Bab 1

397 11 0
                                    

Dinding kosong aku pandang lama. Entah berapa lama sudah aku berada di dalam bilik ini. Rasa hampa selepas dikhianati oleh keluarga sendiri. Abang yang aku anggap sebagai keluarga terakhir sanggup menjual aku kepada Ah Long untuk membayar hutang yang sudah sebulan lebih tertunggak hanya kerana kalah main judi!

Pintu bilik di buka secara perlahan. Mataku tertumpu tepat melihat figura yang masuk ke dalam bilik itu. Sosok yang asing di mataku, dia bukan Ah Long yang mengheret ku sampai ke sini! Dia siapa?

"Adira Nuwaira." ucapnya sembari melihat ke arah ku.

Aku hanya diam tidak mengangguk tidak juga menggelengkan kepala. Tidak sanggup aku melihat ke arahnya, aku menundukkan pandangan.

"Look at me while I'm talking to you, Little Girl." makin terdengar jelas bunyi kasut botnya menghampiri ku.

Pantas saja daguku di pegang lembut. Kepala ku didonggakan ke atas. Dapat aku lihat pantulan diriku di matanya.

"You have a beautiful eyes." gumamku tanpa aku sedari ucapan aku terdengar hingga ke telinganya. Dia senyum nipis.

Belum sempat dia membalas kataku. Seorang lelaki berbaju kot hitam datang menghampirinya. Lelaki itu membisikkan sesuatu kepadanya. Hanya anggukkan yang aku lihat.

Pantas lengan kanan ku di tariknya membawa aku keluar dari bilik itu. Sempat aku meronta-ronta minta di lepaskan sebelum kedua pingganku di pegangnya lalu diangkat diletakkan di bahu sebelah kanannya. Macam mengangkat balak dah aku tengok!

"Let me go you Jerk!" aku memukul-mukul belakang badannya. Bukan dia yang rasa sakit tapi aku yang merasa kesakit, ni batu ke badan!?

Tiba-tiba saja badanku di humban masuk ke dalam kereta Bugatti Divo sebelum kereta itu memecut keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

***

Beberapa jam sudah berlalu, tidak ada tanda-tanda dia ingin memberhentikan kereta itu. Aku menggerutkan dahi.

"Bila nak berhenti ni?" bebelku, lantaklah dia tak faham bahasa melayu ku. Aku dah penat! Nak muntah!

Terdengar suara tawa kecil dari sampingku. Pantas aku menoleh ke arahnya. Takkan dia faham apa yang aku cakapkan? Tapi kalau dilihat lagi sepertinya dia sudah biasa dengan selok-belok jalan di sini. Malahan jalan tikus pun dia tahu! Dia ni siapa sebenarnya?

"Don't worry Little Girl, tak lama lagi kita sampai." mata kirinya di kenyitkan ke arahku. Aku terdiam. Pupil mataku membesar. Patutkah aku berteriak sebab dia sebenarnya pandai berbahasa Melayu? Tapi tak logik rasanya kalau aku berteriak, banyak juga mat salleh yang fasih berbahasa melayu dan tinggal di sini malah ada yang sampai menukar kewarganegaraan dan menetap di sini!

Aku hanya mendiamkan diri walaupun banyak soalan yang ingin aku tanya kepadanya. Kepala aku palingkan melihat ke arah tingkap kereta. Dari jarak ini sudah dapat aku lihat ada sebuah mansion yang terletak tidak jauh dari sini.

Makin lama makin dekat kami dengan mansion itu. Pintu masuk mansion terbuka dengan sendirinya, masuk saja kereta itu ke dalam mansion aku dapat melihat kebesaran mansion itu.

Selesai memarkingkan kereta Bugatti Divo lelaki itu mengheret aku masuk ke dalam mansion entah milik siapa tapi dapat aku rasakan bahawa mansion itu miliknya selepas aku melihat ada beberapa pekerja di mansion itu selalu menundukkan sedikit badannya setiap kali kami melimpasi mereka.

Aku telan liur. Badanku terkaku tidak ingin bergerak walau seinci. Terbeliak biji mataku melihat tapi dengan pantas aku mengawal ekspresi wajahku.

Dapat aku rasakan lelaki itu sedang memeluk pinggangku dengan eratnya.

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now