BAB 6

360 43 7
                                    

Johanna duduk di tepi padang dengan memeluk lutut. Nuha dan Nida turut ada di situ sambil mereka mengunyah keropok lekor yang dibeli dari Kafe Teratai. Sesekali Nuha menjerit, memberi sokongan kepada Elly yang sedang menjalani latihan bola baling di tengah padang.

Johanna mengerling Nida dan Nuha yang sibuk mengunyah keropok lekor. Lapar sangat ke budak dua orang ni? Tanpa berkata apa-apa, dia berdiri.

"Eh, hang nak pi mana?!" Nuha angkat kening bila dia nampak Johanna berdiri.

"Jalan. Bosanlah duduk saja. Aku nak pusing kawasan sekolah," ujar Johanna sambil memandang Nuha, "Kenapa? Kau nak ikut?"

Nuha pantas menggeleng, "Tak mau. Aku nak tengok Elly main bola baling."

Johanna mengangguk lalu dia pandang Nida, "Kau, Nida?"

Nida menggeleng sambil tersengih, "Aku malas."

Johanna ketawa lalu dia mengangguk, "Aku pergi dululah kalau macam tu,"

Baru dua langkah dia berjalan meninggalkan Nuha dan Nida, namanya diseru Nida buat dia berpaling ke belakang semula.

"Jo!"

Johanna angkat keningnya bertanya kenapa.

"Kau jangan fly pulak, tau?"

Terhambur tawa Johanna dengan pesanan tanpa perasaan Nida itu, "Kau perli ke apa ni?"

"Kau terasa, ambiklah!" Balas Nida sebelum dia turut sama tertawa.

Johanna menggeleng lalu dia mengangkat tangan sebelum berlalu pergi. Earphone disumbat ke dalam telinganya, butang play MP3 player yang dihadiahkan oleh Ken, bandmatenya ditekan sebelum suara vokalis band Sum 41 berdentum di telinganya.

Ketika melewati tempat latihan taekkwando, kaki Johanna berhenti sendiri lalu dia memandang budak-budak yang tengah menumbuk angin dan menendang udara itu.

Dulu, dia nak belajar seni mempertahankan diri namun mommy dan daddy membangkang, keras. Sewaktu dia belajar main gitar pun, mommy dan daddy membantah sehinggakan dia sanggup belajar sendiri kerana minatnya yang begitu mendalam dengan alat muzik itu. Sanggup menipu pergi kelas tuisyen tapi sebenarnya pergi belajar main gitar. Pelik, apa saja minat dia dulu... semuanya dilarang oleh Encik Suffian dan Puan Suhana.

Tengahari tadi, sewaktu dia dan Nuha turun ke dewan makan untuk makan tengahari, dia mengakui yang dia cemburu melihat kawan-kawan satu sekolahnya yang dikunjungi oleh ibu bapa mereka. Ada yang ibu bapanya duduk di wakaf sambil berbual-bual, ada yang buat piknik beramai-ramai di padang tepi surau. Tak kurang juga yang duduk di dewan makan, makan bersama-sama anak mereka.

"Jo!" Tepukan di bahu Johanna membuatkan dia tersentak sebelum dia berpaling ke belakang.

Melihat pada gerangan yang sedang tersengih memandang, Johanna geleng kepala, "Jogging?"

"Haah. Kau?" Jawab DO sebelum tangannya naik mengelap peluh yang mengalir di atas dahinya.

Johanna angkat bahu sebelum dia berjalan perlahan, "Saja jalan-jalan. Kau jogging sorang-sorang ajelah ni?"

DO menggelengkan kepalanya, "Aku jogging dengan Hadi."

Muka Johanna berubah terus sebelum dia mula memandang sekeliling, kot ada kelibat si head boy kerek tu di mana-mana.

"Hadi tak ada. Dia jumpa Rena tadi."

"Oh!" Johanna mengangguk lalu dia pandang DO, "Rena dengan Hadi tu memang steady couple ke?"

DO mengerutkan dahi sebelum dia ketawa kuat! "Kau dengar cerita dari siapa ni, Jo?"

"Kau gelak kenapa? Aku tak dengar cerita sesiapa pun. Aku tengok si Rena tu menggedik dengan si Hadi tu pun aku dah taulah."

F. L. Y. (TERBIT)Where stories live. Discover now