Johanna berjalan tanpa arah selepas meninggalkan Cap sendirian tadi. Dia tak tahu apa yang ada dalam fikiran Luke sebenarnya. Bukan dia tak tahu Johanna anti dengan Mili.
“Johanna!”
Johanna kalih ke belakang. Hadi berjalan dekat dengannya dengan wajah bersahaja, “Mana kawan kau?”
“Kau sibuk kenapa?” Balas Johanna geram.
“Saja. Tengok kau macam lonely je.”
“Kalau aku lonely pun, aku tak kacau kau. Kau pergi jalan Rena sana. Shuh!” Halau Johanna sebelum berjalan meninggalkan Hadi.
Tanpa bersuara Hadi mengikut langkah Johanna yang seperti hilang arah itu.
“Wei, kau dah kenapa asyik ikut aku ni? Apa masalah kau? Kita bukan dalam kawasan sekolah,” ujar Johanna malas-malas bila sedar Hadi masih mengikutnya dari belakang.
“Saja. Kau nampak lonely, so aku teman kau jalan.”
Johanna buat muka, “Lantak kaulah, labu...”
“Johanna!” Panggil Hadi.
“Apanya?” Dengan muka malas nak melayan, Johanna bertanya.
“Aku cuma nak tegur, kau bertepuk tampar dengan kawan kau tu tak elok. Kau perempuan, dia lelaki... tak elok,” tegur Hadi dengan suara lembut. Tiada niat mahu memprovokasi Johanna.
“Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba nak jadi imam muda pula dekat sini,” balas Johanna dengan suara jelas malas mahu melayan.
“Kau tahu kan berdosa?” Hadi bersuara, lembut tapi tegas.
Johanna buat muka menyampah. Dia benar-benar jengkel dengan Hadi sekarang ini. Dahlah hatinya masih panas dengan Luke tadi, “Tak payah nak jadi ustazlah kat sini! Mak ayah aku pun tak peduli. Kau kisah pasal aku, kenapa? Mind your own business!”
Hadi menggelengkan kepalanya, “Niat aku cuma nak menegur, Johanna. Maaf kalau kau terasa hati.”
“Peduli apa aku dengan niat kau. You are judging me sebenarnya, kan?” Johanna ukir senyum sinis.
Hadi diam namun matanya merenung terus ke dalam mata Johanna. Johanna pula mengangkat kening, seolah-olah mencabar Hadi.
"Wow, tengok siapa kita jumpa hari ni!”
.
.
.
.
.
Johanna dan Hadi yang tadi saling merenung berpaling ke suara yang menegur. Wajah Johanna berubah terus. Hadi yang sedar dengan perubahan wajah Johanna hanya buat selamba.“Jo, tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Macam mana sekolah baru? Ada ke orang nak berkawan dengan kau dekat sana?” Mili ketawa sikit namun sinis.
“Itulah. Tak sangka pula jumpa plastik sampah bergerak tengah mall ni,” Johanna tersenyum manis, “Sangat okey sebab kau tak ada. Bersih dari sampah.”
Wajah Mili berubah bengis, “Oh really?! Tapi still kesian dekat kau kena tukar sekolah lain sebab daddy kau paksa, kan?”
Johanna mengepal penumbuk namun dia tetap mengukir senyum manis, “Tak apa. Yang penting kau tak ada.”
“Kau jangan sombong sangat, Jo. Bila-bila masa aku boleh buli adik kau lagi!” Ugut Mili, geram kerana Johanna tidak terkesan dengannya.
“Kalau kau berani sentuh adik aku sekali lagi, aku akan pastikan kau makan nanti pakai straw je. Tak mampu nak mengunyah sampai tua,” serius Johanna bersuara.
Hadi hampir ketawa mendengar kata-kata Johanna namun sempat dia berdeham, tak nak menambah bara pada gadis yang dari tadi mengugut Johanna. She is good at making people speechless!
YOU ARE READING
F. L. Y. (TERBIT)
RomanceTRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION. Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya. Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama...