Bab 11

72 5 0
                                    

"Kenapa?" soalku tiba-tiba. Aku penat setiap kali aku mengajukan soalan kepada Hadya, mesti dia mengelak. Kalini aku takkan biarkan. Aku ingin mendapat jawapan terus darinya!

Hadya mengundurkan selangkah kebelakang menjauh dariku.

"I told you Adira. He's gone, gone forever. Apa gunanya awak fikir pasal dia? Dia juga sudah tidak ada di sini." aku diam mendengar penerangan dari Hadya. Walaupun dia berkata begitu aku tetap merasa bahawa jawapan itu belum cukup untuk memenuhi keinginanku untuk mengetahui tentang 'Leon'.

Apa maksud surat itu mengenai milik 'Leon'? Sedangkan aku milik Tengku Hadya Luzman. Hadya juga taknak bagitahu lebih detail tentang dia.

Keluhan berat keluar dari bibir Hadya. Dia tahu aku tidak akan mengalah selagi tidak mendapat apa yang aku inginkan. Lama dia menatap mata coklat milikku.

"He's dangerous for you little girl. Please stop asking about him." kedua bahuku dipegangnya. Mata sayu berharap aku mengikut kehendaknya untuk melupakan lelaki bernama 'Leon'. Aku pasrah. Perlahan aku menganggukkan kepala.  Mesti ada sebab lain kenapa dia minta aku melupakan lelaki itu bisik hati kecilku.

"Good girl." kepalaku diusap perlahan olehnya. Habis serabut rambutku dibuatnya!

Aku senyum kecil.

Tangan kanan Hadya yang mengusap rambutku aku pegang.

"Alang-alang saya dah ada kat sini. Jom teman saya makan." ajakku. Lagipun perutku masih kosong, belum sempat sarapan dengan Mak Lah sebab nak sampai cepat kesini.

Hanya senyuman dia berikan sebelum kembali ke tempat duduknya. Aku angkat kening. Dia taknak kot tu yang duduk kata hati kecilku.

Belum sempat aku beranjak dari bilik itu. Hadya mula bersuara.

"Five minutes. Lepastu baru kita lunch sama-sama." ucapnya. Aku senyum lebar. Niat ingin pergi dari bilik itu hilang serta-merta. Aku melabuhkan punggung di atas sofa hitam. Sembari menunggu dia habiskan kerja aku membuka skrin telefonku.

Perlahan dahiku berkerut. Satu gambar semasa aku masuk ke syarikat ini terlihat jelas di skrin telefon.

"Nombor tidak dikenali?" gumamku seorang diri.

Ting!

Seperti tahu aku tengah online dia menghantar mesej kepadaku.

"You look beautiful today Sweetheart." nampak sahaja perkataan 'sweetheart' makin meremang bulu romaku. Dari mana dia dapat nomborku!?

"Awak mesti tanya dari mana saya dapat nombor awak kan?" aku telan liur. Ah, sudah... Kalini dia boleh baca isi hatiku!?

Hadya gelak kecil. Laju aku memandang ke arahnya. Dia ni dah kenapa? Sakit jiwa ke?

Mata kami bertentangan. Hadya kenyitkan sebelah mata sebelum menyambung kerjanya.

Ting!

"DON'T LOOK AT HIM SWEETHEART!" makin berkerut dahiku. Dia marah? Jap, macam mana dia tahu aku tengah tengok Hadya?

Belum sempat aku menaip sesuatu tiba-tiba...

Brak!

"Done!" jerit Hadya, hampir terjatuh telefonku di atas lantai. Mak ai... Hampir tercabut jantungku. Lantas telefon aku simpan kembali di dalam beg tanganku.

Hadya berdiri lalu menuju ke arahku. Tangan kananku ditariknya membawaku keluar dari bilik pejabat. Semua mata memandang ke arah kami. Aku tahan malu. Hadya selamba berjalan ke arah Rafiq yang sempat di minta untuk tunggu di luar.

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now