan lamunanku. Hadya dengan muka seriusnya tetap menatap mataku. Hampir tersedak aku dibuatnya.

"Berhenti melihat saya Tengku Hadya Luzman." perlahan air minuman dihadapan aku sedut. Manis betol! Tidak tahan dengan kemanisan air itu, aku tolak tepi.

"Tell me Little girl, dia tu abang awak ke?" makin lama makin rimas dibuatnya. Takde soalan lain nak di soal ka? Penting sangat ke si Zahir dalam hidup aku?

"Not anymore." noktah sampai situ aku taknak dengar apa-apa pasal lelaki durjana itu! Please, biarkan aku hidup tenang tanpa dia! Air yang aku tolak tepi aku capai semula. Maklumlah kalau stress aku kena minum sesuatu biar reda sikit kestressan aku tu. Araso?

Diam. Sunyi. Hampa. Apa lagi yang perlu aku tambah? Semua dalam satu. Aku diam Hadya diam. Sama-sama diam. Dah hilang tajuk cerita lah tu. Aku sengih. Perlahan aku melirik ke arahnya. Aku terkaku. Selamat air ditanganku sudah habis aku minum, kalau tak memang tersembur tepat di muka Hadya!

Aku telan liur entah sudah ke berapa kali aku menelan liur selepas melihat ekspresinya itu. Nak kering tekak ku dibuatnya. Senyuman lega? Tak mungkin senyuman sengih? Mungkin tapi senyuman kali ni lebih kepada sesuatu yang boleh membuatku merinding. Biarpun dia sudah menutup mulutnnya semasa menguntum senyuman itu tapi tetap dapat aku lihat lakaran senyuman itu mengunakan kepakaran imajinasi ku.

Lantas aku mengalihkan pandangan selepas dia melirik ke arahku. Dingin itu yang dapat aku rasakan sekarang ni. Mama aku takut...

***

Perlahan-lahan aku menghendap keluar jendela. Harap hari ni Hadya balik lambat. Aku dah ada plan dengan mummy nak minum petang sama-sama. Kalau Hadya datang habis hancur plan aku dan mummy. Dahlah dia tu selalu angkut aku masuk kereta Bugatti Divonya tu! Lepas tu jalan entah kemana!

"Smell good, can I join?" hampir terlempar cangkir kaca di tanganku. Pantas aku berpaling ke arahnya. Perangai Hadya dengan adiknya memang tak dapat dinafikan, suka sangat buat aku terkejut! Selamat aku ni tiada riwayat penyakit jantung, Kalau tak memang dah arwah dah aku kat sini!

"Megat Irsyad!" okey kali ni aku buat-buat terkejut, harap dia tak perasanlah. Walaupun hati sebenarnya nak melayangkan penampar dekat pipinya tu.

Megat Irsyad senyum kecil sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan mummy. Memang anak manja, aku rasa kalau Hadya ada kat sini mesti dia lagi manja dari Megat Irsyad.

"Where is Hadya, mummy?" aku perhatikan je Megat Irsyad ni. Boleh tak satu hari je jangan pernah tanya mana Hadya? Aku hempuk kang dengan cawan kaca ni! Sabar Adira... Sabar.

Hanya dalam sesaat selepas Megat Irsyad menanyakan keberadaan Hadya. Tiba-tiba saja bunyi kereta yang tidak asing terdengar di luar mansion. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembusnya keluar dari mulutku. Bunyi enjin kereta di matikan lalu pintu depan mansion dibuka seluas-luasnya. Mungkin lebih luas dari mulut buaya yang sedang menguap.

"Little girl! I'm back!"

"Assalamualikum, Tengku Hadya Luzman Bin Tengku Qamarulislam." ucapku panjang lebar, biar dia tahu adab masuk rumah tu macam mana!

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now