BAB 11

434 48 6
                                    

"Kem kecemerlangan SPM tu memang wajib ke kita pergi?" Tanya Johanna selepas selesai mengaji Muqaddam dengan Elly. Siapa sangka, dia dari yang tidak mengenali huruf hijaiyah, kini sudah boleh menghafal surah-surah pendek. Walaupun perjalanannya masih jauh, tetap dia bangga dengan pencapaian dirinya.

“Wajib untuk semua student Form Five tapi cikgu tak buat semua serentak. Kelas Aurum dan Barium dulu, lepas tu baru Cadmium dan Kalium. Kalau tak nak pergi, kena ada alasan yang kukuh,” jawab Elly lalu dia berbaring di atas katil. Mak, letihnya hari ni!

“Kalau kata aku malas, tu kira sebagai alasan kukuh tak?” Johanna sengih jahat. 

“Bengong!” Ujar Nuha sebelum ketawa terkekeh-kekeh. 

Johanna mengerutkan dahi melihat Nuha yang ketawa. Aku serius kut, dia boleh ketawa?

“Nida, senyap aje. Kenapa?” Tanya Elly bila sedar Nida tidak menyampuk sedari tadi. 

“Kem ni kita kena pasang khemah sendiri. Aku lemahlah benda-benda gini. Aku rela duduk kelas belajar dari buat aktiviti outdoor,” Nida dah mencebikkan bibirnya.

Johanna yang tadi berbaring terus bangun, “Pasang khemah sendiri? What the f...”

Tiga pasang mata terus memandang Johanna, “Jo!”

Johanna tekup mulut lalu dia tersengih, "Sorrylah. Aku terlepas.”

“So, kena bina khemah sendiri, eh?” Elly bersuara separuh lemau! “Aku tak suka...”

“Aku pun. Benda paling aku tak suka sekali dalam hidup aku adalah camping!” Bersungguh-sungguh Johanna bersuara. 

Nuha tiba-tiba sengih jahat, “Orang yang paling hang tak suka dalam sekolah ni siapa?”

“Ain’t it obvious? Of course lah, head girl kesayangan kau,” Balas Johanna, laju. 

“Orang yang paling kau suka?” Elly mengenyitkan matanya pada Nuha. Nida menggeleng dengan senyum. Dah mula nak membahan si Johannalah tu. 

"Ain't it obvious? Of course, it's..." Nuha sengih jahat lalu dia mengangguk pada Elly. 

"Hadi!" Serentak, Elly dan Nuha menjawab sambil ketawa besar.

Johanna tekup muka dengan bantal. Budak-budak ni dah mula dah!



Johanna buat muka bosan bila mendengar bebelan Puan Faridah tentang menepati masa dan menepati janji. Mengantuk tak hilang lagi, dah kena bebel! 

Nida dah tersengguk-sengguk di Dataran Karisma. Elly pun sama. Nuha dah mendaratkan kepalanya di bahu Johanna. 

“Untuk bas satu, Hadi Azraff akan jadi ketuanya dan akan dibantu oleh Johanna Sofea. Bas dua pula...” mata Johanna yang kelat tadi terus terasa cerah! Aku jadi penolong siapa? Serentak dia berpaling ke belah kanan Dataran Karisma. Mata mereka saling bertentangan! Johanna cepat mengalihkan pandangannya. Oh man! 

“Satu lagi, arrangement kedudukan kamu semua dalam bas sudah saya dan cikgu-cikgu lain tentukan. Saya tak nak dengar sebarang bantahan dan bangkangan! Faham?!”

“Fahammm....” sahut pelajar-pelajar di Dataran Karisma itu separuh malas. Mengantuk gila!

Johanna mengangkat bahunya berulang-kali, “Nuha! Bangun! Kau ingat bahu aku bantal?"

Nuha buka matanya lalu digosok berkali-kali, “Ingatkan bantal tadi sebab empuk gila.”

Johanna memberi side eye kepada Nuha! Disamakan aku dengan bantal pulak! “Dah, jom! Orang dah beratur tu!”

“Jo, aku harap aku dapat duduk sebelah hang. Syok sikit, ada bantal!” Nuha buat muka comel sebelum bangun. 

Johanna menggeleng. Nasib baik member aku, kalau orang lain memang makan kaki dah gamaknya. Johanna bangkit dari duduknya. Hoodie ditarik, menutup kepala. Baru nak melangkah ke tempat orang beratur, hoodienya ditarik dari belakang. Saat dia berpaling, Hadi memandangnya, kosong, tak beriak. 

F. L. Y. (TERBIT)Where stories live. Discover now