Bab 30

47 3 0
                                    

Langit dunia aku pandang lama. Pelik. Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa pelik. Kes Megat Irsyad dah lama tutup tanpa melibatkan pihak polis. Aku tahu dia masih hidup. Dia sedang berada di suatu tempat yang jauh dariku. Macam mana aku tahu? Well aku tanya Hadya. Walaupun aku sedikit ragu mendengar ucapannya.

Skrin telefon aku pandang melihat nombor yang aku block. Ni semua nombor Irsyad. Aku geser hingga menjumpai nombor yang pertama kali dia guna untuk chat aku.

Tapi ada satu nombor yang aku lupa block. Nombor di mana aku tahu bahawa Irsyad ialah Teivel, dan Teivel ialah Irsyad.

Ting!

Aku diam terkaku. Perlahan liur aku telan. Tak mungkin!

'he has been eliminated... so it means just you and me now.'

'Don't be afraid darling... I'm always watching you. And don't think this all already over... A new season will come to see you.'

Badanku mula tidak seimbang. Pagar balkoni aku jadikan sandaran. Perlahan aku terduduk bersimpuh. Nafas yang mula tidak teratur segera aku betulkan. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembusnya keluar.

Tak mungkin mereka bukan orang yang sama... Teivel... Siapa dia sebenarnya!?

'I'm sure you have a lot of questions to ask right?'

Aku angkat kening. Macam mana dia tahu?

Ding

Dong

'Open the door darling...' terbuntung biji mataku melihat mesej itu. Tanganku mula bergetar perlahan. Dia ada dekat luar!

Apa yang patut aku lakukan sekarang? Hadya pernah kata jangan buka pintu jika dia tidak berada dekat penthouse! Tapi orang yang berada di luar penthouse bukan sebarangan orang... Mungkin bila-bila masa sahaja dia boleh pecah masuk penthouse ni!

Zap!

Kan aku dah kata! Suasana tiba-tiba menjadi gelap. Dengan dibekalkan lampu telefon aku melangkah ke ruang tamu. Sekeliling aku melihat. Takut-takut je dia tiba-tiba berada dihadapanku.

Kosong. Gelap. Makin seram aku rasakan suasana di penthouse ni. Dah lah malam. Kalau siang tadi aku tak berapa takutlah.

Pandanganku teralih melihat satu pintu yang terbuka sedikit. Aku kerut dahi. Sejak bila pintu tu terbuka?

Perlahan aku menghampiri pintu itu. Tidak berkunci...

Dalam sekelip mata, laju sahaja satu tangan keluar dari bilik itu lalu menutup rapat mulutku. Cahaya telefon menerangkan suasana itu. Dia senyum sinis sembari melihatku.

Terbeliak biji mataku melihat susuk itu. Hadya? Tak... Dia Teivel!

"Just open the door darling... I'm not going to hurt you." dia melepaskan perlahan mulutku. Matanya jatuh melirik perutku.

Keluhan halus keluar dari bibirnya. Dia melepaskan telapak tangannya dari mulutku.

Satu persoalan masuk dalam benak fikiranku. Macam mana dia boleh masuk!?

"The baby... I hope he will have the same face as me" tergamam aku mendengar ucapannya itu. Tangannya mula bergerak mengusap perutku. Laju sahaja aku menepis tangan gatalnya itu.

"You..." Teivel angkat kening.

"Yes darling?"

Aku ketap bibir. Tidak dapat menahan amarahku. Satu tamparan keras melayang mengenai pipinya. Wajahnya berpaling dariku, efek dari terkena tamparan.

ʟᴇ ᴍᴀʀɪ ᴏʙꜱᴇꜱꜱɪᴏɴɴᴇʟ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now