Johanna membuka hoodie yang menutup wajahnya apabila dia terasa bas berhenti. Dia kerutkan dahi melihat kawasan hutan di sekelilingnya. Bunyi cengkerik, deru air sungai buat dia terasa ingin kembali lena namun suara riuh rendah rakan-rakannya buat dia sedar yang mereka sudah tiba di destinasi.
Dikerling Hadi yang masih belum sedarkan diri di sebelahnya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum jahat. Kalau pekena orang ni, best juga kan?
“Kau kenapa senyum macam tu?”
Cis, dia dah jaga! Senyumannya dimatikan lalu dia kembali membuang pandang ke luar tingkap bas.
“Dah sampai ke?” Tanya Hadi dengan suara sedikit serak. Baru bangun tidur, kan?
“Kau...” Mati kata-kata Johanna bila tengok Hadi sedang menyebak rambutnya ke belakang sebelum tangannya naik mengurut leher yang terasa lenguh.
“Kau kenapa, Johanna?” Tanya Hadi, pelik dengan reaksi Johanna.
Johanna kembali memandang ke luar tingkap. Kau kenapa, bongok?!
“Eh, hujan?” Tanya Hadi, sambil memandang ke arah luar tingkap.
“Tingkap ni aku punya. Nak tengok hujan, pergi turun bawah! Jangan kacau tingkap aku,” ujar Johanna tanpa nada. Alasan dia kedengaran bodoh tapi dia perlu selamatkan jantungnya kala ini! Selagi Hadi bersuara dan duduk di sebelahnya, jantungnya tak selamat!
Hadi mengerutkan dahinya lalu dia ketawa kecil, “Iya, Johanna. Aku nak turunlah ni. Kau jangan lupa ambik sekali tingkap bas ni, bawa masuk khemah.”
“Blah! Blah! Shuh! Shuh!” Halau Johanna, laju. Turunlah! Janganlah duduk sebelah ni. Blahlah!
Hadi ketawa sekali lagi sebelum dia bangun dan keluar dari bas. Johanna melepas nafas lega. Selamat jantung, hati dan limpa aku!Tiba-tiba Johanna rasa kerusi di sebelahnya diduduki orang. Perlahan-lahan dia kalih. Nuha tersengih memandangnya, “Jo!”
Johanna ukir sengih nak tak nak, “Nuha!”
“Hang pasaipa? Muka hang pucat,” komen Nuha seraya memegang dahi Johanna, konon memeriksa suhu. Mana tahu, Johanna demam ke tiba-tiba.
“Aku okey! Aku okey!” Ujar Johanna lalu menepis tangan Nuha, “Pening dok dalam bas aje.”
“Oo…” Nuha mengangguk, “Eh, jomlah! Kita kena berkumpul dekat dewan sana.”
Johanna mengangguk lalu dia berdiri. Nuha sudah bergerak turun ke bawah. Johanna pula memegang dadanya. Nafas dihela panjang. Cepatlah mereda semula...
“Kamu kalau nak ke mana-mana dalam kawasan hutan ni, pastikan berteman! Buat masa sekarang, pihak kem tidak galakkan kamu pergi kawasan sungai. Tadi hujan lebat, arus air deras dari biasa dan dikhuatiri boleh terjadinya kepala air. Jadi saya minta kerjasama para pelajar, jangan pergi kawasan sungai. Is that clear?” Suara Cikgu Lah disahut oleh semua pelajar dengan suara yang tak berapa nak bersemangat.
Usai sesi tazkirah Cikgu Lah tadi, pelajar-pelajar mula bertaburan ke sana-sini. Ada yang berlari masuk ke tandas. Ada jugak yang mula memasang khemah di tapak yang telah disediakan.
“Jo, jom pasang khemah!” Ajak Nuha, bersemangat. Rasa semangat bila tengok orang lain sama semangat dengannya mahu memasang khemah.
Johanna buat muka, “Malaslah.”
“Dah, nanti malam nak lena kat mana?” Nuha buat muka sedih.
“Chalet tu berlambak tapi kenapa dia orang nak suruh kita berkhemah bagai?” Rungut Johanna, tak puas hati.
YOU ARE READING
F. L. Y. (TERBIT)
RomanceTRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION. Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya. Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama...