Elan menyisip tehnya, tenang melihat Alex sedang berlatih pedang. Saat ini, sudah masuk sebulan dia mendiami istana Alex. Alex telah diajar berbagai perkara darinya.
Dari pengetahuan umum serta latihan keras darinya yang berbeza dari latihan orang dunia itu. Boleh dikatakan, dia mengajar Alex bertahan hidup.
Dia sebagai pembunuh, pernah membuat latihan dimana Alex harus mencari cara membunuhnya. Merasakan niat membunuh, bahkan merasakan semua sikap dan perilaku pembunuh, semuanya diajar.
Selain itu, dari sihir pula. Dia akan ajar sumber pengetahuan yang asing. Yang tiada di dalam buku sihir. Dia akan ajar jalan pemikiran dari dunia lain supaya Alex mudah memahaminya.
"Elan, aku rasa aku tidak mahir menggunakan pedang, aku terbiasa dengan pisau kecil."
Atas alasan tertentu juga, Alex sudah membiasakan dirinya memanggil Elan yang sebayanya.
"Boleh bawak ke medan perang ke?" Soal Elan acuh tak acuh.
"Tapi pedang berat." Adu Alex lagi buat muka sedih dia. Amboi kau, dah buat baik, macam ni ek?
Elan malas layan. Alex menggelembung pipinya, dia duduk menghadap Elan. Masih berharap Elan membantunya.
"Berhenti buat muka macam tu, buruk gila." Elan berkata selamba.
"Tolonglah Elan, aku tak nak guna pedang." Rayu Alex lagi.
"Hmm, terpulanglah. Jangan salahkan aku kalau ayahanda tiba-tiba nak hantar kau ke medan perang."
"Hehehe, dah tentu aku guna pisau ais, Shia Shia!" Bangga Alex membalas. Siap buat gaya baling pisau kiri kanan. Mentang-mentang dia berguru dengan Elan.
"Kau ingat perang tu padang main ke?" Kesal pulak Elan.
"Kau sendiri cakap kena cari hiburan semasa membunuh."
"Ya, bukan dengan kekejaman. Kau kena buat untuk keadilan dan kebijaksanaan kau." Tegur Elan. Kalau lain ajar, terpesong otak kecik Alex ni.
"Yela." Alex memuncung.
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasyFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...