Nuha melangkah masuk ke dalam bilik dengan tuala yang tersanggul kemas di atas kepala. Dikerling tubuh Johanna yang berbaring mengadap dinding.
Perlahan dia mencuit bahu Elly yang sedang membuat latih tubi Matematik,
"Elle..."
"Hmm...?"
"Jo dah solat belum?"
Elly kerut dahi. Lepas balik dari prep tadi, Johanna dilihat saja berbaring di atas katilnya. Dia keluar ambil wuduk tadi pun, tubuh Johanna kekal seperti itu. Waktu balik juga masih sama.
"Aku balik tadi, keluar pergi ambil wuduk, masuk bilik solat semua, dia still macam tu."
Nuha kerut dahi. Tuala di atas kepala dibuka sebelum disidai di ampaian. Dia kemudiannya duduk di birai katil Johanna. Bahu Johanna disentuh, "Jo...?"
Senyap, tak bereaksi.
"Johanna..."
Masih senyap.
Nuha rasa berdebar tiba-tiba. Tubuh Johanna ditarik mengadapnya. Allahuakbar! "Elly, panggil Cikgu Mashitah! Cepat!"
Elly yang terkejut dengan jeritan Nuha pantas memandang ke arah Johanna! "Ya Allah!"
"Cepat, Elle! Nadi dia makin lemah..." ujar Nuha cemas. Dia pantas mencari peti pertolongan cemas yang diletak di bawah katil Johanna lalu ditarik keluar.
Elly pantas berlari keluar dari biliknya dan dia hampir melanggar Nida yang baru balik dari bilik air.
"Elly? Kenapa ni?"
Air mata Elly menitis laju, "Jo... Jo... kelar... tangan..."
Membulat mata Nida sebelum dia berlari masuk ke bilik. Elly pula terus berlari ke bilik warden yang berada di tingkat bawah sekali.
Nida yang masuk ke dalam bilik jatuh terduduk melihat tilam Johanna yang berdarah. Allahuakbar!
YOU ARE READING
F. L. Y. (TERBIT)
RomanceTRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION. Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya. Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama...