BAB 5

373 30 10
                                    

Johanna hela nafas. Suara Puan Faridah di depannya buat Johanna rasa nak pura-pura pengsan. Dah dekat setengah jam Puan Faridah membebel dan sudah setengah jam jugaklah dia terlepas kelas Bahasa Melayu Cikgu Sopiah.

"Johanna, awak dengar tak apa saya cakap ni?"

Johanna tersentak lalu dia terus mengangguk.

"Kiranya awak setujulah yang saya akan lantik seorang mentor untuk awak. Dia akan bantu awak dalam subjek yang awak lemah."

Johanna pandang Puan Faridah dengan muka kelam tak faham. Bila masa aku setujunya?

"Hari tu saya ada berbincang dengan cikgu kelas awak, dia kata subjek Matematik, Matematik Tambahan dengan Biologi awak okey. Subjek bahasa dengan Sejarah awak pun okey. Masalah awak sekarang pada subjek Fizik, Kimia dan subjek Pendidikan Islam, kan?"

Johanna rasa mukanya berbahang. Bila Puan Faridah sebut pasal subjek Pendidikan Islam, entah kenapa dia rasa malu. Kalau ikutkan dalam kad pengenalannya, agama yang tertulis adalah Agama Islam tapi subjek Pendidikan Islam dia failed. PMR dulu, dia boleh jawab pun sebab dia dapat soalan bocor dan subjek B dalam keputusan PMR dia adalah Pendidikan Islam.

"Johanna?" Puan Faridah merenung Johanna yang nampak dah melayang fikirannya.

Johanna ukir senyum tak ikhlas, "Saya boleh belajar sendiri, Puan."

Puan Faridah hela nafas lalu dia tersenyum kecil, "Johanna, saya bukan nak perlekehkan usaha kamu tapi based on my observation, awak bukan jenis orang yang suka belajar, Johanna. Lagipun, tak salah kita minta tolong bila kita perlukan pertolongan."

Johanna hela nafas panjang.

Puan Faridah senyum lagi, "Awak setuju tak?"

Johanna kerut dahi lalu dia mengangguk separuh rela, "Dengan syarat, puan jangan pilih Rena jadi mentor saya."

"Kenapa dengan Rena? Dia antara pelajar pintar sekolah kita," Puan Faridah pula yang berkerut dahi.

"Saya tak nak Rena jadi mentor saya. Itu saja permintaan saya," tegas Johanna buat permintaan walaupun dia tahu dia tak menjawab persoalan Puan Faridah.

Puan Faridah akhirnya akur dengan permintaan Johanna, "Baik, saya akan pilih pelajar lain untuk jadi mentor awak."

Johanna angguk kepala. Senyum nipis diberikan pada cikgu kelasnya itu, "Kalau macam tu, boleh saya pergi sekarang?"

Puan Faridah mengangguk. Sebaik saja Johanna berlalu, Puan Faridah mengeluh. Keras kepala, keras hati...



Keesokkan harinya,

Johanna mengeluh. Lain dia nak, lain dia dapat! Memanglah dia tak nak Rena tapi itu tak bermaksud dia nak si Head Boy kerek ni jadi mentor dia!

"Untuk subjek Fizik dan Kimia, Hadi yang akan jadi mentor awak. Untuk subjek yang satu lagi, saya dah minta Nuha untuk jadi mentor awak. Nuha rakan sebilik awak kan?"

Johanna angguk kepala lalu dia mengerling Hadi yang berdiri tegak di sebelahnya, "Jadinya..."

"Jadinya, saya tanya pada Hadi dan dia bersetuju untuk menjadi mentor awak."

Johanna kalih memandang Hadi manakala Hadi masih statik berdiri dengan wajah serius.

"Awak okey ke Hadi jadi mentor awak?"

"Kalau saya tak okey...?" Sengaja Johanna cuba mengelak dari menjadi mentee Hadi. Kejadian hari tu masih lagi buat hatinya bengkek!

"Kalau macam tu, saya yang akan jadi mentor awak."

Johanna tersentak lalu dia menggeleng, "Eh, saya setuju Hadi jadi mentor saya!"

Hadi pandang Johanna sekilas lalu dia tahan bibir dari menguntum senyum. Takutlah tu kalau Puan Faridah yang jadi mentor dia!

Johanna jeling Hadi. Apa pandang-pandang? Cucuk bijik mata baru tau!

"Kiranya jadilah, ya? Hadi nanti awak sediakan laporan kemajuan Johanna setiap minggu, ya?"

Hadi pandang Puan Faridah lalu dia mengangguk. Oh, hari-harinya selepas ini akan lebih 'ceria' selepas ini!



Johanna pandang Hadi. Hadi pandang Johanna. Sesi pertama mentor-mentee mereka berdua. Hadi angkat kening, Johanna buat muka menyampah.

"Sampai bila kau nak renung muka aku?" Tanya Hadi tanpa mengalihkan matanya dari wajah Johanna.

"Sampai kau blah dari sini," Johanna ukir senyum manis yang nyata dibuat-buat.

Hadi balas senyuman Johanna dengan wajah ceria, "Not gonna happen!"

Johanna terus matikan senyumannya, "Head Boy, kau skema!"

"Buat latihan Fizik tu, muka surat 50. Kalau tak faham, terus tanya aku," tanpa memandang Johanna, Hadi membuka buku rujukan subjek Biologi.

Johanna buat muka menyampah. Kenapa mesti mentor aku si Head Boy kerek ni? Kenapa aku kena jadi mentee dia? Kenapa?!

"Kau ingat kau buat muka macam tu, latihan Fizik tu siap macam tu aje ke? Cepat buat. Lepas ni nak revised subjek Kimia pulak," tanpa mengangkat muka dari buku Biologi, Hadi bersuara lagi.

Johanna merengus! Kenapalah Puan Faridah ni rajin sangat buat program mentor-mentee ni? Pensel mekanikal dipusing-pusing sebelum dia mula membuat latihan Fizik di depannya. Sesekali matanya mengerling ke arah Hadi yang masih tekun dengan buku Biologinya.

"Usha aku kenapa? Dah jatuh suka dekat aku?" Hadi tongkat kepala dengan sebelah tangannya.

Johanna larikan matanya dari wajah Hadi ke latihan Fizik. Perlahan dia mengguman, "Dari aku suka kau, baik aku suka Pak Abu tukang kebun tu..."

Hadi yang mendengar hanya menggeleng. Cuba Pak Abu pergi meminang kau, teringin nak tengok kau menggelupur nak mengelak pinangan Pak Abu tu

"Head Boy!"

"Apa lagi kau ni?" Hadi bersuara dengan nada malas mahu melayan.

"Let's make a deal!"

"What kind of deal?"

"Kita tak payah teruskan mentor-mentee ni. Laporan kemajuan tu, kau tulislah benda yang baik-baik pasal aku. Masa kau tak terbuang dari 'jaga' aku, aku pun tak terseksa sangat macam sekarang."

Hadi mengangguk, "Apa aku dapat kalau aku ikut idea kau ni?"

Johanna senyum manis, "Aku janji aku takkan cari pasal dengan kau dah."

Hadi membalas senyuman Johanna dua saat sebelum mematikan senyuman itu, "Not gonna happen! Aku takkan bersubahat buat benda jahat macam kau. Aku dah pegang amanah, maka aku akan jaga amanah aku sebaik mungkin."

Johanna mencebik, "Kau apahal lurus sangat ni?"

"Buatlah latihan tu," Hadi buat muka serius, "And please, no more talking!"

Johanna merengus. Bibirnya dibentuk-bentuk, mengejek si Hadi. No more talking konon! Dasar mat skema!

Hadi ukir senyum dalam diam. Aku lagi suka kau cari pasal dengan aku, Johanna Sofea!


Bersambung...

p/s; Hadi sweet apa ekekeke

F. L. Y. (TERBIT)Where stories live. Discover now