Empat minggu berlalu, Johanna dah boleh membiasakan dirinya dengan rakan sebiliknya dan sekolahnya. Cuma ada segelintir rakan sekelasnya yang masih alergi dengannya, seolah-olah dia membawa penyakit berjangkit.
"Jo, kau tolong aku boleh?" DO yang duduk di depan Jo berpaling ke belakang.
"Tolong apa? Kalau nak duit, aku tak ada!" Johanna ukir sengih jahat. Wajah DO dipandang sekilas. DO budak lelaki yang sudi berkawan dengannya tanpa menyentuh hal peribadi.
DO buat muka, "Bukanlah!"
"Dah tu?" Tanpa mengangkat wajah dari buku Julia, Johanna bertanya.
"Ajar aku add math. Aku rasa wayar otak aku semua dah berselirat tengok soalan tutorial yang Kak Nor tu bagi!" DO buat muka sedih. Dia memang lemah kalau bab kira-kira ni. Tapi kalau kira duit, dia pandai!
Nuha di sebelah Johanna terus ketawa, "Selamba badak ja hang panggil Madam Normadiah tu Kak Nor. Hang ingat dia kak hang ka apa?"
DO sengih tak bersalah, "Ala, kira sweet apa aku panggil dia Kak Nor. Kalau aku panggil baby nanti, korang pengsan."
Johanna dan Nuha buat muka terus. Geli!
Pap!
Kepala DO dipukul dari belakang, "Kau tak ada orang lain nak mengayat?"
DO mendongak memandang si pemukul. Cis, datang dah buaya ni! "Sibuklah kau, Nik."
"Hai, Nuha!"
Tanpa memandang Nik, Nuha angkat tangan. Malas nak melayan Nik. Sejak dari dia Form 3, Nik tak pernah berhenti dari mengayat dia. Dia ingat Nuha berminat ke? Malam sikit!
"DO, aku nak tanya something ni," tanpa mempedulikan drama Nik dan Nuha, Johanna berbisik perlahan.
DO yang tadi memandang Nik dan Nuha, terus memandang Johanna, "Tanya apa?"
Baru Johanna nak buka mulut, dia sedar si Nik sudah ambil tempat di sebelah DO! Siap menongkat dagu merenung Nuha namun Johanna tahu, Nik cuba mencuri dengar.
Johanna hela nafas sikit lalu dia memandang Nik, "Kau blah boleh?"
"Eh, suka hati akulah nak duduk kat mana! Kau nak borak dengan DO, borak ajelah. Aku nak tengok Nuha."
Nuha yang mendengar buat gaya nak termuntah. Geli! Aku geli!
"B. L. A. H." Eja Johanna bila Nik masih tak nak berlalu.
Nik merengus pendek. Dia ukir senyum manis pada Nuha, "Bye, Nuha!"
Nuha pura-pura tak dengar. Lega hati dia bila Johanna menghalau Nik yang merenyam tak kira masa.
Sebaik saja Nik berlalu, Johanna terus pandang DO. Sempat dia kerling Nuha yang masih tekun membuat kerja Matematik Tambahan. Johanna kemudian berbisik perlahan, "Kau pernah fly?"
DO tercengang, "Kenapa?"
Johanna sengih tak bersalah.
DO ikut sama tersengih, "Kau nak fly?"
Johanna angguk laju.
"Bagi aku satu kertas kosong, aku lukiskan pelan untuk kau tapi kau kena tolong aku," bisik DO, tidak mahu rancangannya dan Johanna didengari oleh sesiapa. Dahlah Hadi tu deskmate dan bestfriend dia!
Mata Johanna bersinar, "I'll do anything!"
"Jo!"
Johanna terkejut saat DO melompat duduk di atas kerusi yang ada di meja batu itu, "Kau kenapa, bongok? Terkejut aku."
YOU ARE READING
F. L. Y. (TERBIT)
RomanceTRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION. Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya. Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama...